1 | Cinta Tertunda ✓

2.8K 218 43
                                    

Sebelum saya mulakan saya nak cakap sikit;

-carilah nama watak hero dan heroin anda masing-masing,
-begitu juga dengan tajuk cerita,pilihlah mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri,
-sila beri sedikit penghargaan kepada saya sekiranya engkau menyukai idea ini dan,
-kebanyakan idea saya merapu dan juga klise jadi kalau tak suka... Hanya tinggalkan saya sendirian T.T


▂▂▂▂▂


Genre : Lantak hanglah yang penting sesuai.

Kononnya,Arisha(perempuan) merupakan seorang anak kampungan.Dia telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah High School yang boleh dikatakan agak popular sampai katak-katak di bawah tempurung pun mengenali sekolah tersebut.

*maaflah,sopan betul bahasa*

Kemudian,Arisha pun pergilah... Aduh,lanjutkan pelajaran ke High School tersebutlah.Ketika di sana,dia menjadi perhatian orang ramai.Mungkin sebab wajah dia yang boleh dikatakan 'poleles' dan indah bak mentari(uwek).

Ada sorang lelaki ni,dia ni agak bangang sikit sebab perangai dia kalah sai-ton.Kaki playboy,kaki buli dan juga kaki sapi.Lepas tu,terjadilah macam cerita-cerita klise lain dimana mereka berlanggar bahu or si Arisha ni tertumpah air longkang ke baju si lelaki or something yang kau rasa macam nak tampar penulis tu bila kau baca part tu.Haha gurau.

Mereka pun bertembung mata antara satu sama lain,selama beberapa minit,sehingga menusuk ke dalam pankreas.Dan tanpa disangka si lelaki pun jatuh cinta... Ah,klise sungguh[at least mereka tak jadi musuh ok baru nak jatuh cinta bagai].

Kemudian,si lelaki pun cuba memikat Arisha.Tapi Arisha ni hati bekulah kononnya.Tak nak bercinta dulu.Jadi,pelbagai cara yang dibuat oleh si lelaki demi mendapatan cinta Arisha.

Kendian en,si Arisha ni pegi jatuh cinta pula dengan seorang lelaki nerd.Si lelaki pun apalagi,dia memanas dan terus bertekad mahu membunuh lelaki nerd tersebut.Arisha mengetahui niat buruk lelaki itu dan terpaksa berpura-pura menyukai lelaki yang bangang itu.

Lalu... Apa jadi?

Si lelaki ni pun tidak jadi membunuh.Dan si Arisha terpaksa menjadi kekasih paksaan kepada lelaki tersebut.Tidak Arisha sangka bahawa lelaki itu amatlah romantik sehingga akhirnya Arisha jatuh ke dalam dakapan cinta lelaki itu.Auw... [Sekarang saya pula yang rasa nak tampar diri sendiri].

Tidak lama kemudian,Arisha pun jatuh cinta dengan lelaki itu.Kini,lelaki itu sudah berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada iblis.Tidak lagi setaraf sai-ton.

Namun,cinta mereka dihalang oleh keluarga si lelaki kerana Arisha hanyalah berasal daripada kampung-kampung saja.Arisha kecewa dan akhirnya membawa diri[masa tu cakaplah yang mereka sudah habis sekolah dan Arisha mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara(anggap saja kebijaksanaan Arisha sama seperti Albert Einstain)].

Lalu,Arisha membawa diri jauh ke luar negara.Dan ada pujangga pernah berkata "kalau dah jodoh,pasti ketemu lagi," jadi mereka bertemu kembali.

Kini,Arisha bukan gadis biasa-biasa lagi dan telah menjadi seorang wanita yang berjaya.Adakah cinta mereka dapat bersatu?

Seterusnya silalah memikirkan jalan ceritanya ya.Bicara saya sampai di sini saja.

Menarik tak?Kalau kau dapat idea sipi-sipi daripada speech ini,ok lah tu.Yang penting saya dapat kasi jalan otak korang sedikit demi sedikit.

So,menarik tak?

¤Ya [   ]
¤Tidak [   ]

Kalau tak menarik,saya cuba lagi part seterusnya.Kalau suka,silalah tekan vote *cantumkan hujung jari telunjuk kiri & kanan*

Oleh itu,saya chow dulu.Bak kata jepun,sayonara♡

IDEA CERITA & TIPSWhere stories live. Discover now