" Hi uncle Ji ! " Budak kecil yang menegur aku itu membuatkan aku berhenti berjalan. " Eh hi Yunji. Mana appa dengan omma ? " Dia menunjukkan jarinya ke satu arah. Nampak jelas riak risau diwajah kedua-dua orang tuanya. " Yunji, jangan lari-larilah. Risau omma. "
Yunji terus berlari dan memeluk ommanya. " Hi Jiwon, Dani. " Agak kekok untuk tegur orang yang kita cintai dulu. Ingatkan aku tak akan jumpa lagi mereka lepas Jiwon lahirkan Yunji. Lepas Yunji lahir, mereka terus berpindah ke Amerika dan tinggalkan Korea. Aku dan Yunji saling mengenali sebab Dani selalu video call aku.
" Kau buat apa dekat sini, Jihoon ? " Daniel yang masih memegang tangan isterinya itu akhirnya membuka mulut. " Ambil anak aku. " Pendek jawapan aku. Malas nak cakap panjang-panjang. Ternyata aku masih sayangkan Jiwon. " Aku gerak dululah. Dah lambat ni. " Saat kaki aku nak melangkah pergi, Jiwon menahan aku.
" Bila kahwin ? Kenapa tak ajak ? " Dia memberikan aku pandangan yang sayu. Aku tak nak pun ajak korang berdua ! Faham tak ?! " Kecil-kecilan je. Ajak family dan rakan terdekat je. " Aku hanya tersenyum sambil menolak perlahan tangan Jiwon dari lengan aku. " Bukan ke kita kawan baik ? " Kawan ? Aku tak pernah anggap kau kawan. Aku anggap kau lebih dari tu.
" Weh korang, aku serius dah lambat ni. Aku pergi dulu. Seronok dapat jumpa korang. Bye Yunji. " Aku terus berlari ke dalam tadika yang menempatkan anak aku. Pasal diaorang, aku dah lambat ambil anak aku. Habislah si budak kecil tu marah aku. " Hi anak appa. " Aku menyentuh sedikit bahu budak kecil yang sedang bermain buaian itu.
" Late ! " Aduh, merajuk sudah. Aku hanya mengaru kepala yang tidak gatal je. " Appa minta maaf, harini kita pergi shopping nak ? Pergi beli mainan lepastu pergi makan mcd. Nak ? " Perlahan-lahan dia pusing ke belakang untuk memandang aku. Dengan muka merajuknya, dia mengeluarkan jari hujungnya.
" Janji ? "
Aku tersenyum kecil.
" Janji ! Appa pernah tipu Dean ke ? "
Dia menggeleng lalu terus memeluk aku. Aku mendukungnya terus ke kereta selepas mengucapkan terima kasih pada gurunya. " Tadikan omma datang lepastu kata nak bawa Dean pergi. Dean tak nak tapi dia kata appa yang suruh. " Haish tak fahamlah perempuan ni. Dia yang curang lepastu tak nak jaga anak ni tiba-tiba nak bawa lari anak aku ?
" Appa betul-betul suruh omma bawa Dean pergi ke ? Appa tak sayang Dean lagi ? " Dia hampir menangis saat berkata begitu. Aku menatap matanya yang sudah bergenang air mata. " Mana mungkin appa nak suruh omma bawa Dean pergi ! Nanti siapa nak teman appa main lompat-lompat atas katil. Siapa nak layan cerita hantu dengan appa ? "
Akhirnya dia tersenyum. Lega. Dia memeluk erat leher aku agar tidak jatuh. " Dean sayang appa Hoon sorang je. " Pipi aku yang gebu dicium bertubi-tubi. Aku mencium bibir anak aku itu. " Appa Hoon pun sayang baby Dean je. "
" Appa, Dean nak omma baru. "
Uish.
-tbc-
Hui guys, rasa nak update pula :) Btw Daniel dan Jiwon tetap kahwin, ada anak dah. Sedih Jihoon #prayforjihoon. Tapi Jihoon pun kahwin juga bagi melupakan Jiwon. Malangnya dia bercerai sebab isteri dia curang.
Sekarang ni Jihoon tengah menduda, siapa nak ;) boleh pm ai.
Hope you like this special part ❤
YOU ARE READING
KS : Crush »Park Jihoon« ✔
Fanfic[ Hey my second korean baby is here, say hello ] ❝ Siapa park bihoon ? ❞ ✿ ⓦⓐⓡⓝⓘⓝⓖ ✿ кαℓαυ нєяσ тαк єη∂ υρ ∂єηgαη нєяσιη тυ, кιяα ѕα∂ єη∂ιηg кє αρα ? кαℓαυ кσяαηg αηggαρ тυ ѕα∂ єη∂ιηg, σкαу ¢єяιтα ηι вєяαкнιя ∂єηgαη ѕα∂ єη∂ιηg...