Bunyi air paip yang tidak ditutup dengan rapat membuatkan Eve terbangun.
Eve mencelikkan matanya, telefon nya dicapai untuk melihat waktu.
6.50 am.
Tidurnya terbantut, teringat kerjanya mula pukul 7 am.
Tanpa melengah lagi Eve bangun dan terus mencapai paip yang tak tutup rapat tu. Dia mengetatkan paip itu sehingga tiada lagi air menitik. Lalu berlalu ke tandas.
------------------------
7.01 am
'Lambat dah ni..' Eve berkata dalam hati.
Dia lekas menggambil beg galasnya dan mencapai basikal.
7.08 am
"EVE AIYU! Sekali lagi kau lambat! Memang aku pecat! Heish dasar budak tak guna! Suka menyusahkan orang! Suruh belajar malas! Berhenti! Kerja pon malas! Ape nak jadi!"
Macam biasa, pagi pagi Eve akan kena bebel dengan bossnya.
Wajah Eve tak beriak pon kena maki, dia dah kebal. Laju tangannya membuat kerja, mengasingkan surat khabar yang kena di hantar kejap lagi.
"Hah!! Tengok tu, aku bebel kau buat muka! Eihhh aku malas la nak peduli kau ni lagi, lantak kau sana!" Encik Karim, boss Eve membebel sambil melangkah pergi.
Sempat lagi dia jerit sebelum masuk kereta "AKU TAU SEBELUM PUKUL 9 DAH SIAP EH! KALAU TAK JAGA KAU!"
Eve diam.
Siap dia mengasingkan surat khabar, dia pun menghantar ke setiap rumah bersama basikalnya.
"Eh weh tengok pompuan tu.. tulah pompuan yang aku cakap tu.. Dia sanggup buat ape pun asal dapat duit dok!"
"Yeke weh??"
"Ye! Haritu aku nampak dia dengan sugar daddy dia!"
'Bodohnye, nak ngumpat tu pegi lah jejauh apahal depan aku.' desis hati Eve. Tapi muka dia still selamba je, buat tak kesah.
*PINNN PINNNNNNN*
Sebuah motor besar lalu dengan laju sampai terpercik lopak air dekat dua orang pompuan yang mengumpat tu.
"EEEEEE HEII BODOHH BAWAK MOTOR SLOW SIKIT LAH BODOH KAN DAH KOTOR!"
"Ingat hensem sangat lah tu!! Eiii geramnya!!"
Kata pompuan dua org tu sambil menghentak hentak kaki mereka tanda protes.
Eve mengambil peluaang untuk berambus dari tempat tu.
YOU ARE READING
THE UNKNOWN HERO (MALAY)
Teen FictionBangun, bernafas, kerja. Aktiviti seharian Eve Aiyu. Sesetengah orang tak perasan pun kewujudan Eve Aiyu ni. Ada juga yang tertanya tanya, kenapa dia boleh jadi macam ni?