8.45 am
Semua surat khabar dah selamat sampai ke rumah rumah.
"Nah ni duit untuk harini!" Encik Karim melemparkan duit RM10 ke muka Eve. Riak muka Eve sedikit berubah.
"Boss, mana lagi 10?" Tanya Eve dengan nada tenang.
"AH KAU! DATANG LAMBAT DEMAND LEBIH! BERAMBUS LAH CUKUP LA TU! KAU KAN ADE KEJE LAIN! PEGI LAH MINTAK DUIT DEKAT SUGAR DADDY KAU TU!" Teriak Karim.
Eve berfikir sejenak. Malas untuk berperang mulut, dia pun terus pergi.
***
**
*
*GRUUU GRUUU*
Perut Eve berbunyi kuat minta diisi. Dia mengeluarkan dompetnya,
Hanya terlihat dua keping duit berwarna merah dan beberapa keping duit berwarna biru. Dompet bon bon nya dilipat semula dan disimpan kembali ke dalam beg.
Perjalanan diteruskan.
"Ha Eve cepat masuk dapur tu banyak dah pinggan nak kena basuh! Heish lambat! Bangun lambat lah tu!"
Boss kedua Eve, Ramlah. Tauke restoran, Eve bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk, pada mulanya lah, tapi disebabkan tak cukup pekerja, Ramlah suruh Eve buat semua benda, cuci mangkuk, cuci tandas, jaga kaunter dan ambik order.
Penat, memang penat jadi Eve ni.
Gaji takdelah banyak pun, sehari RM30 je.
Boss Eve semuanya pandang rendah dekat Eve sebab dia hanya ada SPM dan kononya Eve ni perempuan kotor yang sanggup buat apa je demi duit!
Eve nak berenti kerja, tapi takde orang lain yang sanggup ambik dia bekerja. Jadi dia teruskan jelah walaupun dicaci dimaki difitnah.
Demi RM50,000
Eve Aiyu sanggup, hadapi semua ni.
YOU ARE READING
THE UNKNOWN HERO (MALAY)
Teen FictionBangun, bernafas, kerja. Aktiviti seharian Eve Aiyu. Sesetengah orang tak perasan pun kewujudan Eve Aiyu ni. Ada juga yang tertanya tanya, kenapa dia boleh jadi macam ni?