b.e.r.i.t.a

43 4 0
                                    

[2018]

Aku melihat kembali surat khabar lama di tangan.

'Seorang pihak polis telah mati dibunuh oleh individu yang dipercayai merupakan kes pembunuhan misteri'

Aku merengus geram.

Aku akan cari kau sampai lubang cacing. Gambar ayah yang sedang memakai uniform polis aku belai.

Ayah, suraya akan cari siapa pembunuh ayah. Walaupon, darah suraya terpaksa suraya tumpahkan. Itu janji suraya.

Aku memakai jaket kulit hitam milik ayah. Rambut aku ikat. Kau takkan dapat terlepas dari aku sial. Aku sumpah aku cari kau sampai dapat.

Balai polis dihadapan aku ialah tempat kerja aku yang baru. Disinilah, arwah ayah bekerja. Disini jugalah aku akan mencari siapa dalang kes pembunuhan ayah.

"Suraya binti badrul?"

Aku memandang gerangan yang memanggil aku. "Ye saya tuan" Dia tersenyum manis. "Terima kasih kerana ingin bekerjasam dengan pihak kami"

Kami berjabat tangan. Senyumannya tidak aku balas. Aku tak suka senyum. Jangan harap aku ketawa atau bergurau senda.

"Saya dengar awak ialah anak kepada tuan inspektor badrul. Salah seorang inspektor yang amat saya kagumi"

"Arwah inspektor badrul. Saya datang sini untuk menamatkan kes pembunuhan misteri yang melibatkan arwah ayah saya. Saya pergi dulu. Assalammualaikum"

Fizie p.o.v

Aku hanya melihat lagak polis baru itu. Tidak silap aku namanya suraya. Fuh! Orang persis bidadari, tapi sayang, senyumannya terlampau mahal.

Aku melemparkan senyuman kepada suraya. Dia hanya membalas senyuman aku dengan jelingannya setajam pedang.

Aku tahu dia merupakan anak kepada arwah inspektor terkenal iaitu arwah inspektor badrul. Aku tidaklah kenal mana dengan bapanya tetapi apa yang aku dengar arwah banyak menumpaskan kes dadah dan pembunuhan.

"Tapi macam mana inspektor hebat sebegitu rupa boleh mati akibat dibunuh?" Aku berhenti mengelamun apabila seorang kakitangan menyanyakan soalan itu.

"Kau jangan sesekali nak bercerita tentang arwah bapa aku! Kau tiada hak nak bercerita tentang dia! Kau siapa?!"

Terhinjut bahu aku apabila suara polis baru itu meninggi. Tidak semena-mena muka kakitangan tadi mendapat sebiji tumbukan padu daripada suraya.

"Jangan kau sesekali bercerita tentang dia.. Kalau kau berdegil, maknanya.. Kau yang menggali kubur kau sendiri!" Seraya dengan itu dia menendang perut kakitangan itu.

Apa masalah dia ni?

Cari [Hiatus]Where stories live. Discover now