Part 4

6 1 0
                                    

#Regina

Hilang segala kerinduan bila sy peluk Billy. Airmata sy jatuh. Maafkan mama nak, mama nda dpt tunaikan tgjawab mama jaga kau. Tapi kau bertuah sebab ada dua org ibu. Mama syg kau nak. Sy peluk Billy erat2. Dia lah nyawa sy, koupusan sy. Muka dia copy paste muka bapa dia, tapi sy lgsung nda terkesan sedikit pun. Billy tetap anak sy. Hati Billy milik sy selamanya.

Sy perhatikan Billy sama Fiona main tu mainan sy baru beli. Happy betul dorang.
Lora dtg bawa air kopi. Memang sedap minum kopi petang2 begini.

"Lora, ko ok kah juga? sihat ka. Sy tingu ko ni pun ikut kurus sdh mcm Linung. " sy mulakan perbualan. Sy tingu Lora kurus sedikit berbanding bulan lalu.

"Haha. sy diet bah. Betul kah kurus? Syukur lah, berhasil juga sy diet." sy dengar Lora ketawa. Tapi mcm lain pula cara dia.

"Lora, kita ni tinggal dua beradik saja bah  tiada sdh bapa mama. Apa2 hal kalau ada mslh,cerita ja bah. Sy risau bah sama ko." sengaja sy cakap begitu. sy harap betul Lora bulih terus terang sama sy.

"Ya bah. sebab tu lah sy cari ko ari tu, pinjam duit sama ko. Ko saja yg sy bulih harap. Mslh c Linung ja bah tu, di tempat kerja. Gaji dorang kena tahan. Ntah kenapa tu." sy tingu serius juga c Lora cakap. Macam nda percaya ni cakap dia.

"Sy harap betul lah apa yg ko cakap tu. Sy susah hati tingu ko mcm ada mslh ja bah. Apa2 pun ko cari ja sy klu ko ada mo minta tulung." Lora tunduk sj. Nda lama tu dia berdiri, bilang mo pigi tandas. Sy tingu mata dia merah. Lora2. Apa bah mslh kau ni.

Fiona masih lagi sibuk main sama Billy. Dia surung tu basikal 3 roda c Billy. Kesiokan dorang main. Nda lama ada budak2 dtg mo pigi main sama dorang. nda juga jauh jarak dorang, sy dpt dengar juga dorang punya suara bercakap.

"Tamaha! urang mau pinjam pun nda bulih!" budak 1

"Jangan kacau Billy bah, mama dia yg kasi beli sukahati dia la bah mo kasi pinjam ka nda!" Fiona.

"Diam lah ko anak penagih! Booo. kurus ko mcm bapa ko, ko pun penagih kan. yaii" budak 2

"Tulah, ngam lah kamu kurus2 kan,anak penagih mimang kurus2. macam lidi" budak 1

"Mainlah kamu sndri tamaha! Kami pun nda mau main sama anak penagih!" budak2.

Berlari2 Billy pigi tempat sy. Menangis sudah dia. Ya Tuhan, apa yg sy dengar tadi tu. Kenapa budak2 tu bulih cakap begitu. Sakit hati sy tingu Billy sama Fiona kena buli. Fiona pun merah sdh mata dia. Sy bawa dia duduk. Sy kasi comfort dorang dua. Kasian dorang.

"Fiona, jawap mama. Kenapa budak2 tadi cakap bapa kau begitu?" sy cuba tanya Fiona. Tapi dia diam saja.

"Fiona. Cakap sama mama. Kenapa dengan dady kau?" sy cuba tanya lagi. Fiona masih diam. Tapi dada dia berombak2. Mata dia berkaca2.

"Fiona, jangan takut berkata benar. Mama ni bukan orang lain. Mama sayang kamu semua. Mama janji, mama jaga kamu dua, sama mamy. Skg kasi tau mama, apa yg dady buat selama ni. Kalau Fiona nda mau cakap, sekarang juga mama bawa Billy balik KK. mama nda mau sudah jumpa kau sama mamy kau. " sengaja sy provoke Fiona, ugut sikit. Sy mau dapatkan kebenaran.

Fiona menangis teresak2. Dia kasi cerita semua. Dia bilang dady selalu balik pukul mama. Masa Lora sakit dulu, bukan sebab demam. Tapi sebab Linung pukul Lora sampai Lora nda dapat bangun urus anak2 sekolah. Linung lama sudah berhenti kerja. Kerja dia hari2 pigi rumah kawan2 dia. Balik rumah buat hal pukul Lora. Sy sudah agak mesti ada yg tidak kena. Sakit hati sy dengar verita Fiona ni.

"Daddy pernah pukul kau kah sama Billy?" sy tanya lagi Fiona. Billy sana sudah,main sama basikal dia.

"Pernah dady mau pukul sy sama Billy pakai tali pinggang, tapi mamy halang. Mamy suruh kami lari pigi rumah jiran. Masa kami balik, dady tiada sdh. Mamy di lantai. Sakit. Banyak darah dia ma." Sebak hati sy mendengarnya. Sudah sy tidak sanggup lagi. Sy kasi calm Fiona. Sy suruh dia pigi main sama Billy. Otak sy ligat mencari jalan penyelesaian.

***

#Theo

Jam10 sudah. kenapa tiada Regina ni. Kalau dia tidak datang kerja selalunya dia mesti kasitau sy awal. Ada mslh ka dia. Masalah apa? Billy? Sy dengar dia balik kampung. Hmm mesti pasal Billy.

Hati sy tiba2 berkecamuk bila teringatkan Billy. Masih lagi sakit hati sy pasal hari tu. Sudah lah, malas sdh sy mau fikir pasal kau Regina. Tiada juga kaitan kau sama sy. Kalau kau ada masalah sama Billy pun apa sy peduli. Jangan2 dia ada urusan sana kampung. Takkan lah kau mau kahwin Regina. Shit! Kenapa juga sy ni sibuk pasal dia. Sakit kepala sy oh.

"Nisa, ko ada panadol ka.?" Sy cari staff mau mnta panadol. Kalau ada Regina, sy minta dia ja. Tapi... Hmm Regina lagi. Enough lah Theo. Kau sakit kepala pun sebab kau fikir pasal dia kan.

"Oh ada. Kejap sy ambil."

"Nisa, Regina mana. Nda masuk kah?" sempat juga sy tanya Nisa.

"Oh.. maaf,lupa sy kasitau. Semalam dia ada call sy suruh inform boss, dia nda dapat masuk dua ari ni. Dia masih di kampung ada masalah katanya" hmm. Betul kan tekaan sy.

"Yakah. masalah apa? Billy? " sengaja sy pancing c Nisa. Harap2 dpt informasi lah.

"Er.. mana boss tau pasal Billy?" dia tanya pula sy balik. Kau ni Nisa..

"Sy tau lah. Boyfriend dia kan?" sy tanya lagi balik. Blum puas hati lg sy.

" Err.. anu.. emmm.. Iya.. Boyfriend dia"

Nah. Sudah sy agak juga. Tambah sakit ni kepala sy. Siapa suruh cari penyakit. Trus sy masuk ofis balik. 2 biji panadol sy telan. Pasal kau Regina, sy bulih kena migrain.

***

#Nisa

Bagus sy kol Gina.

📞Tut..Tut .

📞Hello Nisa. Kenapa?

📞Gina, mcmna Theo tau pasal Billy?

📞Eh. mana sy tau. Bukan ko ka kasitau dia?

📞Manada.. Sy pun terkejut dia sebut nama Billy tadi. tapi dia tida tau Billy anak ko. Dia ingat boyfriend ko. Jadi sy kasi iya2 ja lah. sorry Gina.

📞Its okay. nantilah sy call kau balik. Sy di balai ni. Bye.

📞END CALL.

Nda habis fikir sy. Apa Gina buat di balai? Buat apa juga dia cuti sampai dua hari?

Please StayWhere stories live. Discover now