-1-

105 10 2
                                    

"Faiqa"

Faiqa tersentak. 'Sudah berapa lama aku berada di dalam lamunan? Hinggakan aku tidak sedar bahawa ada orang lain juga di dalam rumah ini.'getusnya.

"Er ye mak. Kenapa?"

Faiqa kemudian menariknya untuk duduk berhadapan dengannya di laman bunga ini. Kolam ikan disebelah menjadi tatapan.

Andainya dia dapat menjadi ikan tersebut. Hidup tanpa perasaan. Tanpa mengetahui apa itu makna derita. Sakit.

"Faiqa..Sudah sudah la tu. Kamu nak masuk 28 tahun dah pun. Bukannya masih muda. Umur macam kamu ni,dah kahwin tahu. Kamu ni pergilah keluar car--"

"Mak"

Dia tahu. Emaknya mesti hendak membangkitkan isu itu. Isu yang pantang dia dengari. Isu yang sedikit sebanyak mencuit kisah silam. Yang telah meretakkan hatinya.

"Faiqa tak nak bincang pasal benda remeh ni. Kalau ada jodoh,adalah mak. Kalau tiada,Faiqa redha. Sudah sudah la mak paksa Faiqa. Buat blind date semua."

Bukannya tak pernah dia dijodohkan dengan lelaki. Banyak. Bukannya tidak minat,dia hanya memerlukan masa. Sedangkan dia sedar,sudah genap lima tahun semenjak kejadian itu. Kejadian yang dia berharap takkan berulang kembali.

"Faiqa tak boleh move on kan? Sudah sudah la tu Faiqa. Entah entah,dia pun dah bahagia dengan life dia. Lupakan dia Faiqa. Dia tu hanya masa silam kamu.

Sekarang kamu tengah berpijak di dunia yang nyata. Malah kamu sudah pun berkerjaya. Jangan disebabkan dia,hidup kamu musnah. Mak tak nak tengok anak mak sorang ni murung je. Mak rindu nak tengok senyuman anak mak yang dulu. Gelak dia. Mana agaknya dia sekarang ni."

Kata kata emaknya sedikit sebanyak mencuit perasaan Faiqa. Tersentuh. Bukannya dia sengaja untuk menjadi begini,tetapi dia terpaksa. Supaya dia lebih berhati hati untuk merapati seseorang. Agar tidak tersalah langkah.

Dia sedar cara penampilannya sudah berubah. Lebih moden. Berjaket. Memakai jeans. Tidak lagi berkurung seperti dahulu. Namun perubahannya ini sedikit sebanyak menaikkan keyakinannya.

"Mak.. Mak tahu kan Faiqa buat semua ni bersebab. Faiqa terpaksa mak. Faiqa tak tahu lagi macam mana nak harungi semua ni. Faiqa penat mak.."

Badannya yang tua itu mula memeluk Faiqa yang terhinjut hinjut. Esakannya memenuhi ruang tersebut.

"Faiqa masih ingat dia mak. Dia dah melampau. Faiqa tahankan aje. Tapi bila dia sebut nama mak,Faiqa tak tahan! Faiqa tampar muka dia! Biar dia sedar! Bukannya Faiqa tak pernah nampak dia keluar dengan perempuan lain.

Faiqa butakan aje mata Faiqa ni. Siapa tak sakit mak? Tengok orang yang pernah berjanji dengan kita yang dia nak hidup dengan kita tipu kita! Faiqa tak sanggup... Mak,tolong Faiqa mak..."

Tangisannya makin menjadi. Mak limah hanya mampu menumpang simpati. Tak sanggup melihat dugaan yang Dia berikan kepada anaknya ini. Namun dia mesti tabah.

"Dah dah. Faiqa lap air mata tu. Lepas ni nak kena fly kan pergi Malaysia? Nanti orang kata apa pula. Bidadari dunia bertukar wajah kepada drama bersamamu. Haa.. nanti jadi tajuk utama berita pula."

Faiqa hanya tergelak kecil. Dia tahu Mak limah hendak ceriakan hatinya. Siapa lagi kalau bukan emaknya?

"Mak ni.. Sengaja kan? Lagipun flight lambat lagi la.. Baru pukul 8. Flight pukul 9.30 pagi. Awal lagi ni."

Mak limah hanya menggeleng melihat telatah anak daranya ini. Umur dah 28 tahun pun masih berperangai keanak anakan.

"Sekarang dah pukul 9 pagi dah Faiqa oii."

HURTS {ON HOLD}Where stories live. Discover now