Ash masuk ke wad. Wajah kaku pucat Adam ditatap. Dia tersenyum manis.
"Assalamualaikum, baby. Haha. Mesti kau menyampah macam selalu kan aku panggil kau baby," kata Ash lalu mengambil tempat di kerusi sebelah katil Adam.
Ash mengeluh perlahan. Kalau lah dia boleh pegang Adam ni, dah lama dia genggam tangan Adam. Lap kan air mata Adam yang kadang kalanya mengalir. Siapa lah yang dia teringat dalam mimpi tu. Aku ke? Hiks.
Ash mengeluarkan al-Quran dari beg tangannya. Surah Az-Zumar dijadikan pilihan hari ini untuk Adam dengari. Dengan merdu Ash membaca. Seperti biasa. Mata itu akan mengalirkan air mata. Seperti rindu akan ibadah. Rindu pada penciptanya.
Selepas menghabiskan bacaan al-Quran itu, Ash menutup kitab suci itu. Dia melihat jam pada pergelangan tangan. Dah masuk zohor.
"Adam, waktu zohor dah masuk. Solat, eh. Aku pun nak pergi solat ni," bisik Ash perlahan pada Adam.
Seperti biasa, Ash mahupun Amer dan Afiq akan sentiasa mengingatkan waktu solat kepada Adam. Walau mereka tidak tahu sama ada Adam dengar atau tidak, itu tanggungjawab mereka sebagai orang islam.
Ash keluar dari wad itu. Dia berjalan ingin ke surau berdekatan.
"Ash, bila sampai?" Tanya Amer yang memakai kot putihnya sebagai seorang doktor.
"Dekat sejam juga lah," balas Ash.
"Kau dah cakap dengan Adam waktu zohor dah masuk?" Tanya Amer.
"Dah. Aku pon nak solat ni," balas Ash.
"Kalau macam tu, jalan sekali lah," kata Amer.
Selepas menunaikan solat Zohor, Ash keluar dari surau. Afiq dan Amer sedang menunggunya smbil bergelak ketawa. Barangkali bergurau sesama sendiri.
"Kau nak lunch sama tak?" Tanya Afiq apabila ternampak Ash sedang menyarungkan kasutnya.
"Sama lah. Bosan kot lunch sendiri," balas Ash lalu menghampiri kedua orang kawan baiknya ini.
Lantaklah orang nak kata apa pasal dia kawan terlalu rapat dengan lelaki. Yang penting, kawan dia ni lah yang tolong dia kuat sampai sekarang. Tolong dia untuk berhenti merintih. Afiq dan Amer kawan baiknya. Kawan yang ada ketika senang dan susah. Kawan yang menggembirakan kala dia terlalu sedih.
"Bila lah Adam nak bangun," keluh Ash seraya menyedut minumannya.
"Sabar lah, Ash. Dia pon baru tiga hari keluar dari ICU. Itu pon aku kira dah bersyukur gila. Selama dia kat ICU tu pon dah dua kali cardiac arrest. Bleeding lagi," balas Amer. Ash mengangguk.
"Sekejap je kan. Tengok-tengok dah nak tiga minggu dia terlantar tak bangun macam tu. Masa baru je dia habis surgery dulu, kau cakap harapan untuk di hidup tu kurang dari 10%. Tak sangka dia hidup sampai sekarang. Aku rindu lah dia yang asyik nak marah je," keluh Afiq.
"Aku lagi rindu dia. Bosan lah tengok dia yang tak ada reaksi tu," keluh Ash.
"Insha Allah, dia bangun nanti. Keadaan dia pon dah makin stabil. Sekarang pon dia dah mula gerakkan biji mata. Kita doa lah banyak-banyak," kata Amer.
"Oh, ya. Malam nanti kau orang ada kat hospital tak?" Tanya Ash.
"Aku ada," balas Afiq.
"Tak ada," balas Amer pula.
"Aku ingat nak masakkan nasi biryani. Nanti malam aku hantar makanan," kata Ash. Bersinar mata Amer.
"Kalau macam tu aku ada kat hospital. Kau masak, tak akan aku tak rasa. Mana aci bagi doktor gila ni je," kata Amer laju. Ash gelak.
"Suka hati panggil aku gila. Habis tu, kau tu dah elok sangat perangai? Pervert!" Balas Afiq. Tak boleh jadi kalau Amer mula nak cari gaduh. Kena gaduh!
"Eh, orang kurang tebiat. Kau tu yang pervert. Habis satu ER kecoh kau raba peha pesakit." Amer membalas. Maka, terjadilah perang mulut antara mereka.
"Kepala otak berdarah bernanah perempuan tu. Aku tolong dia cabut IV drip tu pon dah cukup bagus. Baru terlanggar sikit dah bagi pelempang kidal dia. Berpinar mata aku," kata Afiq dengan suara yang dibuat-buat sayu.
Ash hanya gelak. Macam mana dia tak lebih rapat dengan Amer dan Afiq dari kawan perempuannya yang lain, kalau perangai dan keletah Amer dan Afiq sangat menggembirakan. Amer dan Afiq kawan yang dia tak akan pernah lupa. Kawan sejatinya.
💞💞💞💞💞
Selepas menghantar nasi biryani yang dimasak kepada Afiq dan Amer, Ash berlalu ke wad Adam. Dia tersenyum manis kepada dua orang pengawal diraja yang berada di hadapan wad itu.
"Ungku Fazihah berada di dalam, Cik Ash," maklum pengawal di raja itu.
Ash hanya mengangguk sebelum membuka pintu wad itu dan masuk ke dalam. Ungku Fazihah berpaling. Ash hanya senyum sebelum mendekati wanita itu dan menyalaminya.
"Macam mana kau masih boleh setia pada lelaki yang belum tentu hidup ni?" Tanya Ungku Fazihah sambil matanya menatap wajah kaku pucat Adam.
"Cinta," balas Ash pendek.
"Untung kau masih ada cinta. Sedangkan aku tak boleh cari cinta aku," kata Ungku Fazihah.
"Ungku yang tidak mahu mencintai dan dicintai," balas Ash perlahan.
"Maksud kau?" Tanya Ungku Fazihah sebelum memusing menghadap Ash.
"Selagi Ungku tak buka hati Ungku untuk mencintai orang lain, orang lain tak akan cintakan Ungku. Ungku faham maksud saya kan?" Ash hanya tersenyum.
"Terus cintakan Adam. Aku nak undur diri. Selagi aku berada di kalangan mereka, aku akan tetap berdendam. Aku perlu keluar dari keluarga ini untuk hapuskan dendam itu," kata Ungku Fazihah sebelum berjalan ingin berlalu dari wad itu.
"Have a better life, please. Let go the bitterness." Ash memesan dengan senyuman yang tidak lekang.
Ungku Fazihah hanya berjalan keluar tanpa memberikan reaksi. Ash hanya mengangkat bahu. Dia bukannya officially keluarga kerabat Melaka ini. Jadi, dia malas mahu ambil tahu atau masuk campur.
Ash mendekati katil Adam. Wajah Adam dipandang lama sebelum air matanya jatuh. Sebak tidak pernah hilang. Selagi Adam terlantar tidak bangun macam ni, selagi tu dia tidak akan berasa lega.
"Adam, bangun lah cepat-cepat. Aku rindu," kata Ash perlahan dengan air matanya yang dibiarkan jatuh tidak diseka.
Terasa tangan yang basah dek air mata Ash, Adam menggerakkan sedikit tangannya. Sedikit sahaja seolah dia sedar hanya buat seketika. Kelopak mata yang tertutup itu mengalirkan air matanya jua. Tidak tahu mengapa, dia sebak setiap kali mendengar suara itu merintih rindu. Walau dia tidak kenal siapa yang bercakap itu.
Siapa gadis ini yang selalu mengalunkan bacaan al-Quran kepadanya? Yang selalu ingatkan waktu solat sudah masuk? Yang berborak dengannya? Yang menangis disisinya? Yang setiap hari datang tanpa satu hari pun tertinggal? Yang sanggup berada di sebelahnya walau dia hanya sekadar tubuh kaku?
Siapa gadis ini? Dia tidak kenal.
YOU ARE READING
Tyara Graduates ✔️
RomansaTyara Series: Book 3 (End) Dia yang salah faham. Dia yang sudah melupakan. Dia yang meninggalkan kekasih lemas dalam memori. "Who are you to me, and who am I to you?" Luruh jantung mendengar baris ayat itu. Luruh jantung mendengar kenyataan itu. Lu...