-7-

45 6 0
                                    

Adam tidak bereaksi. Wajahnya sangat sukar untuk ditafsirkan. Matanya yang hijau kebiruan itu kosong. Mungkin Faiqa yang berlebih lebih kerana dapat berjumpa dengan lelaki ini. Baru sahaja Adam hendak membuka mulut,

"Bro!"

Adam melarikan matanya. Mencari punca suara tersebut. Faiqa segera beralih muka. Mereka masih berhadapan. Mata Faiqa sudah terpejam rapat. Cuba menyedut kembali air mata yang berlinang. Tangan kanannya memegang siku kiri. Mengurangkan tekanan yang dibebani.

"Long time no see! Aku ingat kau tak datang tadi."

Suara Farish. Dia kenal suara itu. Farish kemudian menepuk bahu Adam sebagai tanda persalaman.

"Hahaha kau pun agak agak ah. Takkan aku tak datang birthday party business partner sendiri kan? By the way segak ah kau hari ni. Nampak smart!"

Adam gelak sarkastik. Dikerling juga Faiqa di hadapannya. Faiqa pula bertahan juga disitu. Dia mahu pergi tapi mesti Farish tanya macam macam nanti. Kemudian ada seorang perempuan berpakaian dress ketat paras lutut datang memeluk Adam dari sisinya.

"Baby! You pergi mana? I cari you tadi tak jumpa tahu! Kesian I!"

Baby? Baby ke babi Adam ni?.Dia menyandarkan kepalanya didada bidang Adam. Tanpa malu. Di khalayak ramai. Faiqa mengerling perempuan tersebut. 'Eh hari tu dekat pantai,perempuan lain. Ni perempuan lain pula. Ouh lupa. Lelaki tak pernah cukup dengan satu. Thus,it's Adam Isaac.'telah Faiqa.

Dia tersenyum sinis. Adam menyedari perubahan muka Faiqa. Sedari itu,Farish juga turut perasan keadaan ganjil tersebut. Bukan dia tak perasan. Semenjak dia menyapa Adam tadi,dia asyik melarikan matanya kearah Faiqa. Dia risau. Jika saingannya adalah Adam. Namun demi Faiqa,dia sanggup.

"Amboi buddy! Dah ada girlfriend baru eh?! Lawa betul. Pandai kau pilih"

Farish cuba berlawak hambar . Ternyata lawaknya kurang mendapat sambutan apabila Adam hanya tergelak kecil. Perempuan tadi dah garu garu kaki pula. Mesti nak menggedik dengan Farish pula!

'Eh Farish ni! Aku dekat sebelah dia kot! Memang nak makan kaki dia ni!'. Bisik hati Faiqa. Dia cemburu pula mendengar pujian Farish terhadap kucing murah tersebut.

"Tapikan... Faiqa lawa lagi. She's the one and only one for me. Datanglah berjuta perempuan cantik pakai bikini pun,I'll choose her. Past,now and after."

Alamak! Faiqa mula malu. Matanya dipejam rapat rapat. Mukanya membahang. Farish dah tersenyum melihat tindak tanduk Faiqa. Adam secara tiba tiba tak senang pula dengan butir bicara Farish.

"Eh lupa lah! Kenalkan, ni Faiqa. Cousin aku. Dia pun birthday girl juga hari ni.Unexpectedly,
birthday aku,Farisha and Faiqa jatuh pada hari yang sama."

Farish tergelak. Kemudian dia baru perasan. Mata Adam macam ada suatu riak yang sukar digambarkan apabila dia melihat Faiqa. Perempuan tadi dah lama pergi. Faiqa masih mengekalkan wajahnya melihat keadaan disisi. Langsung tidak melihat Adam.

"A.K.A my girlfriend."

Terpusing terus wajah Adam dan Faiqa melihat Farish. Dua dua mata terbuntang. Tapi yang paling jelas sekali,Faiqalah! Farish rasa curiga. Mesti ada apa apa antara mereka berdua ni.

"Ok lah bud! Aku kena chaw dulu. Nak bawa Faiqa jumpa parents aku jap. Dah kempunan dorang tu nak jumpa daughter in law dorang. Kau pergilah enjoy dulu. Banyak makanan aku sediakan."

Adam masih kaku. Matanya masih melihat Faiqa. Faiqa pula tidak membalas cuma..dia kembali melihat keadaan disisi. Masih melarikan matanya daripada dibaca oleh Adam.

"Err tak nak wish congrats ke?"

Farish berkata. Adam diam. Tak sedar,Farish dah mula berasap. Disabarkan sahaja.

HURTS {ON HOLD}Where stories live. Discover now