SHC 64

739 103 43
                                    

" Doktor dah sapu ubat, Yeonha jangan risau ya ? Nanti luka dekat tangan Yeonha mesti akan cepat baik".

Jiyoon cuba berbual dengan Yeonha selepas mereka pulang dari klinik yang berdekatan .

Nasib baik Jiyoon tergerak hati untuk mengikut Jungkook dan Yeonha. Kalau tidak, dia mungkin tidak tahu apa yang sudah berlaku antara mereka suami isteri.

Dan disaat ini, dia sangat marahkan Jungkook. Apa yang ada dalam kepala Jungkook sampai dia boleh buat kerja bodoh macam tu ?

Boleh pula dia bela perempuan yang datang dari mana entah. Isteri sendiri pula yang dipersalahkan.

Jiyoon menjeling Yeonha melalui hujung mata.

Yeonha terlihat sedang tertunduk sambil merenung tapak tangannya yang sudah berbalut dengan kemas itu.

" Takde apalah, sikit je tu. Yeonha kan kuat..."
Jiyoon sempat memberikan sokongan buat Yeonha.

Kali ini, Jiyoon merasakan suasana tidak lagi seronok. Yeonha sudah tidak ceria seperti dulu.

" Hmm...Yeonha nak balik ke ? Eonnie hantarkan ..."

" Orang tak nak balik rumah daddy. Orang nak balik rumah appa..."
Akhirnya, Yeonha mula membuka mulut.

Nanti, takdelah Jiyoon bercakap sorang-sorang.

Jiyoon mengangguk faham. Dia tahu, Yeonha mungkin tak nak bertemu dengan Jungkook buat masa sekarang.

Sakit hati Yeonha, begitulah sakitnya hati Jiyoon dengan perangai Jungkook.

" Sebelum tu, boleh tak kita pergi tempat yang tenang sikit ? Orang tak nak nanti bila sampai dekat rumah, Seokjin soal macam-macam. Bukan boleh buat main, nanti dia pergi cakap dekat omma dengan appa. Orang tak nak diorang risau..."

" Baiklah, kalau itu yang Yeonha nak. Eonnie ikutkan..."

Yeonha melemparkan pandangannya ke arah luar tingkap kereta.

Tanpa Jiyoon sedar, Yeonha mengalirkan airmatanya lagi gara-gara teringatkan layanan Jungkook terhadapnya tadi.

Jungkook dah berubah !

***

" Minumlah Jungkook. Bagi sejukkan hati awak dulu. Pasal tadi tu awak tak payah fikir lah. Saya okay je ".

" Bukan tu masalahnya, saya cuma terkilan dengan Yeonha. Saya tak sangka pula dia berani buat dekat awak macam tu. Dia tak macam tu pun sebelum ni . "

Boreum tersenyum sinis lalu kembali menguntumkan senyuman paling manis buat Jungkook. Adakah dia sudah hampir berjaya ?

" Tak pun nanti, awak pujuklah Yeonha. Mana tahu dia okay ? "

Jungkook mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya, dan anak mata Boreum terus fokus kepada benda alah itu.

" Awak rasa, Yeonha terima tak ?  "
Jungkook membuka bekas yang berwarna baldu biru dihadapan Boreum.

Terlihat didalamnya, ada sebentuk cincin, seutas rantai dan dua pasang anting-anting yang sangat cantik. Dan ia memukau pandangan mata Boreum yang melihatnya.

" Cantiknya, Jungkook. Awak nak bagi pada Yeonha ? "
Soalan itu terpancul dari mulut Boreum .

Jungkook memandangnya pelik namun akhirnya Jungkook ketawa kecil.

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now