Fůľľ Şýņøpşïş

155 10 0
                                    

5 Tahun..

5 tahun itu dia hidup dalam derita.
Berjauhan diri daripadanya.
Cuba memulihkan hatinya yang kecewa.
Menerima Qada' dan Qadar Allah.
Menempuh segala perasaan yang menyelebungi dirinya.

Dan 5 tahun itu jua,

Dia hidup dalam gelora rindu.
Tangisannya setiap malam hanya kerana lelaki itu.
Melawan perasaan cintanya terhadap dia.
Cuba untuk menukarkannya kepada benci.
Namun dia gagal.

Apakah daya?
Dia hanya seorang wanita yang kini sudah hilang dalam lautan perasaan.

Dengan azam dan tekad yang baharu,dia akan berubah.
Menjadi seorang yang berhati hati dalam dunia yang penuh dengan kepura puraan ini.

Dan dia juga berharap,
Takdir akan memisahkan mereka berdua untuk selamanya.
Agar hatinya yang kecewa dahulu tidak akan berdarah kembali.

♥♥♥

Dia menyesal.
Mengapa dia begitu bodoh untuk membuat keputusan?
Mengapa takdir ini begitu kejam dengannya?

Hanya kerana dia seorang yang lemah,
Lelaki itu dengan mudahnya melihat jantungnya melangkah pergi.

Memang betul.
Dia hanya hidup dalam dunia yang malang.
Ayah.
Adik.
Dan orang yang pernah mencuri hatinya dahulu,
Semuanya meninggalkan dia.

It's ok Adam Isaac.
Umur kau masih panjang.
Terlalu muda untuk membina sebuah masjid.
Biarkan sahaja dia pergi.
Bunga bukan sekuntum.

Tetapi kumbang bukan seekor...

Bagaimana jika dia telah menemui orang yang mencintainya dengan sepenuh hati?

Kau bukannya tidak berharta Adam.
Tunjukkan sahaja kuasa kau sebagai orang yang berkuasa!
Pasti dia akan melutut!

Tunggu Adam...

Kenapa kau berkelakuan sebegini?

Lepaskan dia,Adam.
Hanya kerana kau telah berjanji dengannya,
Tidak bermakna kau juga setuju dengan perjanjian tersebut.
Bisik hati.

Dia harus berubah.
Supaya dirinya dapat melupakan apa yang telah berlaku diantara dia dan perempuan itu.

Dia.

Punca seorang adam berubah.

Moga takdir tidak akan menemukan mereka kembali.



HURTS

'Our past turned me into someone new'

HURTS {ON HOLD}Where stories live. Discover now