4) pain and tears

105 14 0
                                    

Kini genap lah , Jiyeon berada di rumah Puan Kang selama sebulan.

" Mama , boleh tak kalau Jiyeon minta izin Jiyeon nak balik ke Seoul. Nak sambung kerja "

suasana sunyi sepi kerana Daniel tiada di rumah. Dia sedang mengikuti program Produce 101 yang sedang hangat menjadi bualan orang ramai masa kini.

" Jiyeon pun nak tinggalkan mama jugak. Haih... "

" Bukan macam tu Mama. Jiyeon nak kena masuk kerja semula lepas 2bulan cafe yang Jiyeon kerja tu tutup sekarang dah beroperasi semula. Jiyeon masih sayangkan Mama tau "
Jiyeon memeluk Puan Kang dengan erat.

" Ye la , hati-hati. Ni satu kalau jumpa Daniel kat mana-mana kirim salam dekat dia. Cakap kat dia " Mama sayang Daniel. Jaga diri baik-baik " "

" Nae "

Jiyeon POV

Akhirnya , dengan kebenaran Mama aku selamat berada di Seoul dimana rumah aku berada.

Serious rindu gila. Sampai hati Omma dan Appa tak balik lagi.

Aku membuka lock pintu pagar rumahku dan masuk kedalam rumah aku. Mesti sudah berhabuk.

" Ah ! my sweet home ! "

aku merebahkan diri aku pada katil empukku.

Aku merenung siling sambil menyilangkan tanganku di dada.

" D-daniel , buat apa sekarang ni eh ? "

senyuman dibibir aku terpancar saat mengingati kenangan zaman budak-budak aku dengan budak Daniel itu.

Ah ! Jiyeon ingat esok mula kerja ! Harini mari kemas rumah yang sudah setebal 1inchi habuk ni !

Café merupakan tempat aku kerja selepas tamat pengajian kolej.

Kerja ni sangat menyeronokkan bagi aku sebab takpayah serabutkan minda dengan kertas kerja. Hanya tumpukan perhatian dan hasilnya akan menjadi lebih sempurna.

Ting!!

Pintu ditolak menandakan pelanggan masuk.

Ouh , sekumpulan lelaki bersama beberapa orang gadis memenuhi ruang kafe ini. Harap tuah menyebelahi kedai ini. Sebaik sahaja mereka duduk di meja aku pula mengambil tugasku sebagai seorang pelayan untuk mengambil pesanan.

" Ni menunya " aku menghulurkan dua keping kertas yang tertera menu kafe ini.

Selepas habis berbincang mereka memberitahu aku apa yang hendak mereka pesankan.

" Bagi cappuchino dua , latte satu dan hot chocolate satu. Makanan sampingan bagi kami cake chocolate dan red velvet. Itu saja "

aku mencatat apa saja yang mereka order dan segera pergi ke dapur untuk menyiapkan hidangan.

Kerja harini sangat meletihkan tapi seronok la jugak dapat buat kerja semula. Dapat jumpa ramai orang.

Perjalanan pulang ke rumah kini lebih selesa dari berada di Busan. Dekat sini naik kemudahan awam tak payah susahkan diri nak jalan kaki.

Aku berada di dalam bas yang perjalanan untuk ke rumah aku.

Sesekali aku memandang telefon pintarku.

'Perlu ke aku hantar chat kat dia ?'

Kepalaku disengetkan pada cermin bas tersebut dan termenung sehingga aku tertidur.

Kini sudah 4 bulan berlalu...

Jiyeon berharap kepulangan Omma dan Appanya.

"Omma !! Cepat balik tau ! JiJi rindu sangat sangat Omma Appa !!!!!! " jerit Jiyeon di dalam talian.

" Nae !!! Omma appa pun rindu kamu jugak ! "

Selepas berOTP dengan keluarga tersayang Jiyeon melangkah ke dapur untuk memasak sesuatu sempena menyambut kepulangan keluarganya.

" Aku orang pertama paling gembira bila nampak Omma dan Appa malam nanti. Yeah ! Jiyeon akan masak sedap-sedap untuk omma appa "

kegembiraan Jiyeon hanya sementara apabila dia menerima panggilan yang membuatkan perasaannya terusik.

" Jiyeon sayang , datang Hospital Seoul sekarang nak..."

" Mama ? K-kenapa ? "

" Omma dan Appa Ji-ye...ttutt ttutt!! "
panggilan segera dimatikan.

Air mata mula membasahi wajahnya. Pelbagai perasaan yang bercampur baur yang dilaluinya sekarang ini.

Sesampainya gadis itu di hospital berkenaan. Jiyeon berlari kearah Puan Kang dan sekeluarga yang sedang berada di kerusi menunggu di ruang kecemasan.

" Kenapa dengan Omma Appa Jiyeon , Mama ? "
dironta-ronta lengan Puan Kang. Hanya tuhan saja tahu perasaannya.

" Omma dan Appa Jiyeon kemalangan dalam perjalanan balik ke rumah, nak "
Puan Kang memeluk Jiyeon yang sudah tersedu sedan.

" Andwae !!!!!!!!!!!!!! "

" Sabar Jiyeon. Kamu kuat sayang..."

" T-tak...Jiyeon tak kuat...."

Segalanya menjadi gelap dan hitam.

[C] NOONA-YA + kang danielWhere stories live. Discover now