9) la dolce vita

130 11 0
                                    

Destinasi utamanya , rumah keluarga Park.

Dia tahu tak ke mana perempuan itu selain ada di rumahnya atau di rumahnya sendiri.

Punat loceng ditekan. Tiada sahutan.

Di tekan lagi bertubi-tubi masih tiada jawapan.

" Jiyeon ! Mana dia ni ?! "

Bingo ! Dia dapati lampu dalam rumah tersebut dibuka bermakna ada penghuni di dalam rumah tersebut tapi dia masih tidak muncul untuk buka pintu. Nak dipanjat pagar malangnya ada bilah-bilah muncung tirus diatas terbatal niat lelaki itu.

" Aish ! Jinjja ! menguji kesabaran betul ! "

Dia mengeluarkan telefonnya dan cuba menelefonnya. Sama , panggilan tidak dijawab.

Ah ! Daniel sudah mengalah. Sudah lah dia tidak makan lagi dan bila dia kesini tidak dilayan pula.

Kalau balik rumah dibebel lagi.

Akhirnya Daniel terduduk didepan pintu pagar rumah tersebut dengan perasaan yang serabut.

Jiyeon POV

Aku terdengar bunyi loceng dan dia pergi ke arah pintu utama dan lihat pada mel-box dan dia lihat lelaki yang telah menghinanya semalam kembali.

Mahu apa dia ke sini ?!

" Apa yang aku nak buat ni..."

kalini telefon aku pulak berdering. Ha sudah. Jiyeon kaku dan buntu. Tapi dia tetap berkeras untuk tidak membenarkan lelaki itu jejak kaki ke dalam rumahnya.

" Baik aku naik duduk di bilik. "

Aku kan menumpang kat rumah dia buat apa balik semula. Aku pun ada perasaan jugak. Sakit kena curah tea panas ni masih bahang pada wajah ni.

Hina. kutuk depan mama papa.

Ya tuhan , Aku rindukan Omma Appa .

Aku mengambil frame gambar kami sekeluarga dan mendakapnya erat sehingga terlelap.

.
.
.

Saat aku mahu membuang sampah di tong sampah luar,  aku dikejutkan oleh satu figura manusia sedang tidur dihadapan pintu pagar aku dengan muka pucat dan tidak bermaya.

" Oh My God ! Daniel !!!! "

aku membuang sampah terlebih dahulu dan segera mendapatkannya.

" Daniel ? Daniel ! "
Jiyeon meletakkan kepala Daniel di pahanya dan cuba untuk bangunkan lelaki tersebut tetapi tidak berjaya. Nak taknak terpaksa Jiyeon memapah lelaki itu masuk dalam rumahnya.

Dibaringkan lelaki itu di katil bilik tetamu. Stocking dibuka. Perempuan itu bergegas mengambil air dan tuala kecil dan kembali semula.

" Daniel , kenapa awak datang sini ? Kenapa awak tunggu saya ? Awak suka kan saya takda dalam rumah awak. Jadi kenapa awak tak balik sejak semalam..." sambil menyoal lelaki itu yang masih tidak sedarkan diri. Tuala berisi air itu menyapu wajah lelaki itu perlahan-lahan.

'kenapa awak benci sangat dekat saya ? hina sangat ke saya di mata awak ?'

Jiyeon menatap wajah lelaki itu manakala tangannya ralit membersihkan wajahnya.

[C] NOONA-YA + kang danielWhere stories live. Discover now