SHC 20

1.8K 199 40
                                    


Tuan Kim menutup pintu kereta dengan perlahan sambil menunggu Taehyung keluar untuk memimpinnya masuk ke dalam rumah.

Sedari mendapati Tuan Kim sedang menunggunya, cepat-cepat Taehyung menuju ke arah Tuan Jeon dan memaut lengan orang tuanya itu.

" Mana kamu kenal dengan isteri Jungkook tu ? "
Tiba-tiba pertanyaan dari Tuan Kim mematikan lamunan Taehyung.

" Dae ? "
Soal Taehyung lagi. Agak kurang dengar disitu.

" Macam mana kamu boleh kenal dengan isteri Jungkook tu ? "

Taehyung pelik akan pertanyaan Tuan Kim. Agak tiba tiba disitu ye.

" Kenal melalui Jungkook la. Appa kan kawan baik dengan daddy dia. Takkan daddy dia tak pernah bagitahu ? "
Ujar Taehyung menolak perlahan pintu rumah dan mereka berdua disambut oleh pembantu rumah.

Perlahan lahan juga Tuan Kim duduk bersandar pada sofa besar yang berada diruang mewah itu.

" Dia mirip seseorang ..."
Terluah perkataan itu dari bibir Tuan Kim.

Taehyung mengangkat wajahnya dengan dahinya berkerut serupa kek apollo.

" Siapa ? "

" Appa dapat rasakan yang dia mirip seseorang . Tapi appa tak pasti. Mungkin bayangan mata appa sahaja. "
Kendur ayat itu terluah dari bibir orang tua itu.

Taehyung buat tak tahu. Malas dia bertanya dengan lanjut. Enggan membuka cerita lama yang dah berlaku dalam keluarga mereka ini.

Biarlah waktu sahaja yang menentukan.

" Appa terlalu rindukan dia, sebab tu la appa nampak semua macam dia. Appa, lupakan benda tu. Appa bukannya muda lagi. Tak payahlah fikir yang bukan-bukan. "

" Tapi appa betul-betul rindukan ....."

" Shh... "

Cepat Taehyung pintas ayat Tuan Kim .

" Taehyung tak nak appa fikir benda tu. Yang penting sekarang ni kita naik ke bilik dulu. Appa kena rehat dan makan ubat, boleh ? "

Tuan Kim berpandangan lama dengan satu-satunya waris yang dia ada. Sebelum tersenyum nipis tanda mengerti akan pesanan anaknya itu.

***


Knock knock ! ! !

" Oi ! Kau ingat ni bilik air rumah kau ke ? Sedap-sedap kau je nak main air lama-lama dalam tu."

" Habis tu aku ni tercongok lah depan pintu ni tunggu kau siap mandi ? Kalau aku tahu macam ni baik aku booking bilik asing-asing ! "

Bebel Jungkook sambil mengetuk kuat pintu bilik air hotel yang menempatkan mereka berdua untuk bermalam pertama sebagai pengantin baru.

Manakala Yeonha menutup telinga serabut mendengar bebelan Jungkook.

Ditangannya ada satu plastik hitam yang dikirim Seokjin tadi . Yeonha menyerabaikan rambutnya.

" Aigoo ! Lain yang aku minta lain yang omma bagi. Mati la aku macam ni. Dah lah aku bendera merah. Omma ni pun satu hal, aku minta kotex , libress . Ni dia bagi aku baju tak cukup zat ni dah kenapa ? Mati aku macam ni mati ! "

" Woi,Yeonha ! "

" Apa kau ni ?! "
Balas Yeonha balik. Geram bercampur takut tahu tak. Dah la aku tak standby benda tu.
Ni nak minta siapa pergi cari ni.

Jungkook ? Tak mungkin mamat tu nak pergi carikan untuk aku.

" Banyak songeh kau eh. Bilik ni aku yang bayar tau. Bilik VIP kau tau. Bilik air yang paling luas aku request agak-agak luas macam padang bola tak ?

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now