Anastasia (Bab 9)

1.1K 59 2
                                    

BAB 9

LIMA insan berlari pantas. Sesekali kepala menoleh ke belakang untuk memeriksa jarak di antara mereka dan segerombolan manusia. Beg-beg plastik yang tadinya dijinjit sudah dilepaskan. Ia hanya menambahkan beban sekaligus menyukarkan pergerakan. Apalagi kini mereka dikejar kira-kira lima belas orang!

"Kereta kita kat depan sana aje!" Syamel memberitahu, barangkali cuba melegakan perasaan yang lain-lain. Tangan menyeluk poket seluar untuk mengambil kunci kereta. Kemudian Syamel pecutkan larian, melepasi Arhan dan Elyana yang berlari sambil berpimpinan tangan.

Sekilas, Aina menoleh ke belakang. Tak semena-mena darahnya mendidih.

"Kau orang bawa El balik," katanya tiba-tiba. Automatik langkah mereka mati, kecuali Syamel. Lelaki itu sudah berdesup lari ke hadapan.

"Kak..." Elyana menggeleng.

"Kita sempat lari. Kereta ada kat situ aje," kata Elyana sedikit mengah.

Aina diam. Dia tahu kedua-dua hakikat tersebut tetapi hati mengasak, mahu bersemuka dengan musuh-musuh Elyana itu. Sejujurnya, Aina mahu sahihkan sesuatu. Adakah mereka semua orang upahan Khalidah? Manalah tahu kalau-kalau Khalidah sengaja mahu menonjolkan sisi jantan Arhan pada Elyana agar Elyana yakin padanya sekaligus melancarkan lagi rancangan Khalidah untuk percepatkan urusan perkahwinan mereka.

"Dia orang dah makin dekat. Tengku El larilah dengan Hans, saya stay dengan Tengku Aina," ujar Naufal pula.

"Tapi..."

"Kita lari." Sehabis ayatnya, Arhan menarik tangan Elyana. Mereka berdua berlari melawan arus angin. Sesekali Elyana menoleh ke belakang. Air mata sudah bergenang. Tidak terluah di bibir namun di dalam hati, Elyana sudah panjatkan sejuta doa semoga Aina dan Naufal selamat!


NAUFAL pandang Aina sekilas. Anggarannya, mereka akan diterpa manusia-manusia itu lebih kurang sepuluh saat lagi.

"Saya harap saya tak menyesal buat pilihan gila ni." Sempat Naufal menitip kata sambil tangan digerakkan, ala-ala membuat regangan.

"I bet my fingers, you won't." Ada senyuman tipis di bibir Aina sebelum tiba-tiba ia menghilang di sebalik muka tegangnya.

Beberapa orang lelaki mulai mengelilingi Aina dan Naufal manakala lima orang cuba mengejar kereta Elyana. Bunyi deruman kereta jelas kedengaran, bererti Elyana berjaya meloloskan diri bersama Arhan dan Syamel. Fikiran Aina bebas daripada memikirkan Elyana. Dan Aina tidak lagi memikirkan tentang Naufal. Si pemegang tali pinggang hitam itu pastinya dapat menentang lawan-lawannya dengan mudah. Kini fokus Aina hanya pada empat orang lelaki yang mengerumuninya.

Penyerang pertama mulai menyerang Aina, mahu menumbuknya. Aina membongkok. Dari kiri, Aina bergerak ke kanan penyerang. Lengan lurus penyerang dihentak kuat di bahagian siku. Ada bunyi terhasil diiringi erangannya. Apabila penyerang kedua menghampiri, Aina lepaskan tumbukan ke perutnya bertalu-talu. Tidak langsung memberi peluang kepada si penyerang.

Tiba-tiba belakang Aina dihentak dengan sesuatu.

"Arghh!" Aina menyeringai sambil tangan kiri menyentuh belakang tubuh. Aina menoleh. Seorang lelaki sedang memandangnya sinis bersama kayu cota di tangan. Aina jadi berang sehingga kesakitannya tak lagi dirasai. Tanpa kata, Aina melompat lalu kaki dilibas ke rahang si penyerang.

Tumbang. Di kesempatan itu, Aina rampas kayu cota tersebut dan dihayun kepada penyerang-penyerang lain.

Tenaga mulai beransur lemah tetapi Aina enggan mengalah. Seluruh tubuh lincah mengelak, menepis dan melepaskan serangan. Beberapa orang tewas dikerjakan Aina dan Naufal. Ada juga yang mengengsot ke tepi, mahu sembunyikan diri daripada kegilaan mereka berdua. Ternyata, lawan mereka bukan calang-calang orang. Tak hairanlah selama ini rancangan mereka selalu saja gagal! Sedangkan Aina, si wanita itupun mampu menewaskan mereka, ini pula lelaki gagah seperti Naufal!

Anastasia [TERBIT - PENULISAN2U]Where stories live. Discover now