05

278 37 1
                                    

Keesokkannya berlalu seperti biasa. Aku melayannya baik sahaja.

Jiyeong sudah pulang semula kerumahnya dihantar oleh Yoongi.

Yoongi masuk ke dalam rumah seperti biasa. Aku bangun dari sofa dan menuju kepadanya. Dengan senyuman manis aku berikan aku menegurnya.

"Yoongi awak nak makan tak? Saya masak lauk favourite awak hari ni"

Sengaja aku manjakan sedikit suaraku. Yoongi menoleh memandangku. Dia terkejut melihatku. Dari atas hingga bawah dia memandangku sambil menelan air liur.

"Bo..boleh juga" balasnya gagap.

Aku menarik tangganya menuju meja makan. Dia patuhi sahaja. Tidak pulak dia melenting apabila aku menyentuhnya.

Dia duduk dibahagian utama meja sambil memerhati tingkah laku aku yang lembut menyediakan makanan untuknya.

Matanya masih tidak lepas memandang aku sejak tadi.

Ya. Min Yoongi memandangku tidak berkelip kerana aku mengenakan pakaian yang memang tidak pernah aku pakai jika berada dirumah atau di luar rumah sebegini.

Aku mengenakan tshirt lengan pendek yang sedikit ketat yang memang manampakkan bentuk badanku dan seluar pendek paras peha yang sangat sexy. Rambutku yang panjang beralun itu aku gayakan dengan menyangul bagi menampakkan leherku yang panjang.

Setelah meletakkan lauk sampingan yang terakhir aku menarik kerusi duduk di sebelahnya.

"Jemput la makan" pelawaku mematikan pandangannya yang dari tadi tidak lepas memandangku.

'Hampir..' desisku.

Min Yoongi memasukkan satu suap makanan ke dalam mulut. Mataku sedikit bergenang. Untuk setahun setengah perkahwinan kami. Kali pertama Yoongi menyentuh makananku.

Perlakuanku itu diperhati Yoongi lalu dia berhenti mengunyah dengan cepat aku bangun menuju ke singki.

"Awak makanlah dulu. Saya ada kerja nak buat jap" pamitku lalu pergi dari situ.

Yoongi merenung bayangku yang telah lama hilang.

"Kejam ke aku?" tanya dia sendirian.

****

"Yoongi, saya nak keluar sekejap" perlahan aku menanyakan padanya.

Sudah lama aku tidak keluar dari rumah selain daripada beli barang dapur.

Yoongi memandangku dari atas hingga ke bawah sekali lagi.

'Jijik sangat ke saya ni Yoongi?'

Aku menunduk ke lantai.

"Nak pergi dengan pakaian macam ni? Nak jumpa siapa? Jantan mana pulak kau nak perangkap?" kasar bunyinya di pendegaranku.

Aku tekad tidak mahu di perlekehkan lagi oleh lelaki bernama Min Yoongi ini.

"kawan" balasku perlahan.

"Lantak kau la. Aku tak kisah pon apa nak jadi dekat kau" kata Yoongi.

Lalu aku pon berjalan menuju ke pintu.

Bip..bip
Kedengaran pintu ditutup.

"Kau dah berubah" keluh Yoongi.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now