SP3

892 55 5
                                    

Selepas keluar dari panggung wayang, Dean terus menarik unnie dia tu ke arah kedai mainan. Nampaknya aku dah tak penting untuk anak aku lagi. Aku hanya mampu duduk dibangku berdekatan sambil memandang gelagat anak aku. Dia nampak rapat sangat dengan perempuan tu.

Kenapa diaorang berkawan tapi aku tak tahu pun ? Dean keluar dari kedai sambil membawa patung main bersamanya. " Appa, unnie belanja. " Bangga sangatlah orang belanja, aku pon boleh bagi anak aku duit. Tak perlu pun minta simpati perempuan tu. " Jomlah balik. Appa esok kena kerja tau. Dean duduk rumah halmeoni eh ? " Dia hanya mengangguk.

" Biar dia duduk dengan saya jelah. Takdalah saya rasa sunyi sangat nanti. " Ah sudah. Dia nak jaga anak aku pula. Nak berjasa pada aku ke ? " Tak payahlahkan Dean ? " Aku memandang ke arah anak aku dengan senyuman selebar mungkin. " Dean nak duduk dengan unnie lah. " Budak ni memang tak faham ke aku tak suka perempuan tu.

" Dean, halmeoni nak sangat jumpa Dean tau. Tak kesian ke dekat dia ? " Aku cuba memujuk anak aku supaya tidak tidur dirumah perempuan tu sebab aku tak suka anak aku duduk dirumah orang asing. " Kalau macam tu unnie pun duduk rumah halmeoni Soo lah. Okay appa ? Yeah. " Wait what ?! Nasiblah dia anak aku.

" Okaylah, demi baby Dean, appa ikut je. " Aku senyum pada Dean dan memberi jelingan tajam pada Junbin. Manalah Dean jumpa perempuan ni agaknya. Balik ni memang aku siasat dari Dean. " Dean, say goodbye dekat unnie. Kita nak balik ni. " Dean menunduk hormat pada Junbin lalu memeluknya erat.

" Nanti unnie datang rumah Soo tau, pagi-pagi. Nanti kita pergi rumah halmeoni Soo sama-sama. " Sampai alamat rumah pun dia bagitahu ? Parah ni. Kalaulah dia datang merompak dekat rumah aku macam mana ? Haish. Selepas masuk ke dalam kereta, aku terus memandang ke arah anak aku.

" Baby, cuba bagitahu appa dekat mana baby jumpa minah tu ? " Wajah flawless aku ditenungnya tajam. Aku salah cakap ke ? " LEE JUN BIN LAH APPA ! " Wow marah. Auch sakitnyaku disini bila dimarah Dean. " Yah yah. Mana Dean jumpa dia ? " Patung yang baru dibelinya itu dimain tanpa memperdulikan aku.

" Jumpa dekat tadikalah. Appa lambat masatu, unnie temanlah Dean. Hari-hari dia teman tau. " Aku takut perempuan tu ada niat jahat pada Dean je. Aku bukan kesah sangat dia nak berkawan dengan siapa. " Appa tak kesahkan Dean kawan dengan Junbin unnie ? " Aku hanya menggeleng lemah. Nanti dia merajuk pula kalau aku tak bagi.

" Okaylah jom balik. Appa nak tidur. "

" Omma, jagakan Dean untuk Hoon eh ? " Aku memeluk wanita tua dihadapanku itu seeratnya. " Macam tak biasa pula. Hah siapa perempuan lawa tu ? Girlfriend baru ke ? " Aku pura-pura meletakkan telefon di telinga menandakan ada panggilan yang masuk. " Hello ? Sekejap lagi sampai, sabarlah. Ha- " Selepas berjauhan dengan omma aku, terus telefon itu dimasukkan ke dalam poket.

" Dean, behave okay ? Appa takda 5 hari je, Dean jangan lupa makan, suruh halmeoni bacakan buku sebelum tidur and jangan lupa video call appa. " Gadis kecil yang bertocang itu hanya mengangguk-angguk. Sukarnya kalau kerjanya begini, asyik kena berjauhan saja. " Give me hug please, I'll miss you. " Aku mendepakan tangan untuk menerima pelukan darinya.

" We'll miss you too. " Dean memeluk aku lalu mencium pipi kiri dan kananku. Tapikan, kenapa kena we ? Okay tak kesah. " Dean masuk dulu, appa nak cakap dengan unnie ni. " Dean berlari masuk ke rumah selepas memicit pipi aku. Hobi dia memang picit pipi aku je.

" So Lee Junbin, kalau bukan disebabkan Dean memang aku takkan bagi orang asing jejak kaki dekat rumah ni. Kalau aku tahu kau ada niat jahat atas keluarga aku, kau akan aku saman. " Maybe aku nampak macam budak-budak didepan anak aku tapi bila dengan orang asing aku sangat tegas. " Sumpah saya takda niat lain selain nak berkawan dengan Soo, Encik Jihoon. " Jangan asyik nak bersumpah je okay ?

" Dan lagi satu, tak payah kot nak belanja anak aku sebab aku mampu bagi duit dekat dia. Kau ambil ni, aku bayar balik duit kau and aku bagi extra untuk perkhidmatan kau temankan Dean. " Sampul duit yang tebal itu aku letak di atas tangannya lalu cermin mata hitam disarungkan. " Omma, Hoon pergi dulu. " Jeritan aku tak pernah tak didengari oleh omma aku.

" Take care appa. " Dean yang melambai-lambai pada aku dari pintu itu membuatkan aku tersenyum kecil. Aku membalas lambaiannya kembali sebelum terus memandu ke airport. Bye Dean.

-tbc-

Rasa patut teruskan special part ke patut buat buku baru ? Peninglah. Rasa macam nak buat buku baru tapi malas pula. Ada rasa nak teruskan special part ni tapi rasa macam banyak pula nanti special part nye. So guys, macam mana ? Bagi pendapat.

KS : Crush »Park Jihoon« ✔Where stories live. Discover now