Bab 3

5.3K 313 1
                                    

"Apa lagi yang you tahu?" Tanya Adam kepada Ash apabila Afiq dan Amer keluar.

"Semua, Adam. Your dark past, accident depan masjid, Ava, Hanae Hayashi, Ungku Fazihah, tattoo on your body. I tahu semua pasal you. Serba serbi," balas Ash.

"Ya, you tahu semuanya," gumam Adam sambil menundukkan kepalanya. Kenyataan apa pula dia terpaksa terima ni?

"Thus, I'm definitely your fiancee," balas Ash tersenyum.

"Berapa lama kita kenal?" Tanya Adam.

"Sejak tingkatan lima," balas Ash.

"Sejak bila kita tunang?" Tanya Adam masih mahu mengorek kebenaran.

"Lepas tiga bulan kita kenal." Ash masih dengan senyuman.

"You, keluar. Panggil Afiq dengan Amer masuk," arah Adam.

Ash mengangguk dan keluar memanggil Afiq dan Amer.

"Tak masuk akal! Kalau dia tunang aku, tak akan aku boleh lupakan dia!" Kata Adam dengan suara meninggi apabila Afiq dan Amer melangkah masuk ke dalam bilik.

"Itu kenyataan, bro. Kau nak buat macam mana. Dah macam-macam bukti kita orang tunjukkan," balas Amer.

"Kau tak faham. Aku bangun-bangun je dah ada tunang. Siapa je tak freak out," kata Adam.

"Apa salahnya dia tunang kau pon. Cantik. Pandai masak," kata Afiq pelik.

"Dia definitely bukan ideal type aku," balas Adam keras.

Amer tepuk dahi. Ini Adam sebelum jumpa Ash. Adam yang ideal type dia adalah bertentangan dengan Ash. Adam yang menyampah dengan perempuan gedik macam Ash.

"Kenapa?" Tanya Afiq tak faham. Kalau Ash tu bukan ideal type dia, kenapa dia tunang dulu?

"Kau tengok lah perempuan tu. Gedik dia lain macam. Datang-datang je merengek. Dah pahal?" Adam membalas dengan muka menjengkelkan.

"Habis tu, kau nak putuskan pertunangan kau? Lepas lapan tahun?" Tanya Amer.

"Ha, baguslah kalau nak putuskan. Aku dengan Amer ada ruang lagi nak menyelit. Tak pun kita orang boleh inform kat Dani. Biar kau melepas," kata Afiq geram. Dia yang doktor psikologi ni pun tak boleh nak sabar.

Adam memandang Afiq tajam. Terasa nak tumbuk je muka Afiq ni. Rasa marah meluap-luap keluar.

Sekejap! Dah kenapa aku nak marah? Kenapa aku rasa geram je dengar nama Dani tu? Dani mana?

"Dani, saya dengan dia dah kenal sejak sekolah menengah lagi. Kami bertunang dah lebih 7 tahun. Dia bukan sekadar kaya, orang terhormat. Tapi, saya kenal baik buruk dia. Saya terima baik buruk dia. Dia terima baik buruk saya. Dan perasaan di antara kami bukan sekadar perasaan suka tetapi cinta. Cinta saya pada dia, sehingga tak ada lelaki lain yang lebih sempurna dari dia. Dan sehingga saya merintih bila kami terpaksa berpisah. Dia lelaki yang sentiasa ada dalam solat dan doa saya selain dari ayah saya. Faham?"

Adam berkerut. Apa ni? Bila pula dia dengar perbualan ni? Dia maksudkan aku ke?

"Adam," tegur Afiq apabila Adam hanya berkerut dan menunduk.

Adam lantas mengangkat kepala memandang Afiq.

"Don't push yourself so much. Kalau ada memori tiba-tiba datang, let it be. Nanti bila dah banyak, cantumkan semuanya. You will see the truth," pesan Afiq.

"Pelik. Macam mana aku boleh lupa tunang aku?" Kata Adam sebelum melepaskan keluhan.

"Oh, Adam. Nah." Amer menghulurkan sebentuk cincin kepada Adam.

"Cincin apa ni?" Tanya Adam.

"Pakai je lah. Jari kelingking," balas Amer.

Adam sambut huluran itu dan memakainya di jari kelingking. Fit. Perfect. Comfortable. Rasa macam dah bertahun dia pakai cincin ni.

"Cincin tunang?"

"Kind off."

Adam mengeluh perlahan.

"Cincin tunang aku?" Tanya Adam lemah.

"Kau ingat?" Tanya Amer tidak percaya.

"Some weird conversations pop out in my mind," balas Adam perlahan.

"Bagus lah kalau macam tu," balas Afiq.

"Dah lah. Penat lah." Kata Adam sebelum membaringkan dirinya.

💞💞💞💞💞

"Ash, dalam sehari paling kurang kau bagi satu atau dua hint of precious memories. Jangan bagi banyak sangat sebab aku risau dia tak boleh handle nanti," cadang Afiq kepada Ash.

"Kalau dia tak boleh ingat?" Tanya Ash risau.

"Dia akan ingat. Oh, lagi satu. Kau tak payah berubah. Stick on that gedik character. Dia suka ke tak suka ke, just stick on that," arah Afiq. Ash mengangguk.

"Fiq, susah kan untuk kita orang bahagia," keluh Ash perlahan.

"Biar susah dulu dari senang. Benda boleh selesai, Ash. Sabar," kata Afiq memujuk. Dia pon nak tengok Ash dan Adam bahagia.

"Kalau dia tak akan ingat?" Tanya Ash.

"Kata-kata itu doa. So, cakap yang baik je. Everything will be fine one day with Allah wills," nasihat Afiq.

💞💞💞💞💞

"Adam, dah masuk zohor ni. Solat tau."

Suara misteri ini lagi. Siapa dia? Lembutnya suara dia.

"Adam," suara itu menyapa lagi.

Perlahan Adam membuka matanya. Putih. Semuanya putih.

"Adam," suara yang sama.

Kelihatan seorang perempuan bertelekung di hadapnnya. Tidak kelihatan wajahnya akibat cahaya terang yang memancar dari wajah itu.

"Siapa kau?" Tanya Adam dengan matanya sepet cuba melawan cahaya yang menyilaukan itu.

"Bidadari syurga Putera Adam," balas suara itu lunak.

Dan Adam terjaga. Matanya dibuka serta merta.

"Astaghfirullah hal azim," ucap Adam seraya meraup wajahnya.

Adam bangun dari baringannya. Botol air dicapai sebelum diminum perlahan.

"Mimpi apa ni?" Adam tertanya-tanya.

Sumpah, deja-vu. Mimpi tu macam dia pernah mimpikan sebelum ni. Siapa perempuan dalam mimpi tu?

Ash? Tak mungkin. Suara perempuan ni lain. Lembut gila. Ash tu suara manja. Jauh beza. Tak mungkin.

Tapi, aku jatuh cinta dengan perempuan dalam mimpi ni. Siapa dia?

Tyara Graduates ✔️Where stories live. Discover now