08

260 30 0
                                    

Sepanjang perjalanan itu Yoongi hanya diam. Yoohee lagi la diam. Dia tidak tahu mahu bualkan apa.

Yoongi terfikir kembali apa yang dijelaskan oleh Dr.Chen tentang penyakit Yoohee.

Flashback..

"Doktor.. Boleh doktor terangkan saya apa itu kifosis yang.. isteri saya sedang lalui?"

Dr.Chen mengeluh sedikit sebelum membetulkan kedudukannya.

"Baiklah.. Isteri awak menghidap penyakit Kifosis atau lebih dikenali sebagai kelainan tulang belakang bahagian atas yang terlalu membungkuk kedepan akibat sikap duduk yang salah atau posisi tidur yang salah. Namun penyebab kifosis bukan hanya itu saja. Secara medis, kifosis merupakan kondisi punggung atas yang mengalami pembengkokan belebihan."

Jelas Dr.Chen panjang sambil melihat raut wajah Min Yoongi.

"Boleh saya tahu. Apa yang Puan Yoohee buat dirumah ye sehingga dia boleh mendapati penyakit sebegini dalam tempoh setahun ini?"

Tanya Dr.Chen lagi apabila melihat kebisuan suami pesakitnya itu.

Sekali lagi Min Yoongi mendiamkan diri apabila ditanya pula soalan yang memang akan membuatnya diam tak berkutik.

"Macam ni la Encik Min. Saya nasihatkan supaya awak jaga Puan Min dengan lebih baik dan juga sentiasa pantau tentang kesihatannya atau ia mungkin akan berlaku lebih teruk lagi selepas ni. And satu lagi. Pastikan dia mendapat tempat tidur yang baik dan juga kerusi yang empuk untuk dia berehat. Jangan bagi dia buat kerja yang berat yang membolehkan situasinya lebih sukar."

Panjang lebar Dr.Chen menerangkan pada Min Yoongi. Kali ini Min Yoongi mengganguk tetapi masih tiada bicara.

Min Yoongi meminta diri selepas Dr.Chen memberitahu bahawa isterinya akan ada check up untuk setiap minggu pada hari khamis.

End Flashback

'Kau sakit dah setahun? Sebab aku ke kau sakit?' Min Yoongi masih lagi mengelamun sehingga tidak sedar lampu merah sudah bertukar kepada hijau. Kereta dibelakang semuanya menekan hon.

"Err Yoongi.. Yoongi?" panggil Yoohee.

Yoongi yang jauh mengelamun tu terkejut kerana dipegang Yoohee.

Yoongi memandang Yoohee. Yoohee menunjukkan isyarat menyuruh dia jalan. Yoongi baru tersedar lampu sudah bertukar hijau.

Barulah Yoongi sedar apabila telinganya juga mendengar hon hon dari kereta belakang.

Yoohee memandang pelik melihat suaminya semenjak dia balik malam tempoh hari.

Dia hanya menggeleng kepala melihat kelakuan suaminya itu. Lalu dia hanya mendiamkan diri dan memandang keluar tingkap.

"Dah lama tak jalan jalan naik kereta macam ni" ucapnya perlahan pada dirinya sendiri.

Yoongi terdengar walaupun ia perlahan. Ia membuatkan rasa bersalah semakin menebal dalam dirinya.

Pedal minyak ditekan kuat. Kereta berderum laju menuju ke BigHit Mall untuk membeli sesuatu.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now