8) Honey Tea

115 12 0
                                    

Selepas Daniel balik dari airport dia hanya membongkang didalam biliknya kerana letih.

" KANG DANIEL ! BANGUN !!!! " bagai gempa bumi hingga Daniel terjatuh katil mendengar suara Mamanya.

" Maa...kenapa ni ? Niel penat la "

" No. Cepat la jom mama dengan papa ada benda nak cakap "
tegas saja suara Puan Kang supaya anak terunanya bangkit dari katilnya yang sekian lama dirinduinya.

" Ya la.... " dengan malasnya Daniel akhirnya keluar dari kepompong selimut sambil merengangkan badannya 180 darjah dan menuju ke bilik air untuk membasuh muka sebelum turun.

" Ada apa , Mama Papa ? " matanya ditenyeh.

" Baca surat ini "

Daniel membaca dengan teliti helaian kertas itu. Bagaikan mahu menjerit lelaki itu apabila dia membacanya.

" Wasiat siapa ni ? Kenapa ada nama keluarga kita ? Siapa yang nak kahwin ni ? "

Kebetulan Jiyeon datang dengan membawa dulang berisi teko air dengan cawan tea.

" Honey tea. Jemput la minum "

" Jiyeon duduk sini "

Jiyeon duduk bertentangan dengan Daniel.

" Itu wasiat Appa Jiyeon. Dia nak kamu dengan Jiyeon disatukan pada masa sekarang sebab wasiat tu ditulis pada awal bulan 2017 sebelum dia meninggal "

" Why this paper so shit ! "

" Daniel jaga mulut tu... "

" NO ! DANIEL tak akan kahwin dengan perempuan ni ! Dia hanya menumpang saja di rumah kita ! Lepas dia jadi sebahagian dari keluarga kita. Sekarang dia nak ambil hak Daniel pulak ? Wow Nice this bitch plan ! heh ? Never papa..mama... "

" KANG DANIEL ! Walau apa pun yang terjadi kami akan tetap menantukan Jiyeon kepada kamu. Noktah ! "

" Memang perempuan ni bawa sial betul dalam keluarga ni lepas dia jejak kaki dua tahun lepas...Mama dengan papa pun dah tak dapat beza mana anak sendiri... "

Daniel bangkit dari kerusi itu. Dia tersenyum sinis dan ambil secawan air yang dituang Jiyeon itu tadi dan dia mencurah kearah perempuan didepannya.

Air itu agak panas-suam.

" This suite for you , bitch "

Kertas kerja diatas meja dipandang Daniel. Sedikit pun dia tidak memandangnya. Dalam fikirannya hanya fikir tentang wasiat keluarga Park yang ingin dia dikahwinkan oleh perempuan yang dia anggap sebagai childhood friend nya sahaja.

" Daniel ! Focus ! " kepalanya digeleng-geleng beberapa kali. Dia kembali melihat kertas kerja yang diberi oleh staff office tersebut untuk disemak.

Pen ditangannya dipusing-pusing ke udara tatkala menyemak kertas tersebut.

Wajah pout Jiyeon sedang bermain didalam fikirannya. Daniel selalu curi-curi melihat Jiyeon pout apabila sesuatu kerja yang dia lakukan tidak berhasil atau kurang memuaskan.

" Daniel , ingat dia tu hanya menumpang dalam keluarga kau dan....aku sendiri pun bodoh dua tahun lepas...takkan tinggalkan dia konon. Shit ! I should turn back time and wash my mouth ! ARGHH ! michi "
.
.
.
.

" Ada apa kau nak jumpa aku ni , Daniel "
Sungwoon lah tempat dia mengadu selepas Jisung hyung nya menjalani kem tentera selepas tamatnya kontrak bersama Wanna One.

" Aku ada big problem... "

" cuba kau small kan problem kau ? "

" Aku kena kahwin dengan Jiyeon "

" Macam mana tetiba je ni ? "

" Itu yang aku terkejut tu. Aku baru je balik dari Canada. Mama papa aku buat surprise gila tu siap tunjuk wasiat keluarga dia. Parents dia ada tulis wasiat dan nama keluarga aku termasuk sekali kot... itu yang aku bengang ni "

" Sabar niel..."

" Aku tak suka pun kat dia. Aku anggap dia kawan je. Malah dia anggap aku adik. Dia sendiri pernah gelar diri dia noona. "

" Aigoo , Daniel oi itu dulu . Sekarang mana tahu perasaan kau dengan dia dah lain. I mean start to fall in love... "

senyuman Sungwoon penuh makna.

" Geli ah ! hyung ni takda nasihat yang munasabah sikit ke "

" Alah ! kau ni nak sangat kan aku jadi doktor cinta kau. Kau kahwin je la. Habis cerita. "

" Aku---mana reti pikat perempuan la ngok "

Kalini ketawa Sungwoon menjadi pujaan. Bergema satu restoren makanan Chinese itu. Nasib takda orang.

" Look. Kau ni ego sangat ni. Cuba rendahkan ego kau sikit..."

" Er...kenapa aku rasa macam nasihat hyung ni sesuai untuk jiyeon eh ? "

" Asal pulak ? "

" Jiyeon tak pernah ada kawan. Dan dia takpernah tahu macam mana nak rapat dengan orang..."

" Jadi dia takpandai bergaul macam tu ? So kau kena la main peranan. Kalau kau dengan dia berdingin sampai kiamat pun korang akan awkward sampai atas katil. "

" aku rasa hyung yang patut kahwin dulu "

" Eh eh ? jiyeon tu kau punya . Asal nak pass kat hyung ? Hyung on je. Hyung boleh la tackle dia sampai dia cair tau " matanya dikenyit beberapa kali.

Panas pulak hati Daniel mendengarnya.

" Semalam aku guna cursing word kat dia dan terrrcurahkan air tea panas ke muka dia... "
Daniel bermain dengan jari telunjuknya dua-dua.

Sungwoon terkejut dan menghembus nafas laju.

" KAU DAH GILA KANG DANIEL ! kalau melecur muka dia macam mana ? bakal isteri kau kot. Ey kau ni kalau aku jadi abang atau adik dia dah lama aku lenyek lenyek kau. Haih... "
Sungwoon sudah acah mahu menumbuk lelaki dihadapannya tapi dibiarkan dahulu. Member kan.

" memang padan lah ! Dah la menumpang rumah aku lepastu nak ambil hak mama papa aku dan sekarang aku pulak digadaikan ? Lepas ni nak kaut pulak harta keluarga aku ?! hell no !"

" kenapa aku rasa macam kau fake. Mulut cakap lain tapi hati kau diselindungi oleh aura kejahatan. Kau bawak balik jugak aura Canada kau ye ? "

" Suka hati hyung lah... "

" Mama , I'm back ~ ! "

" Hah ! Balik pun anak mama "
Puan Kang tunggu diruang tamu bersama Tuan Kang.

" Daniel naik dul-- "

" Mama nak kamu pergi cari Jiyeon sekarang ! "

Daniel seakan-akan hilang kata-kata. Jiyeon hilang ? Bukan dia ada dalam rumah ini ke ?

" Apa ? Terkejut ? Puas hati kamu ! Halau menantu Mama. "

" Biar lah Mama. Dia balik rumah dia kot "

" Tak kira. Kalau kamu tak cari dia Mama potong credit card kamu "

" What the ? MAMA !!!! "

" now or never ? "

Kerana terpaksa Daniel relakan. Seusai dia mandi , dia membuat keputusan untuk pergi mencari menantu kesayangan keluarnganya itu sehingga ketemuan.

' Macam dia pulak anak emas dalam rumah ni. Aku macam anak bibik. Tch ! '

[C] NOONA-YA + kang danielWhere stories live. Discover now