10: Something isn't right

147 15 5
                                    

Setelah selesai membuat sentuhan terakhir pada kerjanya, Riyadh terus menelefon klien untuk memberitahu tentang kerja yang telah diselesaikan, dan seperti sebelumnya, Riyadh sentiasa menyiapkan tugasannya lebih awal dari deadline kerana dia tidak suka bekerja dalam keadaan tergesa-gesa dan kena gesa. Oleh kerana itulah dia selalu menolak kerja yang diberikan jika klien memintanya menyiapkan dalam tempoh yang terlalu singkat. Dia lebih rela rugi daripada menghasilkan sesuatu yang tidak berkualiti.

Riyadh merebahkan tubuh ke sofa rangkai tiga di ruang tamu. Dia kembali berseorangan di rumah dua tingkat ini setelah Farez kembali ke awan biru awal pagi tadi. Kali ini India menjadi tempat persinggahan kawan serumahnya itu. Untunglah kerja sambil menjelajah dunia. Riyadh pun kalau ada rezeki lebih mahu bercuti panjang dan menjelajah negara asing.

Riyadh dikejutkan dengan deringan telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kopi. Tanpa mengalih pandangan mata dari skrin televisyen, dia mencapai telefon bimbit lantas menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello?"

"Riyadh. Kau kat mana?"

"Rumah.." Riyadh melihat nama di skrin telefon sebelum meletakkan telefon bimbit ke telinga semula. "Kenapa ni, Farez? Kau okey?" Riyadh juga turut berasa bimbang sebaik sahaja mengetahui siapa empunya suara yang kedengaran sedikit cemas itu.

"Aku okey, aku okey. Arrived safely at Mumbai. Ni Riyadh... Amna masuk hospital."

"Amna?" dan kali ini tubuh Riyadh automatik bangkit dari baring dan terus berdiri. Dia tidak tahu mengapa tapi mendengar satu nama itu saja membuatkan jantungnya berdegup kencang. "Kenapa dengan dia? Kenapa aku tak tahu? How did you know?"

"Excuse me, aku bestfriend dia, incase kau lupa."

"Okay. Dia bagitau kau?"

"Ya. Aku nak mintak tolong kau sikit ni Riyadh."

"Apa dia?" bukan main pantas lagi Riyadh bertanya.

"Amna tak ada sesiapa kat sini, kau tahu kan? Parents dia kat kampung. Afeef dekat Bougain. Dia tak ada close friend other than me. And now aku pun jauh dari dia."

"Okay, which hospital? No, I mean..what level she's in?" Riyadh sudah berlari-lari anak menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya di tingkat atas. Kunci kereta dan beg duit di capai dari atas meja di sisi katil dan dia turun ke tingkat bawah semula. Mematikan suis televisyen sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Dia belum reply aku lagi so aku tak tahu."

"Amna kenapa?" Pintu pagar dibuka luas dan Riyadh kemudiannya meloloskan diri ke dalam kereta.

"Food poisoning. Kau tolong aku tengok-tengokkan dia, boleh?"

"I'm on my way."

AmnaRiyadh

Riyadh melangkah dengan lajunya menuju ke kaunter pertanyaan di lobi hospital. Dia berhenti sekejap untuk bertanya nombor bilik Amna dan Riyadh terpaksa menipu dengan memperkenalkan diri sebagai bakal suami Amna supaya jururawat yang bertugas memberi butir tentang bilik Amna kepadanya. Dan mungkin dengan bantuan riak cemas di wajah Riyadh yang dia langsung tak boleh nak hilangkan sejak dari dalam kereta tadi, jururawat tersebut tidak bertanya lebih lanjut tentang hubungannya dengan Amna atau tentang keluarga Amna, terus sahaja memberi nombor bilik kepada Riyadh.

Tingkat 5 bilik nombor 10. Pantas langkah kakinya diatur menuju ke tingkat yang menempatkan bilik dimana Amna berada. Dia bersandar di dinding lif yang membawa dia dan seorang doktor ke tingkat 5. Doktor itu juga ke tingkat 5 kerana hanya nombor 5 yang bernyala di dinding lif.

Riyadh menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya perlahan. Sudah lama dia tidak berasa cemas sebegini. Entah kenapa bila mendengar nama Amna dia terus jadi panik. Mungkin kerana dia sudah biasa melihat Amna yang sihat dan ceria, jadi bila dia mendapat berita yang Amna dimasukkan ke rumah sakit, dia terus jadi bingung.

Lif berdenting dan pintu terbuka. Riyadh mengangkat muka, sudah bersedia untuk melangkah keluar tapi tubuhnya kaku bila melihat seorang gadis sedang memapah seorang lelaki untuk masuk ke dalam lif.

Dan gadis itu mengangkat muka, menyambut pandangan Riyadh.

Masa seakan berhenti tiba-tiba.

Pergerakan bagaikan terus membeku.

"Sayang, kita halang jalan ni."

Pandangan Riyadh jatuh pada lelaki sakit yang dipapah oleh perempuan yang dipanggil 'sayang' sebentar tadi.

Gadis itu pantas memapah lelaki tersebut masuk ke dalam lif. Doktor yang tadinya membantu menahan pintu lif dari tertutup terus melangkah keluar sebaik sahaja perempuan dan lelaki itu masuk ke dalam.

"Excuse me." Riyadh bersuara perlahan, kerana lelaki dan perempuan itu menghalang laluannya.

"Sorry." Lelaki itu meminta maaf sambil bergerak ke tepi sedikit supaya Riyadh dapat melangkah keluar dari lif.

Riyadh terus melangkah pantas meninggalkan perkarangan lif dan mencari bilik nombor 5. Walaupun hatinya kini sudah dirundung seribu pertanyaan, dia gagahi jua kakinya untuk melangkah mencari Amna.

Dia tiba di hadapan bilik bernombor 10 yang tertulis nama Amna Irdina di pintu. Pintu diketuk perlahan sebelum dia membuka pintu dan melangkah masuk.

"Riyadh!"


Yakinlah Aku MenjemputmuWhere stories live. Discover now