Bab 4

5.5K 328 18
                                    

"You discharge lusa kan? Nanti I datang ambil tau," beritahu Ash sambil menuangkan black tea kesuakaan Adam ke dalam mug.

"Tak perlu. I boleh drive sendiri," balas Adam malas. Mug yang dihulurkan Ash disambut.

"Nope. I ambil juga," balas Ash tegas.

"I just can't deal with your stubbornness," kata Adam sebelum menghirup sedikit black tea. Perfect.

"Selama ni memang you tak boleh nak deal pon," balas Ash.

Adam berdecit. Ada je benda nak melawan. Cuba diam sehari. Black tea dihirup lagi. Sekali lagi sempurna. Rasa yang sempurna. So perfect.

"Tea ni brand apa?" Tanya Adam.

"I brew sendiri," balas Ash sambil menutup flask. Secawan untuk Adam dah cukup. Tak boleh banyak-banyak.

"You brew sendiri?" Tanya Adam tidak percaya.

"Ya. I guna lapsang souchong leaf. Esok you nak apa? Darjeeling? Shoumei?" Tanya Ash dengan senyuman manisnya.

Adam hanya diam. This girl, she is something. Senyuman dia mampu pukau kan orang. Dia ni bela saka ke apa?

"Adam?" Panggil Ash apabila Adam hanya merenungnya.

"What?" Tanya Adam sambil melarikan anak matanya. Cover sikit.

"I nak pergi dulu. That damn work dah bertimbun," beritahu Ash lalu mengambil beg tangannya.

"Kalau dah tahu kerja banyak, tak payah lah datang," balas Adam. Sehari tak menyakitkan hati tak sah.

"Mana boleh. Nanti you rindu," balas Ash lalu mengenyitkan matanya.

Dan dada Adam berdegup kencang. Secara tiba-tiba. Tiada ayat mahu membalas.

"Tea dalam flask tu nanti bagi Amer dengan Afiq. I tak sempat jumpa dia orang ni. I pergi dulu. Love you, baby," kata Ash sebelum keluar.

Adam memegang dadanya. Okay, kau kenapa Adam. Wake up!

💞💞💞💞💞

Afiq meletakkan cawan yang berisi black tea di atas meja.

"So, dia masih bukan type kau?" Tanya Afiq.

"Nope," balas Adam pendek.

"Tak kan tak ada," balas Afiq. Keningnya dinaikkan sebelah.

"Okay. Her appearance. She is freaking gorgeous," jujur Adam.

"Dia memang gorgeous. Kalau tak, tak kan Putera Adam ni boleh jatuh cinta dengan dia," kata Afiq dengan senyuman.

"Kalau betul lah dia tunang aku, aku tak rasa aku akan jatuh cinta kat dia sebab dia cantik," balas Adam.

"Habis tu?" Tanya Afiq.

"She is something." Adam berkata perlahan sebelum fikirannya melayang jauh.

Afiq hanya tersenyum senang hati. Adam tunjukkan positive reaction. Cepat-cepat lah dia ingat. Berapa lama lagi perlu Ash dan Adam tunggu. Kedua mereka mahu bersama tetapi, keadaan menghalang.

"Afiq!" Adam terjerit kuat.

"Kau kenapa ni jerit-jerit?" Tanya Afiq. Terkejut dia.

"Aku ada pernah cerita tak pasal perempuan bertelekung cakap yang dia bidadari syurga aku?" Tanya Adam.

"Tak ada," balas Afiq dengan kerutan di dahi.

"Kita ada pernah jumpa ke?" Tanya Adam lagi.

"Tak ada," balas Afiq lagi.

Tyara Graduates ✔️Where stories live. Discover now