Jungkook tersedar dari tidurnya apabila suhu bilik itu agak sejuk dari biasa.Dia memisat-misat matanya untuk bangun mengambil remote control penggawa dingin.
Selesai sahaja memastikan suhu bilik kurang sejuk, matanya tertumpu pada susuk tubuh Yeonha yang tidur di atas lantai.
Buas nak mati kau tidur. Nasib baik kau tidur bawah kalau tidak , tak tahulah nasib aku macam mana nanti.
Agaknya beradu dibawah katil kut.
Namun Jungkook tersengih sendiri mengingatkan gaya Yeonha yang sedang tidur itu.Dengan rambut dia yang panjang mengurai menghalang wajahnya yang sedang lena diulit mimpi.
Cantik juga rambut perempuan ni. Aku ingatkan kau ni jenis kurang rambut.
KAHKAH , aku baru nak kesian kalau ada rupa macam tu.
Nak la juga hulur sumbangan supaya kau pergi buat rawatan rambut.
Kesian sangat.Jungkook yang sedang ketawa perlahan senyap seketika apabila Yeonha mengeliat membetulkan urat badannya sebelum kembali menyambung tidur.
Siap buat flip hair lagi.
Namun apabila Jungkook terpandang wajah Yeonha yang sedang lena itu.
Jungkook bagaikan ada terperasan sesuatu.
Dia mengamati betul betul wajah Yeonha dan dia seakan-akan...
ANDWAE !
Jungkook menampar berkali kali pipinya.Jungkook berlari naik ke katil dan membungkus kembali dirinya di dalam selimut.
Memori 3 tahun dulu datang lagi.
Tiba-tiba sahaja bulu romanya berdiri tegak.
Aku tak nak ingat . Aku tak nak ingat benda tu lagi.
***
Bunyi siren polis dan anggota penyelamat mengerumuni kawasan jambatan sungai han untuk membuat misi menyelamatkan cubaan membunuh diri.
Masing masing sudah lengkap dengan peralatan keselamatan agar bersedia dengan apa apa kemungkinan nanti.
Jungkook berlari pantas mengejar beberapa anggota penyelamat dari belakang untuk menemui mangsa yang dikatakan ingin membunuh diri itu.
Hatinya berdebar tak keruan.
Sempat dalam hatinya berdoa agar sempat dan dapat membantu sedaya yang mungkin." Encik tak dibenarkan masuk dekat dengan kawasan yang sudah kami pagar. Kami sedang menjalankan misi menyelamat mangsa yang cuba bunuh diri. Diminta encik tidak menganggu tugas kami. "
Ujar salah seorang pegawai polis yang berada dikawasan jambatan sungai Han.
YOU ARE READING
[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️
FanfictionLaki dia si High Class vs Bini dia Si minah dobi. Ahn Yeonha dan Jeon Jungkook dipertemukan didalam keadaan mereka yang sangat huru-hara. Dan Jungkook sangat tidak rela mengahwini perempuan yang bukan dalam standardnya. Dia hanya mementingkan class...