Tips menulis untuk pembukaan cerita #4

1.2K 98 22
                                    

Konnichiwa こんにちは [hello]

So today I'm going to tell you all some tips about how to write your story's introduction.

Poyo,guna bm sudahlah hahaha.Kena kecam pula nanti kita ni broken enggelish,wahaha.

Ok kembali kepada tips pada kali ini yang agak memberangsangkan.Perkara ini tidak kurang pentingnya dan tidak silap saya katakan bahawa inilah bahagian terpenting yang harus dipertimbangkan semasa menulis sebuah cerita.

Permulaan sesebuah cerita ini akan menjadi watak utama yang akan menarik minat pembaca untuk membaca story mory anda itu.Inilah watak yang akan menyebabkan pembaca sama ada meneruskan bacaan terhadap cerita anda ataupun meninggalkan ia begitu saja.Betul tidak?Ya,jangan dipertikaikan lagi.

Jadi,tips saya di sini adalah:

1.Pembukaan yang sempoi.

Terus gua bagi contoh okai;

     Pada suatu pagi yang sudah dicemari dengan nafas manusia yang bau taik,sekumpulan semut sedang bergoleng-golengan di atas padang yang ditumbuhi rumput-rumputan.

     Tidak lama kemudian,angin bertiup sepoi-sepoi lalu menerbangkan semut-semut tersebut ke seberang laut china selatan.

Lebih kurang sebegitu lah,masukkan sedikit lawak yang anda rasa boleh buat bulu ketiak pembaca tertanggal.Walaupun tidak lawak,maka anda boleh kata di hujung ayat 'tu bukan lawak,itu adalah pantun'.

2.Pembukaan yang berbunga.

     Pujangga pernah berkata,kalau cinta tak seharusnya memiliki,kalau tak bisa memiliki tak seharusnya berhenti untuk mencintai.Begitulah dengan hidup Dian sekarang.Walau sesusah manapun dia mahu mendapatkan cinta Sajat,namun dia tidak mahu berputus asa dengan begitu saja.Walaupun tidak dapat berkhawin dengannya,cukuplah dapat menengok wajahnya yang mulus setiap petang ketika dia melalui pintu rumahnya.

Uhg,manis sangat.Awawawa,daku kena diabetes ni.

3.Pembukaan dengan kata-kata dialog.

     "Aku ceraikan hang dengan talak lime,bersama satu terajang serta sepakan kuasa tiga." Adim menjerit lantang ke arah isterinya,Jambu.

     "Jangan bang,jangan.Ambu sangat mencintai abang.Ambu rela diterajang dan disepak tetapi jangan ceraikan ambu.Uhuk uhuk.." Ambu menangis sambil memeluk lutut di hujung katil.

     "Ah sudah,kau curang dengan aku boleh pulak." Adim mendekati isterinya lalu menyepaknya sekali sehingga menyebabkan Ambu pengsan dan tidak sedarkan diri.

Kira tak klise lah juga sekiranya pembukaan cerita anda cenggini,huwaa.

4.Pembukaan yang klise minta tampar.

     Kringggg!

     Bunyi alarm daripada jam loceng berkumandang.Aku tersedar daripada tidur.Mata terasa sangat berat lalu aku menyambung tidur semula.

     "Ayammmm!!Bangun!!!" Suara orang yang melalak di luar pintu bilik aku menyebabkan aku tersedar buat kali kedua.

     Tok!Tok!Tok!

     Bunyi ketukan yang hampir meruntuhkan rumah bata ini menyebabkan aku akhirnya bangkit daripada tidur dan menuju ke kamar mandi untuk...masak nasi.

No comment.

5.Pembukaan yang bikin teruja.

     Seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk di sebuah perhentian bas sambil membaca komik kapten boleh.

     Tidak lama kemudian,sebuah kereta sedang meluncur laju di atas jalan raya.Dalam masa yang sama,seorang nenek tua melintasi jalan raya tersebut.

     Budak lelaki itu mengangkat wajahnya.Nenek tua itu hampir dilangar kereta lantas budak lelaki itu mengelipkan matanya sekali dan masa seakan terhenti.Semua objek yang bergerak tadi seperti kaku dan pegun.

Hah,pastu?Pastu?Engko pikiq lah sendiri hahaha.

So,tu je tips saya untuk hari ni.Semoga kalian semua mendapat sedikit hidayah daripada penulisan saya yang tidak seberapa ini dan teruskan menulis.Jangan putus asa kerana putus asa itu kerja bukan manusia.Saitan pun tidak pernah berputus asa mahu menggoda manusia untuk melakukan dosa.Inikan pula yang dinamakan manusia,ciptaan Tuhan yang paling hebat.

K,

atode o ai shi masho u 後でお会いしましょう [jumpa awak nanti]

(Ceh,poyo je cakap jepun dekat sini.Kah!)









IDEA CERITA & TIPSWhere stories live. Discover now