Part 8
*Lora
Tepat jam12.30 ada sudah van sekolah Fiona sama Billy sampai. Sudah jadi rutin harian sy tunggu dorang di pagar rumah. Turun ja dari van trus dorang berlari2 masuk pagar. Sampai sekarang ni kami masih lagi berhati2 sebab Linung belum lagi kena tangkap. Sudah dekat sebulan, belum ada khabar lagi dari balai polis.
"Mamy, sy lapar oh. Mamy masak apa ni ari?" Blum sempat buka kasut sudah tanya menu ni anak. Memang betul2 lapar lah ni gayanya.
"Mamy masak ayam goreng tu. Cepat pigi tukar baju dulu. Baru bulih makan." sy bilang. Senang hati trus dorang. Dua2 pun suka betul tu kalau ayam goreng.
Sy pun senang hati juga kalau dorang happy. Sy teringat dulu masa di kampung, asal ja Linung pulang, betapuk lah dorang dua dalam bilik. Sy suruh kunci pintu. Sy nda suruh dorang keluar. Tiap kali Linung pukul sy, sy tahan ja tu sakit, sy nda teriak sikit pun. Bibir sy berdarah sebab sy gigit menahan sakit. Sy nda mau dorang dengar sy teriak kesakitan. Kalau dorang dengar sy teriak2 nanti dorang keluar dari bilik, dorang lagi kena pukul. Cukup sy saja yg kena. Sy nda mau Linung sentuh dorang sedikit pun. Airmata sy tiba2 jatuh. Mengingat semua kenangan buruk tu buat sy sedih. Semuanya masih segar dalam ingatan. Suatu ketika dulu, kau yg sayang sy Linung, kalau sy sakit sikit pun kau jaga sy cukup2. Tapi disebabkan dadah sial tu, kau pukul sy smpai sy sikit mati. Kau bunuh diri kau yg lama Linung. Kau berubah jadi lelaki paling jahat pernah sy kenal. Sy benci kau Linung!
"Mamy, hari Sabtu ni ada Family Sport day di Sekolah. semua ibubapa wajib hadir. Mcmana ni mamy? Dady kan tiada.." Fiona duduk di meja makan diikuti Billy. Sedih muka dia bila bercakap soal dady.
"Nanti mamy ja pigi. Mulai hari ni, jangan lagi cari dady. Okay." kalau boleh sy memang nda mau sdh sebut2 pasal Linung depan anak2. Tpi walaumacamana pun Linung dady Fiona. Dia pun msti rindu dengan dady dia tu. Dulu sebelum Linung berubah, dia rapat dengan anak2. Anak2 pun suka sangat bermain dengan dia. Tapi itu dulu. Sekarang, semua sudah berubah.
Tiba2 sy dengar ada bunyi barang pecah dari arah ruang tamu. Sy dan anak2 terkejut. Ketakutan sy datang kembali. Sy dengar ada suara panggil2 nama sy. Sy yakin itu suara Linung. Cepat2 sy capai handphone sy kasi Fiona.
"Cepat masuk bilik, kunci. Call mama dan uncle Theo. Cakap..." belum habis sy cakap dengan Fiona, tangan sy kena tarik kasar. Terpusing badan sy kena tarik macam tu. Orang yg paling sy sayang dulu, yakni orang yang paling sy takut sekarang ada di depan mata sy. Sy tergamam.
"Mamaaaaaaa...!" Fiona teriak. Billy menangis.
"Fiona, bawa Billy masuk!" sy teriak. Linung tutup mulut sy. Sy sempat tingu Fiona sama Billy berlari masuk bilik.
"Pigi masuk! Kalau nda sy bunuh kamu dua!" Sy makin takut dengar cakap Linung. Dia betul2 lain. Ya Tuhan. Tolong sy.
Linung hempas badan sy di dinding. Nda cukup tu dia humban lagi sy di lantai. Sy hairan juga, dia begitu kurus, tapi kuat btul mau pukul sy. Sy menahan sakit. Airmata sy deras mengalir. Sy cuba berdiri, tapi kaki sy sakit, sy paksa juga. Tapi Linung pantas melibas sy dengan tali pingang dia. Seluruh badan sy merasa libasan Linung. Pedih.
"Linung cukup! Sy bah ni bini kau. Kau lupa sy sudah ka. Sy bah ni Linung!" sy merayu2 cuba kasi sedar dia. Sy betul2 sakit kena buat begini.
"Diam!" Linung tendang perut sy, kaki sy, muka sy. Dia terkam sy. Dia duduk atas badan sy. Rambut sy dia tarik kasar. Dia tampar, tumbuk muka sy berkali2. Langsung tiada perasaan sudah dia. Sy sempat tingu mata dia yg merah sebelum pandangan sy mulai kabur. Ya Tuhan. Tolong cabut nyawa sy sekarang...
***
*Regina
"Sorry boss. Gina, your phone ringing dari tadi." Daim masuk ke ofis Theo. Dia pass sy handphone sy. Lupa pula sy bawa tadi. Lepas lunch sy sama Nisa terus masuk bilik Theo. Kami ada discussion sikit pasal kerja.
YOU ARE READING
Please Stay
RomanceTheo hadir membawa sinar kebahagiaan dalam hidup Regina. Sekelip mata sahaja Theo membuatkan Regina jatuh cinta. Mampukah mereka pertahankan cinta yang datang tiba2. Ikuti kisah Theo dan Regina dalam cerita Please Stay.