-6-

42 7 2
                                    

3 bulan kemudian...

"Farish,semua dah siap dah?"

Aunty Hawa iaitu ibu kepada Farish dan Farisha bertanya kepada anak lelakinya itu.

"Dah mama. Katering semua dah siap. Tunggu majlis malam ni aje. Ok lah mama. Farish nak pergi dulu."

"Kamu nak pergi mana? Beli hadiah dekat Faiqa eh?"

Zappp!!

Farish senyum sumbing. Nampaknya naluri seorang ibu memang berkuasa.

"Ha'ah. Ibu jangan bagitahu dia tahu. Diam diam aje."

Aunty Hawa hanya mengangguk. Sebenarnya,dia juga berkenan untuk menantukan Faiqa. Lagipun anaknya ini sudah lama mengenali Faiqa. Sejak kecil lagi. Jadi tiada masalah langsung untuknya.

♥♥♥

"Akak! Mana satu nak pilih ni? Dua dua lawa! Farisha rambang mata lah! Akak tolong pilihkan boleh?"

Farisha mengangkat tinggi kedua dua dress tersebut. Disebelah kanannya,sehelai dress berwarna merah paras bawah lutut berlengan hingga ke siku. Disebelah kiri pula,sehelai dress berwarna krim dan kembang dibahagian bawah lutut.

"Akak rasa better yang cream la. Nampak lebih sesuai dengan majlis."

Farisha berfikir sebentar. Sudah hampir satu jam mereka berada di Dubai Mall. Pusat membeli belah ini berlokasi di Downtown Burj Dubai. Ianya berkeluasan 3.77 juta persegi.

Terdapat 12 ribu buah kedai yang terdapat disitu. Dubai Mall juga merupakan tempat membeli belah yang paling kerap dikunjungi di dunia. Ia telah menarik seramai 65 juta pelancong pada tahun 2012.
Bagi Faiqa,benda ini sudah biasa untuk berlama lama di pusat membeli belah. Ye la,dia pun orang ternama juga.

"Ermm Farisha ambik dua dua lah! Sayang nak ambik satu aje."

Faiqa menepuk dahinya. 30 minit cari baju dalam kedai ni. 20 minit pilih baju. End up,ambik dua dua. Kalau tak disebabkan dia ni adik Farish,memang kena ketuk kepala dia dengan Faiqa.

"Akak dah pilih baju? Sorrylah. Pasal Farisha pilih baju,akak tak dapat pakai baju cantik cantik nanti masa majlis birthday kita bertiga. Sorry eh akak."

Faiqa mengangguk.

"It's oklah Farisha. Akak dah pilih dah pun baju tadi. Ni haa"

Faiqa menunjukkan satu bungkus plastik yang dipegangnya sejak tadi.

"Eh akak tak cuba? Akak pergi la try dulu baju tu. Muat ke tak."

"Er perlu ke? Alaa akak cuba waktu majlis lah."

"Ishh akak ni. Yelah. Jom,Farisha nak pergi kaunter ni. Akak bayar dah?"

Faiqa menjongketkan sebelah keningnya. Apa jenis soalan tu?

"Ouhh hehehe lupa pula. Kalau dah ada dalam beg,mesti la dah bayar kan?"

Faiqa menggeleng sambil tersenyum melihat telatah sepupunya ini.

"So how much is it?"

Tanya Farisha kepada jurujual tersebut.

"AED 895"

Farisha mengeluarkan beberapa not ratus Arab Emirates Dirham ataupun AED. Inipun duit yang diberikan oleh abangnya. Farisha mana la sempat nak tukar duit Malaysia ke Dirham. Punya la kalut si Farish tu mengajak. Katanya seronok nak sambut birthday sama sama.

"Thank you and please come again. Hope you're satisfy with our service."

"You are welcome."

Farisha mengambil dress miliknya. Baru sahaja mereka hendak pergi.

HURTS {ON HOLD}Where stories live. Discover now