Part 9

7 0 0
                                    

*Lora

Sakit seluruh badan sy bila sy cuba untuk bangun. Nasib ada Gina. Dia tulung sy adjust kedudukan sy. 4 hari sudah sy sini hospital. Bosan sudah sy. Selepas kejadian hari tu, mesti ada yg kasi kawan sy sini. Kalau bukan Gina sama Theo, kawan Gina, c Nisa yg jaga sy. Gara2 sy sakit ni semua orang sibuk berganti2 jaga sy. Terasa pula sy ni menyusahkan dorang ja. Apa bulih buat. Begini lah nasib, bila laki sudah gila. Linung2. Sampai hati kau buat sy begini. Bagus kau kasi mati ja sy trus oh.

"Nah. Sy masak sendiri ni. Bosan sudah ko makan tu makanan hospital kan. Makanlah dulu." Gina kasi sedia sy makanan yg dia bawa. Thank you so much Gina. Nasib lah sy masih ada kau dalam dunia ni.

"Thanks Gina." Sy cakap pendek ja. Mau cakap banyak, rahang sy masih ngilu. Bilang doktor ada retak sikit. Gigi pun ada patah. Teruk betul kau kerjakan sy Linung.

"Lora, lepas ni sy terpaksa balik ofis ni. Ko okay ka sendiri? Sebab Theo sama Nisa pun sibuk ni. Ada meeting kami." sy angguk2 dengar cakap dia.

"Okay. Tiada masalah." pendek juga ni jawapan sy. Susah btul mau kasi gerak tu lidah. Makanan pun sy main telan2 ja semua.

Lepas sy habis makan Regina minta diri. Kesian dia. Sibuk kerja, sibuk jaga anak, sibuk lagi urus sy. Tiba2 sy rasa sy ni macam satu bebanan ja bagi semua. Kenapa lah sy nda mati saja. Trus sy teringat Fiona. Sy harus kuat demi Fiona. Sy nda mau dia hidup macam sy, tiada mama bapa. Sy akan jaga kau baik2 Fiona.

Sy dengar bunyi pintu kena buka. Sy ingatkan Gina yg datang balik. Tapi.. Linung. Apa manusia durjana ni buat di sini. Mau bunuh sy kah. Rasa takut sy sama dia tiada sudah. Kalau dia mau bunuh sy sekarang pun, sy rela ja. Sy nda sanggup sudah terus menerus dipukul begini.

Linung mendekati sy perlahan2. Sy tingu dia betul2 kurus. Matanya bulat dan merah. Sy cuba bertenang masa dia datang dekat sy. Dia tingu sy. Dia diam saja.

"Ko mau bunuh sy sekarang, silakan Linung. Bagus lagi sy mati daripada hidup sy tersiksa kau buat begini." Sy berusaha untuk bersuara. Sakitnya mencucuk2 tapi sy paksa juga untuk bercakap.

"Ko betul2 binatang Linung!" airmata sy mulai mengalir lagi. Sakit2 badan sy ni, lebih sakit lagi hati sy tingu dia depan mata sy sekarang.

"Senang hati ko tingu sy begini?" sy cakap lagi. Linung tunduk sj. Entah apa yg dia fikir.

"Lora.." dia bersuara sudah. Suara dia pun lain sdh sy dengar.

"Ma.. maafkan sy." dia kasi keluar satu kertas berlipat2 dari beg dia. Dia bagi sy. Tapi sy nda sambut.

"Apa ini?" sy tanya dia. Dia geleng kepala saja. Dia kasi ampai tu kertas lepas tu dia jalan. Sebelum dia keluar sempat lagi dia tingu sy balik. Sy hairan juga dengan perangai dia ni. Tiba2 pula nda naik angin marah2 sy mcm selalu. Sy lap airmata sy semua. Penat sdh sy menangis. Makin sakit mata sy yg masih bengkak ni. Sy ambil tu kertas, perlahan2 sy buka. Apa lah yg Linung kasi ni. Sy baca satu2 apa yg tertulis sana. Airmata sy jatuh lagi. Kali ini sy nda dapat tahan lagi. Sy menangis semahu2nya. Kertas tu adalah surat permohonan cerai. Ada tandatangan Linung di bawah. Tinggal ruangan nama sy lagi yg masih kosong. Betul2 sakit hati sy. Kenapa lah hubungan kami berakhir macam ni. Dulu bukan main lagi bersumpah janji, susah senang bersama. Sekarang semua tinggal janji2 kosong saja.

***

*Regina

Senang hati betul sy doktor bilang Lora bulih keluar sdh esok. Tapi Lora diam saja. Sejak sy sampai tadi belum lg dia ada cakap apa2.

"Syukurlah, bisuk bulih balik rumah sdh ko. Rindu sdh anak2 tu." sy senyum tingu Lora. Tapi diam saja dia macam ada yg mengganggu fikiran dia ni.

"Lora, kenapa ni? Dari tadi ko diam saja. Ko okay ka?" sy cuba tanya dia. Tiba2 sy nampak ada mata dia berkaca2 sudah. Duii Lora, knapa lagi ni.

Please StayWhere stories live. Discover now