♡4♡
*****DUA TAHUN BERLALU.
Mei 04,
T.A.R,
MOTORSPORT EVENTS CIRCUIT,
BANDAR CHULAH,
SPORTS COMMUNITY CENTRAL.MENGENANGKAN kembali hasrat serta impiannya untuk menjadi salah seorang Penunggang Superbike Terbaik di masa lalu pada hari ini Ahmad Zamanhuri merasakan dia bagaikan sedang bermimpi di siang hari pula bila dia merasakan. Sudah jenuh berbagai perlumbaan telah disertainya. Namun pada hari ini dia bakal berhadapan dengan satu tugas berat setelah M.R.A SPORT EVENTS TEAM pasukan yang telah ditubuhnya hampir dua tahun lalu sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir secukupnya lantaran mereka yang sedia ada selama ini telah beralih arah berpindah ke pasukan lain yang lebih handal lagi. Memandangkan kekurangan tersebut Ahmad Zamanhuri dia merasakan ada perlunya dia bersepakat dengan rakan sepasukannya yang lain untuk menggembelengkan seluruh tenaga dan kepakaran bagi mencapai kemenangan di dalam satu perlumbaan yang bakal berlangsung hanya tinggal beberapa hari saja lagi nanti.
Hari ini di T.A.R Motorsport Events Circuit jelas kelihatan penuh dengan pengunjung yang datang bagi menyaksikan satu perlumbaan Superbike Motorsikal Berkuasa Tinggi di Litar Lumba ini pada pagi ini. Ahmad Zamanhuri dia berserta sekumpulan ahli Pasukan M.R.A SPORT EVENTS TEAM yang lain mereka semua kelihatan sedang begitu bersiap sedia untuk menghadapi satu perlumbaan agak sedikit mencabar pasukannya pada kali ini. Jelas dapat dilihat di seraut wajah Anak Muda itu seakan ada sedikit kemelut sedang melanda di hati sanubarinya di saat ini. Ahmad dia sambil tenang sahaja kelihatan sedang memberi sedikit taklimat kepada semua ahli ahli anggota pasukan miliknya itu sebelum memulakan perlumbaan yang akan berlangsung untuk bila bila masa sahaja lagi nanti. Pasukan M.R.A SPORT EVENTS TEAM kali ini mereka semua jelas memperlihatkan kesungguhan mereka untuk merampas kembali kedudukan No.1 di dalam Arena Sukan Permotoran Kuasa Tinggi tempatan di sini. Pihak Uruselia Pertandingan kali ini kelihatan telah pun bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan sekarang. Ahmad Zamanhuri dan serta krewnya yang lain mereka semua kelihatan tenang sahaja memerhatikan dua peserta pasukan mereka sedang bersiap sedia sambil berada di atas Litar Lumba di ketika ini. M.R.A SPORT EVENTS TEAM mereka semua telah pun memilih seorang Pelumba bertaraf Profesional untuk menyertai perlumbaan di dalam penganjuran pada kali ini. Selain Alexander Xiang seorang lagi perserta baru diketengahkan di dalam perlumbaan pada kali ini ialah Peter Kocjhack yang telah pun berjaya disambar mereka dari Pasukan The Red Yell Motorsports Team tidak lama baru baru ini. Anak Muda berusia 21 tahun itu sudah pun berjaya menjuarai Perlumbaan SuperMoto High Performance Series di Litar Lumba ini sebanyak 3 kali sepanjang kerjayanya itu sehingga ke setakat ini. Dialah sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai di kalangan para peminat sukan permotoran di sini pada hari ini. Pertaruhan besar M.R.A SPORT EVENTS TEAM pada kali ini jelas membuktikan betapa mereka semua benar benar ingin menebus kembali maruah mereka yang sudah tercalar ketika sebelum ini. Perlumbaan sedang rancak berlangsung di atas Litar Lumba di ketika ini kelihatan Pasukan M.R.A SPORT EVENTS TEAM masih lagi ketinggalan di kedudukan tempat ke dua berada di belakang peserta dari Pasukan Yamaha Team Spirit Motorsport Robert Todvan yang pada ketika ini masih unggul berada di hadapan. Di tempat ke tiga pula ialah seorang lagi perserta dari Pasukan The Red Yell Motorsport Team yang sedang masih meninggalkan peserta peserta lain jauh berada di belakang. Perlumbaan sebanyak 13 pusingan itu sudah pun melepasi ke pusingan yang ke 10 di ketika ini. Manakala Alexander Xiang dia pula masih lagi kelihatan berada jauh di belakang bersama sama kelompok yang lain.
Sukar untuk digambarkan lagi oleh Ahmad Zamanhuri. Keputusan yang begitu memeranjatkan semua pihak telah pun terjadi dan menyebabkan dirinya mungkin dipandang serong pula nanti. Memang menjadi lumrah di dalam setiap perlumbaaan walau di mana mana sirkit sekali pun. Ahmad Zamanhuri dia sendiri tidak mungkin menafikan akan kebenaran yang sedang disaksikan di ketika ini. Yang pasti dia dan serta juga rakan rakan lain di M.R.A SPORT EVENTS TEAM seharusnya merasa syukur dengan kemenangan telah diraih mereka semua di pagi ini. Kejayaan Peter Kocjhack merampas kedudukan tempat pertama di saat saat akhir perlumbaan setelah berjaya memintas Robert Todvan dari Pasukan Yamaha Team Spirit Motorsport telah melayakkan dirinya untuk menaiki Podium sekali lagi buat kali ke 4 berturut turut di dalam perlumbaan kali ini. Robert Todvan yang heboh diperkatakan ramai sebelum ini bakal mampu merampas kedudukan tempat teratas di dalam ranking keseluruhan Siri Perlumbaan ini nampaknya sekali lagi terpaksa tunduk kepada musuh ketatnya itu di dalam perlumbaan ini. Ternyata Peter Kocjhak telah berjaya menafikan segala desas desus yang menyatakan prestasinya bakal mengalami kemerosotan berikutan keputusannya menyertai Pasukan M.R.A SPORT EVENTS TEAM di dalam Kejuaraan kali ini. Segala khabar angin yang bertiup kencang ketika sebelum kejuaraan ini berlangsung telah berjaya diatasinya dengan kemenangan di tempat pertama kali ini. Peter dia juga telah berjaya mencatat satu rekod baru kejuaraan pada kali ini dengan berjaya mencatat masa terpantas 1:35:34s. Sementara Robert Todvan dia pula hanya mampu berjaya mencatat masa kedua terpantasnya dengan catatan 1:35:40s dan berada di tempat ke dua. Manakala di kedudukan tempat ke tiga pula telah direbut oleh Ahmad Akhtar seorang Pelumba dari Pasukan NAZA Super Sport Team Racing setelah motorsikal yang ditunggangi Pelumba dari The Red Yell Motorsport Team telah mengalami sedikit kerosakan enjin ketika sedang berada di pusingan yang ke 12. Ahmad Akhtar juga dia turut berjaya mencatat masa terpantas peribadinya di dalam Kejuaraan Perlumbaan SuperMoto High Performance Siries pada kali ini dengan catatan terpantasnya kira kira 1:35:45s iaitu hanya 4 saat sahaja ketinggalan di belakang pemenang di tempat ke dua di dalam Kejuaraan ini. Kejayaan Peter kali ke 4 berturut turut pada kali ini membuktikan kewibawaan tahap Profesionalisma dirinya secara jelas di mata umum amnya. Tidak salah kalau dikatakan Ahmad Zamanhuri seorang yang bijak membuat perancangan dan serta pandai pula mengatur strateji dalam memburu kemenangan di setiap kejuaraan disertai mereka ketika sebelum ini. Rancangannya memilih Peter Kocjhak di saat saat akhir menjelang Kejuaraan jelas membuktikan kewibawaan peribadinya dan juga dilihat sebagai begitu matang pula di dalam membuat satu keputusan. Rata rata mengucapkan tahniah serta syabas kepada Ahmad Zamanhuri di dalam satu Wawancara Ringkas oleh dari Wartawan i-knews.com di dalam satu Sidang Akhbar.
YOU ARE READING
TERSENDIRI
Espiritual@Qalby.com @HasanatulQalby.com @prevent.com @prevention2008.com mokhtarabdullah@69gmail.com @idsideal.com @same2U.com SAME2U.COM # Lewat hari hari mendatang bakal Ku lalui tanpa kau di sisi. "Mengapa mesti ada orang lain!" "Aku harap jangan ada dust...