-3-

63 11 0
                                    

Sementara menunggu penerbangannya,iphone X miliknya dikeluarkan. Mencari nama orang yang sudah lama dia rindui sepanjang berada di Malaysia.

Tut..

Tut..

"Hello?"

"Mak!! Faiqa rindu mak... Mak sihat? Mak apa khabar? Mak masak apa mak hari ni? Uncle Damien dengan aunty Hawa ada cakap apa apa tak pasal Faiqa? Mak tengah buat apa tu?"

Tak henti henti dia menanya soalam kepada emaknya. Sehingga pening emaknya hendak menjawab.

"Kamu ni kan. Satu satu la. Pening mak dibuatnya. Ni haaa,mak sihat aje. Macam biasalah. Mak masak ayam masak pedas dengan resem aje.

Alhamdulillah pak cik dengan mak cik kamu tak kata apa apa pun. Mereka faham etika pekerjaan kamu. Sekarang mak tengah minum air ni haa. Nasib Farish tolong temankan."

Panjang lebar emaknya berbicara. Farish disebelah hanya tersenyum suka. Tahulah dia anak mak ciknya ini yang berada di dalam talian.

"Ouh Farish ada sekali? Mak bagi kejap telefon dekat dia. Faiqa nak cakap something."

Telefon kemudian dihulurkan kepada Farish. Lelaki itu menyambut girang.

"Hello"

"Wei Farish! Thanks tahu tolong temankan mak aku. Rasa bersalah pula. Aku ni patutnya teman dia tapi sekarang aku tinggalkan dia pula. Sorry menyusahkan kau."

Sayu Faiqa berbicara. Memohon maaf daripada Farish.

"Mana ada susahkan aku. Lagipun memang aku datang nak tengok mak kau ni haa. Uncpe dengan aunty kan still on vacation. So tak salah kalau aku datang menjenguk bakal mak mentua aku kan?"

Farish tersenyum. Sengaja hendak menyakat perempuan itu. Mak limah iaitu emak kepada Faiqa tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Kau ni kan! Jangan merepek eh!"

Faiqa sudah merona merah. Malu dia disakat begitu.

"Eh sekarang ni kau ada mana?"

Farish bertanya. Dia ada rancangan istimewa untuk Faiqa.

"Ouh..aku ada dekat airport. Kenapa?"

Faiqa mengerling kearah jam tangannya. Sepatutnya penerbangannya sudah berlepas namun terpaksa ditunda berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan.

"Ha? Kenapa kau ada dekat airport? Kau nak balik Dubai dah ke? Awalnya."

Jika Faiqa sudah hendak berangkat ke Dubai,rancangannya untuk mengejutkan Faiqa akan gagal. Farish berasa gusar.

"Gila kau! Taklah. Aku ada dekat airport nak pergi Penang. Gila kau nak bawa kereta dari KL ke Penang. Berjam jam kot. Malas aku. So aku naik flying ship. Senang"

"Flying ship kau la! Orang panggil aeroplane kau panggil flying ship pula. Ni kau pergi Penang sebab ada hal ke?"

Faiqa berasa ragu ragu. Kenapa Farish menanya terlalu banyak soalan ni?

"Hal aku dekat Malaysia dah habis dah pun. Aku pergi Penang sebab nak ambil angin dekat pantai. Dah berapa lama aku tinggalkan pulau tu. Rindu pula nak pijak pasir."

Faiqa rindu. Rindu setelah sekian lama dia meninggalkan tempat dia membesar sewaktu dia masih kecil hingga ke remaja. Pelbagai kenangan ditinggalkan disitu. Manis.. dan pahit..

"Ouh.. kereta yang ada dekat KL tu kau tinggal aje. Nanti aku suruh orang ambilkan. Kau nak stay mana? Transport?"

Faiqa baru teringat tentang tempahan hotel yang dibuatnya melalui online semalam. Tentang transport...dia tidak terfikir pula.

"Dari airport,aku terus naik grab. Rasanya la kan. Grab la yang jadi transport aku nanti.Aku dah book hotel dekat area Telok Kumbar tu. Tak silap aku Hotel Lexis kot. Thus,it's near by the beach. So boleh la aku jalan jalan tepi pantai sambil tengok sunset."

"Kau ni gila ke apa? Kau tu bukannya orang biasa tahu. Kau tu orang terkenal. Banyak kali masuk tv. Agak agak kau tak kena serang ke nanti. Nanti pemandu grab tu buat tak senonoh dengan kau. Dah la kau ni ada rupa."

Faiqa tergelak kecil.

"Risau juga kau dekat aku eh? Kembang pula bila kau puji aku lawa. Kau jangan risau la. Aku ok aje dekat sana. Pandai pandai la aku jaga diri. Kirim salam dekat mak limah. Bye Farish! Love you! Muahh! Flying ship aku dah memanggil ni."

Talian dimatikan. Farish menggeleng. Telatah Faiqa sentiasa mencuit hatinya. Tanpa sedar dia terseyum sendiri. Bayangan Faiqa mula menghantui minda.

"Ehem ehem suka nampak?"

Farish bingkas mematikan senyuman. Tak sedar bahawa mak limah juga turut berada disitu. Perasaan malu mula menerjah diri.

"Err hehehe. Tak de lah mak limah. Haa ni Faiqa kirim salam. Dia pergi Penang pula. Katanya nak ambil angin."

"Ouh waalaikumsalam. Ni kamu ni tak sibuk ke?"

Walaupun mak limah merupakan isteri kepada abang ayahnya a.k.a mak ciknya sendiri,dia selesa menggelarkan dengan panggilan mak. Katanya lebih sesuai dengan wajahnya yang masih kelihatan muda.

"Nanti ada meeting. Mak limah tak pe ke kalau saya pergi dulu?"

"Ehh tak pe lah. Pergi aje. Mak limah ok. Ni lagi satu mak limah nak pesan. Dah suka tu,bagitahu la. Takut melepas pula. Faiqa tu bukannya sorang dua yang minat. Ramai orang. Takut nanti kamu jadi yang kedua dan selepasnya. Kalau nak tunggu dia yang cakap,memang sampai ketualah jawabnya."

Farish tersenyum malu. Dia menyalam mak limah lalu menaiki kereta lamboghini huracan kesayangannya. Menuju ke pejabat yang diwarisi daripada dahulu lagi.

"Madiha"

Tegurnya kepada seorang wanita iaitu PA nya sendiri. Madiha bingkas berdiri.

"Yes sir"

"Call Yazid. Tell him to prepare my private jet. I'm going to Penang this evening."

"Yes sir."

Farish terus berlalu masuk kedalam bilik mewahnya. Sebaik sahaja kerusi diduduki,kata kata mak limah bermain di fikirannya.

"Kalau la begitu senang aku cakap dekat Faiqa,memang dah lama aku cakap. Masalahnya ada something yang buatkan dia jadi hati beku. Ada something yang buatkan dia berubah.

Dan aku tak tahu apa something tu.. haihh Faiqa Faiqa..kenapalah kau ni comel sangat? Sampai tidur pun termimpikan kau."

Farish bercakap seorang. Wajah Faiqa yang cerah,bibirnya yang merah bak delima. Matanya yang berwarna hazel mampu membuatkan Farish terpukau. Hidung yang mancung persis ayahnya terletak elok. Sempurna. Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan.

♥♥♥

Sebaik sahaja sampai ke Hotel Lexis tersebut,dia terus menghempaskan badannya. Penat tidak terkata. Menyesal apabila dia mengendahkan kata kata Farish.

Semuanya gara gara para peminat Faiqa yang ingin mengambil gambar. Dia tidak memakai cermin mata hitam membuatkan orang ramai dapat mengesan wajah model terkenal tersebut. Tertinggal di dalam kereta yang berada di KL. Ralit berfikir,dia akhirnya terlena disitu. Meninggalkan kesemua bayangan dunia. Yang menggadaikan kepercayaanya.



"When you're in love and you get hurt,it's like a cut. It will heal but there will always be a scar"

-anonymus-

HURTS {ON HOLD}Where stories live. Discover now