4 | Prince of Butler

656 51 1
                                    

Nak cerita klise,hah part ni padan dengan engko.Kah!

_____

"Kau Qiara Vanisa,kan?" Soal Tengku Ariel sambil memandang ke arah gadis yang dilanggarnya tanpa sengaja tadi.

Qiara mendongak memandang ke arah lelaki itu.

"Ya,kau siapa?Yang kau langgar aku kenapa?Mata letak kat belakang ke?" Qiara menembak lelaki itu bertalu talu.

Apa tidaknya buku buku yang dipegangnya tadi habis bertaburan di atas lantai apabila makhluk seorang ini melanggarnya.Siapa tak bengang?!

"Eh,maaf,maaf.Saya tak sengaja tadi.By the way,saya Tengku Ariel." Kata Tengku Ariel.
Tengku Ariel menghulurkan tangan kepada Qiara.Namun,Qiara hanya kaku dan memandang sepi kepada huluran tangan itu.

"Ada aku tanya ke?Sorry lah,aku takde masa nak layan lelaki buta macam kau." Sindir Qiara.
Lantas dia terus berlalu dari situ meninggalkan Tengku Ariel keseorangan.Dalam perjalanan,sempat Qiara mengetuk kepalanya.Qiara..Qiara..Kau ada tanya kau siapa lah tadi.Yang kau bongok sangat,kenapa?Huh!

Tengku Ariel hanya tersenyum senyum.Yes,akhirnya aku dapat bercakap juga dengan crush aku.Jeritnya dalam hati sebelum melanjutkan langkahnya menuju ke bangunan perpustakaan.

👑 👑 👑

Qiara melangkah masuk ke dalam kelas.Semasa melangkah ke tempat duduk,matanya sempat memandang ke arah seseorang.

Eh,jap,jap,tu bukan lelaki yang langgar aku pagi tadi ke?Aku satu kelas dengan lelaki tu ke?Kenapa aku tak perasan selama ni?Hmm,kan masih awal semester.Biasalah tu.Bertalu talu pertanyaan masuk ke dalam otak Qiara.
Namun,dia malas mahu memikirkannya lagi.Terus dia duduk di atas tempat duduknya.Dia perasan,mata lelaki itu asyik memandangnya sejak dia masuk ke dalam kelas tadi.

Qiara hanya melayan lamunannya sementara menunggu profesor masuk untuk mengajar.

"Hai Qiara." Tiba tiba satu suara masuk ke dalam gegendang telinga Qiara.

Qiara pantas berpaling.Kelihatan Tengku Ariel sudah duduk di sebelah tempat duduknya yang kosong.

"Kau nak apa?" Soal Qiara dingin.
Malas dia nak layan makhluk bumi yang baru dia kenal hari ini tu.Entah kenapa,dia rasa malas dengan lelaki yang telah melanggarnya pagi tadi ini.

"Aku tak nak apa apa.Aku cuma nak berbual dengan kau.Oh ya,panggil aku tengku bukan kau ya." Kedengaran Tengku Ariel seperti menyindir.Apakah?

"Ya tengku,kau nak bual apa?Aku takde masa ni." Kata Qiara sambil menggulingkan matanya ke atas.
Dasar sombong!Kutuk Qiara dalam hati.

"Hmm,saya tau kau baru perasan yang kita satu kelas kan?Haha,i know it.Uh!" Balas Tengku Ariel.

"Kalau ya pun,kenapa?"

"Takde apa apa,selama ni kan kau tak kenal aku sebab tu kau tak perasan aku.Aku sejak mula lagi dah perasan akan kewujudan kau." Beritahu Tengku Ariel.

"So?" Soal Qiara sengaja mahu menyakitkan hati Tengku Ariel,tapi Tengku Ariel hanya tergelak kecil.

"Takde-" kata kata Tengku Ariel dipotong laju oleh Qiara.

"Jap,aku nak tanya kau ni?" Kata Qiara,dia langsung tidak mendengar kata Tengku Ariel untuk memanggil Tengku Ariel dengan panggilan 'tengku'.Kesah apa dia?!!

"Ok,tanyalah.Aku akan jawab apa je soalan cik Qiara."

"Tak payah nak bercik cuk dengan aku.Geli sia!"

"Ya,ya,kau soal lah."

"Bila ah kau nak blah dari sini?Bosan aku tengok kau!" Ucap Qiara jujur,terlampau jujur.
Tapi,Tengku Ariel tak terasa pun.Dia hati batu tambah ais.

"Ouh,baru aku nak blah tapi kau halang pula.Takpe,kita berbual lah sampai profesor sampai.Nampaknya,dia cuti lagi hari ni.Bolehlah kita berbual panjang panjang." Kata kata Tengku Ariel membuat Qiara gelisah tak rela.
Eii,tak ingin aku nak berbual dengan lelaki buta plus gila ni!Rungut Qiara dalam hati.

"Jangan kau memadai buat cerita yang profesor cuti hari ni lah.Dah,blah kau!" Halau Qiara kejam!

"Kalau aku tak nak?" Soal Tengku Ariel sengaja menduga hati Qiara.

"Kalau kau tak nak,aku karate kau.Mudah kan?" Qiara tersenyum sinis.

"Oh ya?" Balas Tengku Ariel pula.

"Betul eh kau nak?" Qiara membalas senyuman sinis Tengku Ariel.
Tengku Ariel menganggukkan kepalanya perlahan.

Apalagi,Qiara terus mencekak kolar baju Tengku Ariel dan menumbuk perut Tengku Ariel.Nasib baik mereka berada di kedudukan paling belakang dan tiada orang lain yang perasan.

"Auch!" Aduh Tengku Ariel.
Tengku Ariel memandang Qiara tak puas hati.

"Kenapa kau tumbuk saya?"

"Kau nak blah ke aku bagi kau sebiji lagi?" Qiara sudah berura ura mahu menumbuk Tengku Ariel.
Kecut perut Tengku Ariel dibuatnya.

"Ok,ok.Saya nak pergi lah ni." Tengku Ariel sudah bangkit berdiri.

"Cik Qiara,kau cantik yang amat!" Ucap Tengku Ariel perlahan dan terus laju berlalu dari situ sebelum dia kena tumbukan Qiara lagi.
Sakitlah gila!

"Huh!" Keluh Qiara keras.
Dasar lelaki gila!Tadi buta,sekarang gila!!

_____

So,how is this?Interesting or nay?Hahaha,gimme a lil star for this part huwaaa😙

Kome pikiq lah asal tajuk dia 'Prince of Butler'.Mungkin boleh jadi Tengku Ariel menyamar jadi butler dekat rumah Qiara dan Qiara pun jatuh cintan dengan tengku tersebut.Tengku?Euw,geli siak.Tak pernah lagi story aye ada watak utama bertengku tengkukkan yini.

Hahaha,k chow~

IDEA CERITA & TIPSWhere stories live. Discover now