ILHAM BARU DI MUSIM BARU

21 2 0
                                    

♡2♡
*****

LAPAN TAHUN KEMUDIAN,

        BERAKHIRLAH satu episod kehidupan pembelajaran bagi Ahmad Zamanhuri sekarang. Hidupnya bolehlah dikatakan tidak ubah seperti baru saja terlepas dari soal jawab Kubur. Selama berbelas belas tahun dirinya terpaksa memperhambakan diri bagi meraih segulung Ijazah Kelulusan Darjah KeHormat Kedoktoran BerFalsafah Kelas Kepujian. Ahmad Zamanhuri atau lebih mesra dengan panggilan Zam merupakan bekas pelajar lulusan dari M.R.A Univercity Of Sciences Engineering Development & Corporated. Dia baru sahaja pulang dari luar negeri beberapa bulan lalu dan kini sedang menetap di rumah kedua Orang Tuanya di Kampong Mengkudu Rendang. Dengan usia begitu siang baru saja mencecah 28 tahun Ahmad Zamanhuri dilihat mempunyai masa depan lebih cerah untuk bergelar seorang tokoh korporat yang berjaya. Dia meski pun datang dari sebuah keluarga daif di satu ketika dahulu namun begitu kemiskinan bukanlah pula penghalang bagi dirinya. Terbukti kini seorang lagi Pelajar Anak Melayu telah berjaya membuktikan kemiskinan tegar bukanlah faktor penyebab yang boleh membawa kemerosotan di dalam pencapaian Akademik di kalangan pelajar pelajar anak miskin di Negara kita ini. Malah sebaliknya pula Anak Muda bernama Zam ini telah pun berjaya lulus cemerlang di dalam Jurusan Khusus Kejuruteraan Pembangunan Sains Permotoran & Pengurusan Koperasi yang dipilihnya itu. Dengan bulat tekad berserta sebuah azam yang teguh Zam telah ada berpakat dengan beberapa orang kawan untuk mengusahakan sebuah bengkel membaikpulih dan memasang alat ganti bagi kenderaan bermotor di berdekatan tidak berapa jauh dari rumahnya. Dengan berbekalkan sedikit modal yang ada disimpannya selama ini sudah mencukupi baginya untuk merialisasikan Wawasannya itu. Sudah lebih sebulan syarikat dibina mereka itu telah beroperasi. M.R.A atau Multi Ratio Academy Motor Sport Center telah pun berjaya menunjukkan prestasi agak memberangsangkan pada ketika ini. Dengan adanya sokongan daripada syarikat pengedar barangan hardware dan juga syarikat pembekal motorsikal dia kini merasa bertambah yakin sekarang. Zam serta beberapa orang kawannya mereka semua kini juga dilihat begitu berpeluang cerah untuk menaikkan lagi taraf imej syarikatnya itu ke tahap yang lebih baik lagi untuk di waktu waktu yang akan datang. Sungguh bertepatan sekali dengan pepatah ada mengatakan. Kecil jangan disangka lawan dan bila besar jangan disangka kawan. Sungguh tidak di sangka sangka Anak Muda berwawasan itu kini dia terdampar sepi sendirian. Bilamana setelah dirinya dikhianati oleh kawan kawannya yang lain. Berjiwa besar setara mana sekali pun jika tidak bernasib baik tiada gunanya juga. Akhirnya itulah resolusi ada ditemuinya bagi mengubati kekecewaan di kala itu. Mungkinlah ianya tidak cukup absoluted barangkali bila dikaji tetapi sudah cukup baginya menarik nafas lega untuk seketika. Zam di ketika ini terpaksalah dia menumpang berniaga dengan seorang kawan lamanya di sini. Tuhan sahajalah yang tahu betapa perasaannya di ketika ini. Malu ada. Segan pun ada. Kadang tu terasa juga dia bila ada terserempak dengan Mak Cik Pak Cik yang hutang mereka tidak lepas bayar lagi. Ternyata Zam seorang Anak Muda yang taat serta baik hati pula. Dia tidaklah ada berkira mana dengan mereka semua itu. Malah sebaliknya dia hanya berniat untuk bersedekah sahaja kepada mereka. Demi satu 'Kebaikan' bagi dirinya juga nanti. Anak dagang bila berada di Rantau Orang. Maklum sajalah. Di Bengkel Mat Kapcai Kelas Zam dia tiada sebarang masalah mana dia. Tidaklah kata melarat atau merana tidak tentu pasal tidak. Bagi dirinya senang saja. Life's must get going. Simple aje. Fikirnya begitu.
         Hampir setahun juga dia terpaksa menumpang di bengkel  milik kawan kawannya. Hampir setahun jugalah pula dia cuba berjinak jinak di pusat pusat kewangan bagi mencari dana untuk memulakan kembali perniagaannya itu. Sudah puas ikhtiar dirinya sambil mencari jalan bagi menyelesaikan masalahnya itu. Dalam pada waktu yang sama Zam dia tidak lekang duduk di rumah lagi kebelakangan ini. Keluar pagi terus bertemu kawan. Keluar petang pula ada saja perkara yang hendak diperbincangkan. Pendek kata sehari harinya tiada lain. Untuk memulakan kembali syarikat perniagaannya itu. Satu hari dia ada didatangi oleh beberapa orang pihak yang tidak dikenalinya. Mereka ada bertanya Zam perihal tentang premis perniagaan miliknya itu. Zam menyatakan yang dia ada berhasrat hendak membinanya semula tetapi waktunya saja belum tiba. Mereka pun memberitahu mereka semua datang daripada sebuah badan pembiayaan bagi membantu para pemilik perniagaan yang sedang menghadapi masalah. Mereka menyarankan agar Zam mendaftarkan nama dengan pihak mereka. Segala urusan seperti masalah kos pembiayaan perniagaan akan mereka uruskan. Ternyata Zam begitu berminat pula. Dalam waktu yang sama dia seakan sedikit teragak agak melihat gayanya. Dia bersetuju untuk menurunkan tandatangan di sekeping borang pendaftaran yang ada disediakan. Zam telah dijanjikan akan mendapat maklumbalas sejurus selepas dua minggu kemudian selepas itu. Semenjak dari hari itu hatinya merasa lega serta berlapang dada. Dia tidak lagi terkejar ke sana ke mari seperti dulu. Dia ada juga berbincang dengan beberapa pengusaha lain di situ. Mereka semua turut memberi sokongan serta berjanji akan turut membantu sekadar termampu oleh mereka semua. Tambahan lagi Zam mereka cukup kenali sedari dahulu lagi. Calang calang Anak Muda seperti Zam ada di kampung ini.
         Setelah genap dua minggu Zam ada menerima sepucuk surat datang daripada sebuah badan yang berdaftar di bawah nama Badan Pertubuhan Pembangunan Koperasi Untuk Kebajikan & Sosial Anak Watan beralamat terletak di Daerah Bandar Chulan Anak. Dia pun menghadirkan diri ke alamat tersebut sepertimana yang ditulis. Setelah berjumpa dengan seorang Pegawai Bertugas di pejabat itu Zam pun diminta mengisi sekeping borang permohonan bagi memohon Bantuan Pembiayaan Dana Khas.
         Sepetang Zam termenung sambil memikirkan berkenaan bantuan Dana Khas yang telah diterimanya itu. Duit bantuan sejumlah sebanyak RM20,000-00 mungkin masih kecil jika dibandingkan dengan anggaran taksiran untuk membaikpulih perniagaan lamanya dahulu itu. Dia namun begitu tidak akan sekali kali mengabaikan segala kepentingan perniagaan miliknya itu. Dalam pada itu hatinya sedikit merasa lega setelah segalanya selesai. Zam pada malam ini ada berjanji dengan seorang kawan hendak bertemu di samping untuk meraikan kejayaannya mendapat duit bantuan Dana Khas itu. Ternyata Zam seorang sahabat yang baik hati serta pula cepat mengenang budi. Tidak hairanlah mengapa dirinya sering saja didambakan kawan kawannya yang lain. Tidak melampau jika dikatakan Ahmad Zamhuri memang Bijak berkawan dan serta pandai pula mengurus diri. Ramai teman teman telah mengikut jejak langkahnya itu. Yang pasti dia tidak lagi lekang dari ditagih kawan kawan setelah dia kini sudah bergelar seorang mekanik mahir sekarang.

TERSENDIRIWhere stories live. Discover now