Aku membelek lebaran kertas kerja yang diberi oleh pihak atasan.
Kes pembunuhan
23. 11. 2015
Mangsa: faizal bin husein
Umur: 36 tahun
Pekerjaan: penternak ayam dan haiwan.Aku menghela nafas dengan berat. Apa motif dia?
Flashback
"Puan, keluarga puan ada berhutang dengan sesiapa atau bermusuhan dengan sesiapa tak?" Soal aku.
Puan wahidah hanya menggelengkan kepala dengan kening bertaut. "Setahu saya suami saya seorang yang tidak suka berhutang. Dia juga baik orangnya. Jadi, macam tiada sebab dia di benci orang."
Aku menganggukkan kepala.
"Puan dah okey sekarang?" Soal inspektor haliza kepada puan wahidah dengan prihatin. "Saya kena teruskan hidup untuk anak-anak saya. Saya dah redha dengan pemergian suami saya."
Kami berdua hanya mengangguk sambil tersenyum "baguslah, saya harap puan banyak bersabar dengan ujian ini."
"Saya masih berharap agar pesalah dapat di tangkap oleh pihak tuan dan juga puan" dia memandang kami dengan pandangan penuh berharap.
"Kami tidak menjanjikan apa-apa keputusan kerana pesalah licik orangnya." Terang aku.
"Kalau tiada apa-apa kami berdua beransur pulang dahulu. Jaga kesihatan puan untuk anak-anak puan. Assalammualaikum.."
Aku memakai cermin mata hitam dan melangkah keluar dari rumah puan wahidah.
Semasa aku ingin berjalan menuju ke kereta, sempat aku dengar dua orang makcik berbual tentang jiran baru mereka.
"Dia tu senyum pon tidak.. Malas aku mahu menegurnya." Kata seorang makcik. "Iya? Sombong sangat lah lagaknya." Sambung makcik di hadapan nya.
Aku mendekati mereka "assalammualaikum, boleh saya tahu dimana rumah jiran baru yang makcik baru bercerita tadi?"
Mereka memandang aku dengan pandangan hairan "waalaikummusalam rumah dia di hujung jalan ini. Terus, belok kanan. Rumah yang paling tidak terurus itulah rumahnya"
Aku mengangguk seraya mengucapkan terima kasih. Aku menjejaki rumah itu dengan bantuan arah dari makcik tadi.
Sampai sahaja di sana, satu bau yang tidak menyenangkan menyambut kedatangan aku. "Ya Allah! Bau apa ini?" Aku menutup hidung dan meluru masuk ke dalam rumah tersebut.
Aku mencari punca bau itu.
Pencarian aku membawa kepada satu plastik hitam yang bertimbun dan dikerumuni lalat.
Aku menarik satu plastik hitam dan membukanya dan di dalamnya adalah..
"Kau buat apa dekat sini?"
Aku menoleh kebelakang apabila satu suara garau menyapa aku. Soalannya aku biarkan tanpa jawapan "kenapa kau simpan bangkai kucing dengan anjing ni?"
Dia mendekati aku.
"Kau cari aku?"
Kening aku bertaut. "Kau cari pembunuh itu?" Mata aku membulat.
"Kalau kau cari aku, aku cari kau balik. Say bye-bye to your family.."
Maka dengan itu satu tukul besi hinggap di kepala aku. Mata aku berpinar. Dapat aku rasakan darah aku mengalir di kepala. Selamat tinggal anak-anak ayah. Selamat tinggal isteri abang.
Selamat tinggal semua.
YOU ARE READING
Cari [Hiatus]
Mystery / Thriller2015 'Pembunuhan misteri telah menjadi tanda tanya pihak polis. Kelicikkan si pembunuh yang meninggalkan tanda menambah kehairanan pihak polis' 2018 'Misteri 2015 semakin menggerunkan orang ramai. Masyarakat setempat berharap agar pihak..' Pap! Aku...