8.45 pm
'Lagi 15 minit habis shift'
Dulang terakhir yang masuk ke dapur di sambut oleh Eve. Terdapat dua mangkuk dan satu pinggan yang masih mempunyai saki baki makanan.
Eve mencapai plastik lutsinar di dalam laci, kemudian mengambil sisa makanan tersebut senyap senyap.
Ye, tulah makanan harian Eve.
Tepat pukul 9 pm Eve mencabut apronnya dan mengambil sisa makanan tadi. Keluar dari restoran mnggunakan pintu belakang.
Hari dia belum berakhir lagi. Ada satu lagi kerja.
Karaoke bar.
***
Eve bekerja sebagai server di karaoke. Dia kena menghadap perangai orang yang mabuk setiap hari.
Selesai menukar pakaian kerjanya, Eve terus ke bar untuk mengambil makanan dan minuman yang dipesan pelanggan.
"Bilik 23" Kata rakan sekerja Eve. Tanpa sebarang respon Eve terus blah.
*KNOCK KNOCK*
Pintu dibuka. Bilik ni masih belum tercemar dengan bau alcohol lagi. Eve meletakkan dulang berisi botol-botol arak ke atas meja.
Suasana sangat bingit, dah macam disco.
Eve kembali ke bar, "Bilik 11, baik-baik yang ni dah order 2 kali" Eve sikit pon tak mengendahkan kata-kata rakan sekerjanya itu.
Eve memang dah jarang pandang muka orang, semenjak peristiwa 'itu' . Dia dah tak percaya orang sekeliling lagi dah, disebabkan percaya tulah dia jadi macam ni sekarang.
Bagi Eve, kepercayaan tulah yang meragut kebahagiaan dia.
*KNCOK KNOCK*
Tiada orang yang respon, Eve buka pintu sendiri.
'Dah mabuk, patutlah.' desis hati Eve
"Hey.. heyyyy cantikkk sinilahh duduk sebelah siniii.." Kata seorang lelaki yang mabuk sambil menepuk-nepuk bahagian kerusi yang kosong disebelahnya.
Eve terus menuju ke pintu untuk keluar.
Laju seorang lelaki berbadan besar menutup pintu dan menghalang Eve.
Eve terus memandang muka lelaki yang menghalangnya keluar.
"Tepi." Sepatah saja Eve kata dengan tiada rasa gentar langsung.
"Cik adikkkk kenapa serius sangattt sinilahh teman minummm.." Lelaki mabuk tadi masih melambai-lambai ke arah Eve.
"Aku tak minum lah benda haram macam kau!" Terlihat api kemarahan di mata Eve.
Lelaki mabuk tu tergelak sakan, lalu bangun. Menuju ke arah Eve.
"Aaaa kau ni aku baik kau kasar dengan aku huh? HUHH?" Dia menarik lengan Eve kasar.
"Lepas ah!" Eve menarik tangannya.
DUSHHH satu tumbukan kena tepat di muka Eve, terduduk dia dibuatnya.
YOU ARE READING
THE UNKNOWN HERO (MALAY)
Teen FictionBangun, bernafas, kerja. Aktiviti seharian Eve Aiyu. Sesetengah orang tak perasan pun kewujudan Eve Aiyu ni. Ada juga yang tertanya tanya, kenapa dia boleh jadi macam ni?