OY 12

4.3K 154 13
                                        

Khai P. O. V

"Khai~" Panggil Syakila selepas sahaja aku mematikan suis lampu.

"Yeap!  Balasku. Aku pandang dia yang berbaring, namun menghadap kearah aku.

"Tidur dengan Sya malam ni." Permintaan yang tidak pernah aku duga. Aku terdiam memandang dia dalam kesamaran cahaya yang ada.

Aku telan liur. Ah, sudah!  Ini rezeki atau dugaan? Ligat otak aku mempertimbangkan ajakan tersebut.

"Khai, dengar tak?" Panggil Syakila lagi. Aku tersedar dari permainan otak ku.

"Hah! Dengar, dengar." Balas aku cepat.

"Temankan Sya ye, Khai." Ajak Syakila sekali lagi.

"Err... Err... " Aku menggosok belakang kepala aku yang berambut pendek.

"Khai, ada masalah ke?" Soal Syakila apabila melihat keadaan aku seperti sukar untuk memberI jawapan.

"Bukan tak nak, tapi... Err... Emm..." Alahai mulut! Kenapa berat sangat nak cakap.

"Khai jijik ke dengan Sya?" Soalan daripada Syakila berjaya mendongakkan kepala untuk memandang dia. Nada suaranya yang berubah sepertinya berjauh hati lebih menarik perhatian aku.

"Tak, bukan itu..."

"Tak apa, Sya faham. Mstilah Khai jijik dengan Sya kan. Mana pernah ada orang sudi terima orang macam Sya ni." Tak sempat aku Terangkan, dia dah pintas percakapan aku.

Usai berkata, dia terus memusingkan tubuhnya membelakangi aku. Aku tertunduk, sedikit terasa dengan ujaran dia.

'Bukan macam tu sayang~' Bisik aku lirih.

*****
Aku tersedar daripada lena yang tidak seberapa nak lena memandangkan aku tidur dalam keadaan duduk diatas kerusi. Bunyi suara rengekan lah yang mengejutkan aku.

Aku menggosok-gosok mata aku kemudian menggeliat sedikit menghilangkan lenguh badan aku. Aku pandang katil yang dibaringi sesusuk tubuh.

Ternyata rengekan tersebut datang daripada dia. Lekas-lekas aku bangun mendekati. Dia kelihatan gelisah dan merengek-rengek dalam tidurnya. Dapat aku lihat pipinya basah dengan airmata.

"Dia menangis lagi." Ucap aku lirih. Perlahan-lahan aku mengelap kesan airmata tersebut. Aku pandang wajahnya lama. Daripada mata, hidung dan akhirnya bibir.

Terdapat kesan lebam pada tepi bibir Syakila. Aku sentuhnya perlahan.

"Aku tak pernah jijik dengan kau, Sya. Sumpah tak pernah!  Biarpun lepas ni semua orang pandang buruk pada kau dab mungkin tinggalkan kau, tapi aku janji... "aku terhenti. Perlahan-lahan aku mendekatkan mukaku kepada wajah Syakila.

"Aku janji aku takkan sia-siakan kau. Sebab you are my only love. Only you, my love!" Usai berkata, aku terus mengucup kesan lebam pada tepi bibir Syakila. Lama dan perlahan~

Cepat-cepat aku menjarakkan diri aku apabila Syakila seperti terganggu. Dia membuka mata dan terpisat-pisat memandang aku.

"Khai... Tak tidur lagi?" Dengan suara Serak baru bangun tidur dia... Auch! Makin aku tergoda.

"Tak, tak dapat nak tidur." Balas aku. Nasib baik tak kantoi tadi. 😅

"Emm... Samalah." Balas Syakila lalu duduk. Dia tertunduk sambil menekup muka dengan kedua tapak tangannya. Aku pandang dia penuh dengan rasa kasih dihati aku.

Pastinya dia penat, tapi dia tak mampu nak pejamkan mata sekalipun. Perkara itu sentiasa menghantui dirinya.

"Sya, tentang semalam." Aku memecahkan kesunyian. Dia angkat kepala dan memandang aku.

"Saya bukan jijik dengan awak, cumanya saya risau kalau-kalau awak tak selesa kita tidur berdua. Yalah, katil ni pun tak ada lah besar mana. Awak fahamkan?  Lagipun, saya takut kalau nurse tiba-tiba masuk. Tak pasal-pasal kita kena marah." Jelas aku panjang lebar. Berharap  dia faham.

"Saya tak kisah pun sebenarnya. Kalau awak Betul-betul nak saya temankan, saya boleh je." Tambah aku. Dapat aku lihat matanya bersinar gembira, walaupun Dalam keadaan gelap ni.

"Betul ni?" Soal Syakila, daripada Nada suara dah boleh agak dia gembira.

"Yeap!" Bersama angggukan kepala aku.

Dengar sahaja jawapan aku, dia terus beralih sedikit ke tepi. Ruang kosong disebelahnya ditepuk-tepuk mengajak aku. Aku tersenyum.

"Thank you my hunny bunny." Ucap dia sebaik sahaja aku melabuhkan duduk disisi dia. Dia terus memeluk pinggang aku dari tepi. Aku tergelak.

"Manja nya dia. Scandal siapa lah ni?" Ucap aku tersenyum. Belakang kepalanya aku gosok-gosok manja. Dia terkekek ketawa.

"Scandal awak lah, hunny bunny." Aku memeluk bahunya lebih erat, sehingga tidak ada ruang yang memisahkan kami berdua.

"Dah-dah. Mari tidur, awak penat, saya pun penat. Kita tidur ya. Selamat malam." Aku terus merebahkan tubuh aku. Ah! Sedapnya dapat baring. Lega~

Baru aku hendak lelapkan mata, terasa tangan kanan aku ditarik dan didepakan. Aku pandang Syakila pelik. Dengan sendirinya, dia merebahkan kepalanya diatas bahu kanan aku, dan lengan aku diletakkan diatas bahunya. Gaya seperti aku memeluk dirinya.  Tangannya pula elok terletak diatas perut aku. Dia sedang memeluk tubuh ku.

Aku terdiam. Tidak ku duga rezeki aku sampai macam ni. Ingatkan dapat tidur bersebelahan sahaja. Hahaha...

"Good night hunny bunny."ucap Syakila, dan dieratkan lagi pelukannya pada tubuh aku. Perlahan-lahan dia memejamkan mata. Dalam diam, aku tersenyum gembira. Oh my rezeki! 😉

Sori for the late update...

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang