11

252 32 2
                                    

Yoongi masuk ke pejabat dengan wajah yang ceria. Semua pekerja pelik melihat kelakuan majikan mereka yang garang itu.

Sebelum ini jangankan senyum. Nak dengat suara dia menegur pekerja lain pun susah.

"Selamat pagi semua!" katanya kuat lalu masuk ke dalam biliknya.

Kelihatan beberapa orang berkata sesama mereka. Namjoon yang baru sampai ke pejabat itu pelik melihat semua pekerja bercakap sesama mereka lalu menunjuk nunjuk pintu bilik Yoongi.

"Apa lagi la Yoongi ni buat" keluhnya lalu ingin berlalu tetapi dia menghentikan langkahnya kerana terdengar seseorang dari pekerjanya berkata sebegini.

"Handsomenya Encik Min senyum. Susahnya nak tengok dia senyum. Kalau girlfriend dia datang pon dia tak akan senyum macam ni"

Namjoon terkejut mendengar mereka berkata begitu lalu melangkah laju menuju ke bilik kawannya itu.

Tanpa ketuk terus Namjoon menerjah pintu bilik itu dan terlopong mulutnya di hadapan pintu itu kerana sedang melihat Yoongi sedang berdiri sambil tangannya seperti memeluk seseorang dan mulutnya muncung kedepan seperti ingin mencium seseorang. Masalahnya tiada sesiapa disitu.

"Oiiii Min Yoongi!!! Kau apahal bongok?!" jerit Namjoon kuat selepas menutup pintu bilik Min Yoongi.

Yoongi yang terkejut cepat cepat membetulkan posisinya tetapi senyuman masih di bibir.

Namjoon menarik kerusi dihadapannya dan duduk. Matanya masih tak lepas memandang Yoongi dengan mulut dilopongkan.

"Apa? Kau ni. Buruklah buat muka macam tu!" kata Yoongi mengabaikan pandangan Namjoon padanya.

"Muka aku buruk... Muka kau yang buruk tersengih sengih tadi tak fikir? Nasib aku yang bukak pintu. Buatnya buah hati kau yang bukak pintu tadi macam mana?" kata kata Namjoon mematikan senyuman Yoongi.

Namjoon pelik pulak bila melihat senyuman Yoongi mati.

"Dah kenapa pulak lepas aku cakap buah hati kau terus hilang senyuman kau yang macam orang gila tadi?"

"Aku.. entah la. Aku pun tak faham apa yang aku tengah buat sekarang ni."

Namjoon pelik dengan jawapan yang Yoongi berikan.

"Apa kau cakap ni? Aku tak faham la bro. Cuba kau explain bagi aku faham."

"Aku dah berbaik dengan Yoohee." kata Yoongi perlahan.

"Weh!! Serius?? Isteri kau? Yoohee ke maksud kau??"

Yoongi pandang Namjoon menyampah.

"Yelah Yoohee. Dia seorang je kan isteri aku. Siapa lagi isteri aku??"

"Oh tahu pulak mengaku tu isteri. Ingatkan Jiyeong tu isteri kau selama ni. Aku rasa pekerja office ni pon mesti ingat kau bujang dan hanya ada gf je. Cehh! Sejak bila doh? Asal kau diam je? Asal aku tak tahu??"

Sempat Namjoon memerli kawan baiknya itu. Dia pun tidak suka sangat Jiyeong tu berkepit dengan kawannya ini. Dia lebih sukakan Yoohee isteri Yoongi yang lemah lembut tapi mengancam itu. Teringat ingat muka polos Yoohee yang comel itu.

"Eh kau ni. Aku sepak kang! Melebih pulak. Nasib takda Jiyeong. Kalau dia ada tak ke terasa dia nanti" marah Yoongi.

"Ohh hati dia kau jaga. Hati isteri kau, kau tak jaga pun selama ni? Haa baru hari ni dapat aku cakap dengan kau pasal ni. Mana taknya. Muka masam mengalahkan bapak singa je. Kalau manis pon itu pon bila dengan singa betina tu. Sesuai la korang berdua." Namjoon sekali lagi menembak Yoongi dengan peluru yang banyak.

Yoongi mengeluh kuat lalu menguak rambutnya kebelakang.

"Aku dah minta maaf kat isteri aku. Dan aku minta dia bagi aku peluang kedua. Aku nak baiki hubungan kitaorang" diakhir kata itu nampak penyesalan pada ayatnya.

"Baguslah macam tu. Memang itu yang aku doakan untuk korang berdua. Aku kesian dekat Yoohee. Walaupun dia pernah buat salah dulu. Tak bermakna dia tak layak untuk dapat kebahagian dalam hidup dia"

Yoongi senyum sahaja mendengar kata Namjoon itu.

"Tapi bro, Jiyeong macam mana? Takkan korang masih nak bersama sedangkan kau dah berbaik dengan Yoohee. Jangan la tamak bro. Kau kena lepaskan salah satu daripada dorang. Atau nanti ada hati yang terluka"

Yoongi pening memikirkan hal itu pula. Kedua duanya dia sayangkan. Dia takkan lepaskan isterinya. Dia juga tidak mahu lepaskan Jiyeong. Mereka telah lama bersama.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now