Jungkook memecut laju keretanya di tengah tengah bandar Seoul.Dalam kepalanya beribu persoalan yang menyinggah.
Kalau betullah suatu hari nanti benda tu akan berlaku dalam keluarga aku macam mana ?
Tak sanggup...aku memang tak sanggup. Takkan la daddy aku sanggup buat macam tu dekat aku ?
Aku anak lelaki dia kut.
Tak boleh!
Ni tak boleh jadi. Aku sebagai anak kena jauhkan benda ni daripada berlaku.
Malu kut kalau kena dekat batang hidung sendiri.
Tak boleh dia bayang suatu hari nanti kalau betul benda ni terjadi dalam hidup dia.
***
" Mesti ahjussi tu dah jatuhkan hukuman berat dekat anak dia yang tak guna tu. Padan dengan muka . Siapa suruh cari pasal dengan aku. Kan dah mendapat "." Mesti teruk kau kena kan ? Tak kisahlah, yang penting bapak kau dah bayarkan motor aku. Siap baiki lagi apa yang rosak. "
Yeonha ketawa sakan sambil tangannya laju membuat kerja.Encik Ahn menjuihkan bibirnya pada isterinya sambil memerhatikan kelakuan Yeonha yang bahagia semacam.
Jauh dalam sudut hatinya, mungkin lepas ni Yeonha akan terkejut dengan berita yang bakal dia sampaikan .
Puan Ahn yang cepat tangkap hanya mengangguk perlahan lalu membiarkan sahaja pandangan suaminya itu.
Encik Ahn terus mendekati isterinya, dan membisikkan sesuatu di telinganya.
" Awak nanti bagitahu tau ".
" kenapa pula saya ? Awak appa dia, awaklah yang cakap ".
" Saya takut dia tak setuju. Keputusan ni berat sangat untuk dia. Dia muda lagi. Takkan dia nak pikul tanggungjawab dalam usia muda macam tu. Lagipun saya belum bersedia lagi nak lepaskan anak perempuan saya tu "
Puan Ahn berhenti dari membuat kerjanya dan fokus kepada perbualan dengan suaminya.
" Ya, saya tahu dia masih muda. Tapi kita nak buat macam mana lagi, dah sampai jodoh dia. Takkan kita nak tolak. Lagipun rezeki depan mata. Kalau lepaskan benda ni rugilah kita ".
" Tapi ni melibatkan anak kita ommanya oi. Awak takkan tak tahu perangai anak perempuan awak tu macam mana . Angin baran dia tak tentu pasal ".
" Awak jangan risaulah. Tahulah saya macam mana nak selesaikan benda ni. Kita sebagai orang tua dia sokong jelah . "
***
Jungkook menekan brek dan menarik brek tangan dengan mengejut apabila keretanya betul betul berhenti di hadapan kedai Dobi Keluarga Ahn itu.
Aku nak bersemuka dengan kau, Ahn Yeonha !
Kau tunggu aku !
***
Jungkook melajukan langkahnya. Nasib baik dia pernah datang ke sini ,kalau tak pening juga nak cari jalan masuk .Sesampai sahaja dia di muka pintu kedai dobi milik Encik Ahn , matanya melilau mencari susuk tubuh seseorang untuk dia bersemuka secara berdepan.
Bunyi loceng dimuka pintu yang menandakan ada kehadiran pelanggan itu menarik perhatian Yeonha.
" Selamat datang ke Dobi Keluarga Ahn . Servis kami 24 jam berjalan. Nak buat servis pick up ke delivery ? "
Yeonha tanpa memandang wajah yang datang dikedainya itu hanya tersenyum manis.
YOU ARE READING
[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️
FanfictionLaki dia si High Class vs Bini dia Si minah dobi. Ahn Yeonha dan Jeon Jungkook dipertemukan didalam keadaan mereka yang sangat huru-hara. Dan Jungkook sangat tidak rela mengahwini perempuan yang bukan dalam standardnya. Dia hanya mementingkan class...