SP2

827 72 8
                                    

" Park Soo Dean, kita dah pernah bincang pasal benda ni kan ? " Aku meletakkannya dibawah kerana ingin berbicara dengannya. " Tapi appa, Dean nak omma baru yang baik. " Dia memicit pipi gebu aku dan terus dengan bermain dengan pipi aku. Haish dia ni, suka buat aku rasa bersalah dengan pandangan comel dia tu.

" Appaaaaa, Dean need new omma. Dean need omma's love too. " Uish, bahaya anak aku ni. Main minta je. Dia ingat bini tu maggi ke, senang dapat ? " Dean, appa dah tua. Siapa je nak appa ni ? " Umur aku tahun ni dah 29 tahun, dah tua dah. Perempuan mana nak laki tua ? Lagipun aku memang takda masa untuk bercinta sebab sibuk kerja dan nak uruskan Dean.

" Tak naklah kawan appa. Hantar jelah Dean pergi rumah halmeoni Dean. " Merajuk lagi. Aku sentiasa bergaduh dengan Dean pasal ni. Dia perlukan kasih sayang ibu tapi aku tak perlu pun bini baru. " Nanti appa fikirkanlah sayang. Appa sibuk sikit kebelakangan ini. " Memang dia sibuk. Asyik nak ke sana ke sini.

Maklumlah model.

" Yeahhhh jom pergi shopping. " Pulak. Tadi tak nak pergi tiba-tiba nak pergi pula. Demi anak kesayangan ni, apa pun boleh. Aku terus ke tempat pemandu selepas memasukkan Dean ke dalam kereta dengan selamat. " Okay Dean. Seatbelt pakai, radio on. Jom kita pergi. "

Setelah hampir setengah jam aku memandu kereta akhirnya sampai ke destinasi dan Dean pun sudah tertidur. Comelnya anak aku ni. Adalah seiras aku sikit. Banyaknya muka dia ni iras ommanya. " Dean, bangun. " Dia masih tak membuka mata tapi aku tahu dia dah bangun. Dia mengeliatkan badannya lalu memandang ke arah aku. " Dah sampai ke ? "

Tergelak aku bila terlihat rambut dia yang terpacak-pacak selepas bangun tidur. Sikat yang sedia ada aku ambil dan mengikat rambutnya. " Comel dah anak appa. Jom. " Pintu kereta dibuka dan Dean yang sedang berjalan ke arah aku terus aku pimpin tangannya. " Dean kena behave tau. Dean nak beli mainan seribu pun takpa janji Dean behave. "

Dia mengangguk laju. Tak pernah aku terfikir hidup aku tanpa Dean. Mungkin jadi tak tentu arah ? Sekarang ni, bekas isteri aku kerap cuba bawa lari Dean tapi gagal. " Appa nak tu. " Dia menunjukkan jari ke arah lego. Lain macam anak perempuan aku ni, kenapa minat lego tapi tak minat anak patung ? " Nak lego ? " Dia menggeleng laju. Eh nak apa pula dia ni ?

" Nak unnie tu jadi omma Dean. " Aduh Dean. Aku ni hanya mampu menepuk dahi aku. Aku dah pesan dah dekat anak aku ni awal-awal, perangai tu kasi elok sikit. " Unnie, appa saya ajak unnie pergi minum. " Aduh dia bawa masalah lagi pula. Wanita itu hanya memandang aku atas bawah dan dia berlalu pergi.

" Park Soo Dean ! Berapa banyak kali appa nak cakap, behave, BEHAVE ! " Suara aku mula meninggi tapi aku masih cuba mengawalnya. Tak nak melepaskan marah aku pada Dean. " Ta- tapi Dean nak rasa kasih sayang omma je. Semua ka- kawan Dean ada omma, Dean sorang je takda. " Terasa juga aku bila dia kata begitu. Kasihan melihat anak aku ni.

" Waktu hari ibu, Dean tak tahu nak bu- buat untuk siapa kad ucapan tu. Dean kata dengan cikgu Dean tak nak buat. " Aku terus memeluk anak aku. Tak kesahlah apa orang sekeliling nak cakap tapi aku tetap nak peluk anak aku. " Eh kenapa nangis ni ? Meh sini dekat unnie. "

Wanita yang tiba-tiba hadir itu terus menarik perlahan tangan Dean. Pada mulanya aku terkejut juga dengan tindakannya tapi melihat Dean yang semakin terhenti tangisannya, aku membiarkan sahaja mereka berdua. " Siapa awak ni ? " Mana tak hairannya, datang-datang lepastu tarik anak orang. Tak malu agaknya.

" Saya Lee Jun Bin, kawan Soo. " Euw Soo ? Dean, of course. Tak pernah-pernah dengar orang panggil nama anak aku Soo. Apa kau ingat anak gue itu apa ? SOOsu (susu). Dipanggil Dean aja bu. Waduh-waduh. " Hello ? Encik Jihoon ? " Dia melambai-lambai tangannya dihadapan muka aku bagi menyedarkan aku dari mimpi.

" Nak apa ? " Uish sombongnya kau ni Jihoon. Tak baik bersikap begitu. " Appa, jom pergi makan. Ajak JunBin unnie sekali. " Kalau bukan kehendak anak aku, memamg taklah aku nak ajak perempuan asing ni pergi makan. " Yelah, jom. " Aku cuba menarik tangan Dean tapi dia tak mahu beranjak. Aku pelik pula dengan dia ni. Tadi ajak makan lepastu tak nak gerak ?

" Jalanlah sekali dengan unnie. Apalah appa ni ! " Aku pula dimarahnya. Sejak bila Dean pandai melebihkan orang lain berbanding aku ? Seronok dia palaukan aku. Terasa terpinggir disini. " Appa makan dekat mcd lah. Jom appa belanja Junbin unnie sekali tau ? " What ? Like seriously ? Perempuan ni miskin ke apa ?

" Eh takpelah Soo. Unnie bayar sendiri, harini unnie dapat gaji. " Bagus-bagus. Takdalah menyusahkan aku. " Appa Soo pun harini gaji, dia jelah belanja. " Bila masa pula aku gaji ni ? Lama lagi aku nak dapat gaji. Jap sejak bila aku ada gaji ? " Yelah Dean. Appa belanja. " Aku masih cuba bersabar dengan perempuan ni. Masih-masih.

" Yeah. Jom unnie. " Dean, dia tinggalkan aku sorang-sorang dan jalan dengan perempuan tu je ? Astaga anak aku dah disampuk setan. Sejak bila baby Dean pandai tinggalkan appa Hoon sorang-sorang ni ? *cry emoji*

-tbc-

Fuh, settle SP2. Acane gais ? Nampak macam ramai je suka story ni even cara penulisan sis noob sangat 😂 Kepada pembaca, thanks sangat sebab baca walaupun tak vote.

Korang boleh teka tak ending kisah Jihoon, Dean dengan Junbin ni ? Kalau boleh sis belanja Jihoon satu :) Nak tengok anak jihoon ? Ada tu dekat media.

KS : Crush »Park Jihoon« ✔Where stories live. Discover now