REDHA KUNCI KEBAHAGIAAN
Hidup didunia ini kita mahu cari bahagia bukan? Hidup diakhirat pun kita mahukan bahagia semua mahukan bahagian kan.
Tak tau la pulak kalau ada mahluk Allah yang inginkan sebaliknya.
Tapi hari ini kita nak bincangkan serba ringkas serba pendek bagaimana yang dikatakan dengan kebahagian dunia yang sebenar.Bahagia didunia bukan sekadar memiliki rumah besar, bukan sekadar memiliki isteri yang cantik atau suami yang kacak,bukan pula memiliki kereta mewah yang berplat number 1 angka atau 2 angka,dunia bahagia bukan juga memiliki anak yang ramai TAPI DUNIA INI BAHAGIA APABILA KAMU REDHA DENGAN APA YANG TUHAN BAGI KEPADA KAMU.
Ada orang dia tiada isteri hidup bujang sampai 40 tahun tapi dia redha dengan ketentuan yang tuhan tetapkan untuk dia, dia lebih bahagia dari orang yang mempunyai 4 isteri.
Ada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi masih tidak dikurniakan zuriat mereka redha dengan apa yang tuhan tetapkan untuk mereka, mereka lebih bahagian dari pasangan yang mempunyai ramai anak. Ada orang punya ramai anak tapi selalu pening selalu mengeluh dengan anak-anak dia siap complain lagi dengan Allah, apalah ya Allah kenapalah engkau berikan kepadaku anak-anak yang berperangai seperti ini membebankan menyusahkan aku sahaja dia tak redha dengan ujian tuhan itu, sedangkan ada orang tiada anak dia redha itulah bahagia dia sedangkan ada orang dikurniakan anak yang tak cukup sifat dia redha itulah bahagia dia.Ada orang masih punya mak ayah tapi benci pada orang tua mereka dimatanya orang tua mereka menyusahkan, bila mak ayah nasihat dicaci makinya mak ayah ada yang sampai naik kaki, selalu sumpahkan orang tua mereka dengan berkata lebih baik mati cepat senang hidup aku.Sedangkan ada orang tidak punya mak ayah dari kecil malah ada yang tak kenal pun rupa paras mak ayah mereka tapi dia redha itulah bahagia dia.
REDHALAH DENGAN APA YANG TUHAN BAGI ITULAH SALAH SATU KUNCI KEBAHAGIAN.
Hadis Imam Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Betapa ajaibnya orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya”.
Dan jangan lupa, ujian juga adalah tanda kasih dan cinta Allah kepada kita. Hadis oleh Imam at-Tarmizi daripada Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka diuji. Barang siapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka Allah murka kepadanya”.
Hari ini saat ini berhentilah meraung,berhentilah merasa tertekan,berhentilah meratap kekecewaan, berhenti mempersoalkan dugaan ini. Insyaallah semua akan pulih semua akan indah bila kita berlapang dada bersyukur atas pemberian ujian tuhan ini. Ujian adalah satu penghormatan pada insan untuk mengukur keimanan.
#ProfPaperAirplane
YOU ARE READING
SECERCAH ARTIKEL
De TodoTentang agama tentang budaya Tentang pahala tentang dosa Tentang syurga dan neraka Tentang darul fana darul baqa' Tentang apa yang kita tentang Tentang apa yang dilarang Tentang apa yang diterang Tentang apa yang diperjuang Tentang kezaliman tent...