Bab 6

5.2K 331 21
                                    

Ash bernyanyi perlahan lirik lagu In My Blood sambil menyusun bunga-bunga ros ke dalam pasu kristal. Bunga ros itu disembur sedikit dengan air. Segar.

"What are you doing here?" Tanya Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"I datang sini naik kereta, dah buta?" Ash berpantun sarkastik. Langsung tak ditoleh Adam. Sibuk dengan urusan bunga ros merah yang segar itu.

Adam mencebik. Dia butakan aku? Balas!

"Kalau bosan orang kata mereput, dah lah datang tak dijemput," balas Adam dengan pantun juga. Dia meletakkan beg atas meja dan kot putih dicapai.

Ash toleh Adam. Jelingan maut dihadiahkan. Kurang asam punya lelaki! Balas!

"Dalam bilik ni banyak nyamuk, dah lah nyanyuk," balas Ash dengan nada geram.

Adam ketap rahang. Minah ni, mencabar betul. Balas!

"Dah kaya jangan bermegah-megah, muka dah cantik tapi perangai tak semenggah," pantun Adam dengan senyuman sinis.

Pergh, ini dalam tertusuk. Sabar je lah, Ash. Adam ni kenal ke erti putus asa?

"Pergi Terengganu wajib pergi Pasar Payang, thank you puji I sayang," balas Ash dengan senyuman manis.

"I datang tukar bunga because today is your first day of work after several months rehat. I datang awal-awal so that kita tak ada lah terjumpa. I tak nak lah you selalu rasa awkward or uncomfortable around me. Tapi, tak tahu pulak you datang awal juga. So, next time bila masanya nak tukar bunga, I datang lepas subuh," kata Ash sambil mengutip duri-duri, daun dan batang bunga ros yang dipotong sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.

"Tak perlu lah letak bunga dalam ni," kata Adam.

"Kalau you susah nak terima I, tak boleh ke sekurangnya you terima bunga ni kat sini?" Tanya Ash.

Adam terdiam.

"Sorry. Teremosi pula," balas Ash dengan senyuman segaris.

"It's okay," balas Adan kekok.

"I balik dulu. Bunga ni spray waktu you masuk kerja dan balik kerja. To keep it fresh. Assalamualaikum," kata Ash sebelum hilang disebalik pintu bilik itu.

Adam tenung pintu bilik itu. Jauh di sudut hatinya, ada perasaan yang datang tanpa direla. Perasaan di mana berharap Ash akan berpatah balik membuka pintu bilik itu.

Aih, Adam. Parah kau punya kesunyian ni.

💞💞💞💞💞

Adam merenggangkan segala otot badannya. First day kerja selepas dua bulan cuti dah kena operate orang. Bercinta lah duduk dalam OR sampai empat jam.

Adam berjalan menuju ke kafeteria. Have a sip of coffee pon okay juga. Sampai sahaja di kafeteria, Adam terlihat tudung mustard. I know that woman.

"Kata aku tunang dia, tapi bawakan lunch untuk lelaki lain. Untrustworthy," kata Adam dengan merenung tajam Ash yang sedang menghidang makanan untuk Afiq dan Amer.

Tak ada mood nak have a sip of coffee dah. Baik masuk bilik ambil marijuana!

💞💞💞💞💞

"Tak bawakkan Adam ke bebal?" Tanya Afiq.

"Tak payah. Aku letak bunga dalam bilik dia pun kena marah, lagikan nak terima masakan aku. Buat sakit hati aku bertambah ada lah," balas Ash geram.

"Sabar lah sikit, Ash. Dia pon tengah usaha nak ingat tu," pujuk Amer.

"Usaha kau kata! Tang celah ceruk mana usaha dia? Dua bulan tau, Mer. And he kept denying the truth. Aku ni dah macam perempuan apa je terhegeh-hegeh," balas Ash emosi.

Afiq dan Amer terdiam. Okay, complicated AF. Baik makan diam-diam sebelum dia punya emosi tu membuak lagi. Ada yang baik-baik makan guna sudu garfu, nanti tak pasal makan guna tube. Mari lah elak bala.

"Tapi, Ash. Kalau tak usaha kalau tak fight for it, macam mana kau nak capai kemenangan. Jangan fikir berapa jauh lagi kau kena hadap tapi fikir dah sejauh mana kau bertahan. Think bout it, Ash. Kalau dia tak nak usaha, kau usaha. Tak ada istilah bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi cause you can attract him to clap together," kata Afiq panjang. Lantak lah lepas ni nak makan guna tube ke, guna berus jamban ke, yang penting dia luahkan pendapat dia.

Ash mengeluh. Entahlah. Apa yang Afiq cakap ada betul juga. Dah jauh dah hubungan mereka. Cukup jauh sehinggakan tuhan temukan mereka semula.

"Entahlah, Fiq. Aku cuma penat," balas Ash perlahan.

"Then, you should take a rest. Tenangkan diri kau. Pergi Maldives ke, Bora Bora ke, mana-mana lah. Fikirkan baik-baik. Your relationship deserve a great fight," kata Afiq. Ash mengangguk. Yeah, fikirkan sebaik mungkin.

Amer awal-awal lagi dah surrender kepada Nasi Tomato itu. Entah apa yang Afiq cakap dengan Ash, bukannya dia dengar. Hanya sekadar mengangguk tanpa mendengar. Nasi Tomato lebih hebat penangannya dari hubungan Ash dan Adam yang bermasalah ni.

Ash berjalan keluar dari hospital itu. Ada sebab kenapa dia marah sangat dengan Adam tu. Terngiang-ngiang lagi tuduhan Adam padanya.

"Cheap. You are being cheap." Kata-kata Adam yang menyakitkan. Siapa sahaja tak membara hati bila ada orang kata kau murah!

💞💞💞💞💞

"Cheap. You are being cheap," kata Adam selamba.

"Pardon?" Tanya Ash seolah tidak percaya.

"You shouldn't act like this to anyone," kata Adam. Ash tercengang.

Shit! Tak akan sebab dia kata yang dia nak suapkan Adam makan boleh dikatakan cheap!

"Sorry, tapi I tak buat pada anyone," balas Ash geram.

"Then, to everyone? That's extra cheap, girl," balas Adam. Ash memandang Adam lama mencari gurauan pada kata-kata lelaki itu.

"Apa masalah you ni? Tak akan sebab I cakap I nak suapkan you, you boleh kata I murah!" Ash mula melenting.

"The problem is you, lady. I have kindly ask you to leave me alone, forget everything about me. But you refused it. Masih masalah I ke?" Adam berkata sinis.

"You change too much!" Bentak Ash. Adam sengih senget.

"I tak tahu Adam macam mana yang you kenal but you won't be able to handle this Adam," kata Adam.

Wajah Ash bertukar sayu. Matanya yang sudah berair ditahan supaya empangan air matanya tidak runtuh. Sampai hati!

"The harder you try, the more you hurt yourself," kata Adam sebelum dia bangun meninggalkan Ash.

Adam menggenggam penumbuknya. Bertarung dengan perasaan sendiri. Sayu melihat wajah sedih Ash. Tapi, ini yang terbaik.

Biar you terluka sekarang, Ash. This Adam or your Adam may not stay with you till the end. He or me may leave you once again and that will be more hurt than this.

Tyara Graduates ✔️Where stories live. Discover now