Tips menulis sebuah cerita hingga selesai #1

2K 197 44
                                    

Holaa..saya di sini,awak di sana[pe jadah salam permulaan ini].Abaikan.

Oh kali ini,saya nak bagi sedikit tips macam mana nak tulis sebuah cerita sehingga ke penamatnya.Tak adalah cerita kau tergantung sepi macam tu je kan.Walaupun tak ada orang yang nak baca,tapi sekurang-kurangnya siapkanlah cerita tersebut untuk diri kau sendiri.Ya,demi diri sendiri!

Sebelum saya mulakan,carilah tempat duduk dulu dan selesakan diri anda.Tips saya tak berapa rumit jadi kalau baca sambil minum air putih pun,takpa.

Ok tipsnya adalah;

1.TENANGKAN FIKIRAN ANDA

Paling penting,masa yang paling baik untuk kau menulis adalah semasa fikiran kau sedang tenang.Cari satu tempat yang korang rasa boleh tenangkan diri dan bahagia untuk memikirkan jalan cerita yang kau nak tulis.

Ikut ni... Pejam mata,jalankan otak kalian dan korek satu jalan cerita dalam-dalam sehingga kau jumpa satu cerita yang diri kau sendiri suka ia.

2.TULIS

Jumpa je jalan cerita tersebut,kau terus ambil buku dan pen.Then,kau tulis apa je yang ada dalam otak kau masa tu.Tulis je apa yang terlintas dalam kepala otak kau tu.Lantaklah orang lain suka atau tak.Yang penting diri kau sendiri suka akan cerita itu.Jangan fikir orang lain dulu.Fikir pasal diri kau;adakah kau suka idea itu?

Tulis segalanya yang kau nak.Jangan ada yang tertinggal satu pun.Tapi janganlah over sangat sampai part buang air besar pun kau nak tulis sekali.Kau rasa tangan aku sampai tak kat kepala engkau?Kah gurau sahaja.

3.PILIH JALAN CERITA

Pastu,kau pilih satu jalan cerita yang kau rasa kau nak tulis.Fikirkanlah tajuk yang sesuai.Senaraikan watak dan terus namakan setiap watak serta perwatakan mereka.

Contoh:

Tajuk:Kekasih gelapku
Watak dan perwatakan;
1.Kucing(heroin)
-ayu,cantik,poleles,pemungut sampah

2.Lembu(hero)
-gentle,macho,banyak peminat,instafamous

3.Dan lain-lain.

Lepas tu,untuk mengenalpasti cerita engkau itu lagi,tulislah satu sinopsis yang ringkas,padat dan mengghairahkan.

4.NAMAKAN BAB DEMI BAB

Setelah kau selesai membuat langkah #3 di atas,tulis lagi dalam satu buku dan anggarkan bab yang ingin kau buat.Contohnya 40-50 bab.Dan untuk memberi sedikit tips lagi,kau namakan setiap bab tersebut mengikut jalan cerita yang ada dalam otak kau dan anggarkan setiap bab dalam 700-1000 pp.Trust me,ini banyak membantu masa saya menyiapkan cerita saya yang bertajuk 'Bad Boy With The Nerd'.

Contoh:

Bab 1:Hero & heroin dikejar anjing bersama
Bab 2:Hero dibagi banyak hadiah kerana terlebih dos kekacakkan
Bab 3:Hero & heroin sekelas tanpa sengaja
Bab 4:Heroin jatuh tangga dan disambut oleh si hero
Bab 5:Hero yang popular dan heroin yang naif

Dan bla bla bla...

Apabila kau buat macam ni,saya yakin yang walau kau tak ada idea nak sambung cerita kau macam mana pun,kau tetap ada idea apa yang berlaku seterusnya dalam cerita yang kau buat tu.So,kau tak perlu risau dan teruskan menulis seperti apa yang telah kau rancang.Jadi,dengan mudah kau dapat melepasi masalah yang selalu dihadapi oleh penulis iaitu writer's block.

Kau tak percaya,try buat.

Tapi,kalau kau jenis yang tak perlu semua ni.Menulis ikut mood dan ikut kemunculan sang idea,takpa kau ikut je cara kau sendiri.Yang penting,kau terus menulis kalau kau memang minat dalam penulisan ni.

5.DONGIBAP!

Jangan sesekali mengalah kalau kau rasa cerita kau tak best.Teruskan menulis hingga selesai dan kau pasti akan rasa kebahagiaan saat kau mampu menulis ending dalam cerita yang kau tulis.Walau seburuk mana ia,tapi percubaan pertama kalian adalah yang terbaik.

Dan setelah itu,mencuba lagi menulis dan pasti ia akan menjadi lebih baik.

6.HIRAUKAN KATA ORANG

Jangan mudah renyuk kalau ada orang lain yang kritik hasil penulisan kau.Hanya terima itu sebagai satu dorongan untuk menulis sebuah cerita yang lebih baik.Percayalah,apa yang kau usahakan pasti membuahkan hasil.

Akhir sekali,

7.BERUSAHALAH DAN BERDOA

Sentiasa bersabar dan berdoa kepada Tuhan untuk memudahkan kerja kau.Pasti ada hikmah bagi setiap cobaan yang kau hadapi.

Done untuk 7 tips di atas.Semoga bermanfaat!

Akhir kata,harap kalian mampu menyiapkan karya kalian sehingga selesai.Sehingga ke titik yang terakhir.Saya yakin kalian pasti bisa!Chayok!

Sampai di sini saja nukilan saya kali ini,vote lah ramai-ramai sekiranya ada apa-apa yang membantu k.

Ciao!

IDEA CERITA & TIPSWhere stories live. Discover now