Setelah penat mengemas bilik Yoohee sekali gus mengemas rumah bersama Yoongi. Yoongi memaksa Yoohee menyuruhnya berehat kerana risau dengan kesihatan isterinya itu.
"Awak tolong la dengar cakap saya. Awak tak boleh buat kerja banyak. Awak duduk. Biar saya kemas yang selebihnya"
Yoongi menjegil matanya memandang Yoohee. Ketawa Yoohee melihat pandangan suaminya itu.
'Ingat comel buat macam tu. Mata pon tak nampak.'
" Yela saya nak duduk la ni. Tapi sekejap. Saya nak masak dulu. Malam nanti kita nak makan apa kalau saya tak masak"
Kata Yoohee dan ingin berlalu ke dapur.
"Hesh dia ni kan. Degil betul lah. Sibukkan pasal makanan tu. Awak duduk." Yoongi menangkap isterinya ke dalam pelukannya dan bertentang mata dengan Yoohee.
Yoohee tergamam kerana berada di dalam pelukkan suaminya buat kali pertama. Sedikit bergenang air matanya di pelupuk mata.
"Awak jangan nangis lagi dah lepas ni. Saya tak suka tengok awak nangis lagi. Saya nak awak senyum je saat bersama saya. Saya minta maaf atas semua perlakuan saya pada awak" diakhir kata Yoongi mengesat air mata yang berada ditubir mata lalu mencium mata isterinya dan dahi isterinya lama.
Yoohee memeluk kuat suaminya. Buat pertama kalinya Yoongi memeluk dengan begitu erat. Air matanya tumpah lagi.
'Akhirnya. Awak pandang juga saya Yoongi'
****
" Saya takda kat rumah jangan berani buat kerja berat. Fikir pasal kesihatan awak. Saya nak awak sembuh dengan cepat"
kata Yoongi sambil menyarung kasutnya ingin ke pejabat.
Sudah sebulan berlalu semenjak dari mengemas rumah hari itu. Yoongi betul betul melayan Yoohee seperti isteri. Cuma mereka tidur berasingan atas sebab Yoohee mahu begitu. Yoongi juga tidak membantah.
"Ye. Saya dengar cakap awak Yoongi" kata Yoohee lalu menghampiri Yoongi.
Yoongi menariknya ke dalam pelukan. Mereka berpeluk lama dan Yoongi mendaratkan ciumannya di dahi isterinya lama. Yoohee menolaj sedikit badan Yoongi menyuruh suaminya pergi ke pejabat.
Yoongi tidak berganjak tetapi semakin memeluk erat badan isterinya. Dia menandang Yoohee dari mata turun ke hidung lalu turun ke bibir Yoohee.
Perlahan lahan dia merapatkan mukanya dengan Yoohee. Yoohee sudah ketakutan. Dia mendiamkan diri. Di saat bibir mereka hampir bersatu Yoongi menjauhkan diri dari isterinya. Yoohee juga menjauhkan dirinya.
"Err.. Saya pergi kerja dulu. Jaga diri. Ingat pesan saya" ulang Yoongi lagi lalu masuk ke dalam kereta.
Yoohee hanya mengganguk laju lalu masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu dengan cepat.
"Comel!" kata Yoongi perlahan dengan senyuman.
Perlahan lahan kereta bergerak keluar dari isi halaman rumah mereka.
Yoohee di belakang pintu memegang dadanya dengan kuat.
"Ya tuhan. Jantung aku rasa nak terkeluar. Yah! Yoohee apa kau buat tadi." katanya lalu memukul perlahan kepalanya dan berjalan meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
[C] KESETIAAN - BTS Suga
Short StoryMencintai orang yang tidak mencintai kita adalah antara perkara perit yang dihadapi dalam kehidupan. Ego. Ia boleh membuatkan seseorang itu tidak tahu mengahargai. Tidak tahu menjaga hati orang sekeliling. Hasad dengki yang akan memakan diri sendir...