"Heh, jantan tak guna.." Kata Eve
"HAH? APE KAU CAKAP? KAU TU POMPUAN MURAH! MURAH TAU MURAH!" Jerit lelaki tu.
"Boss.." Tegur orang bawahannya.
"KAU DIAM! KAU PEGANG POMPUAN NI AKU NAK AJAR DIA, SIAPA AKU"
Dua lelaki yang berbadan besar memegang Eve.
"Kau ingat ni pompuan, aku LOKI ok LOKI, ketua kawasan ni. Kau cari pasal salah orang lah!"
Satu sepakkan singgah di perut Eve. Loki memukul Eve tanpa belas kasihan.
"Arghhhh" Jeritan lelaki berbadan besar kedengaran.
"Hoi! Kan aku dah kata jaga pintu elok-elok bodoh itu pun tak boleh!" Loki memaki tanpa memandang.
Satu susuk tubuh memasuki bilik itu. Sambil tangan di kocek, dia jalan mendekati Loki.
"Kau nak ap-!" Muka Loki tercengang saat melihat lelaki yang baru saja sampai tu. "A-A-Aku Aku.."
Giliran Loki pula yang dipukul bertubi-tubi.
"Ma-Maafkan aku maaf maaf!!!" Kata Loki yang dah lunyai dipukul sambil melutut. Loki bingkas bangun dan mengarahkan semua yang berada di dalam bilik itu untuk keluar. Dalam hanya beberapa saat sahaja bilik telah kosong.
hanya tinggal lelaki yang memukul Loki dan Eve. Laki tu pusing menghadap Eve, Eve cuba mendongak melihat wajah lelaki itu namun pandangannya kabur. Lelaki itu memberi satu plastik yang penuh dengan ubat, plastik itu disambut oleh Eve.
Dia pun berlalu meninggalkan Eve.
**
Eve duduk sebentar di bar, pelanggan dah tak ramai, dia ke dapur pula.
Ada air yang dah siap dibancuh terletak elok di atas meja. Dia melihat sekeliling, kemudian dia ambil air itu. Kemudian dia terus pulang ke rumah.
**
Sampai sahaja di rumah, Eve tidak membuka sebarang lampu mahupun kipas. Dia duduk dalam keadaan gelap, hanya ditemani cahaya bulan yang terang.
Plastik jernih yang berisi sisa makanan dibuka, air yang diambil dari bar dituangkan ke dalam cawan.
Barulah Eve dapat menikmati makanan. Satu-satunya makanan dia untuk hari itu.
YOU ARE READING
THE UNKNOWN HERO (MALAY)
Teen FictionBangun, bernafas, kerja. Aktiviti seharian Eve Aiyu. Sesetengah orang tak perasan pun kewujudan Eve Aiyu ni. Ada juga yang tertanya tanya, kenapa dia boleh jadi macam ni?