♡3♡
*****RENUNGANNYA itu seolah olah sedang meniti di dada langit malam yang seakan memerhatikan dirinya di ketika ini. Suasana di malam keraian itu kelihatan agak bertambah seri lagi dengan kehadiran orang tak disangkanya akan turut sama datang ke mari. Zam sambil duduk di sebuah bangku ada di luar premis dia memandang ke arah kawan lamanya itu. Kelihatan mereka semua duduk bergembira sambil berborak berbual sesama mereka serta berseronok pula. Dia meneguk sedikit minuman sambil di pegang ada di tangannya untuk seketika. Belang belang itu matanya terus tertumpu penuh kepada Gadis Bertudung Pinjung Simpul itu. Dari arah luar dia merenung dalam kepada teman lamanya itu. Timbul sedikit rasa iri di dalam hatinya melihat keakraban di antara mereka sesama mereka semua. Zam teringin sekali dia beramah mesra dan berserta bersama tetapi terasa janggal diri pula. Sementelah lagi sudah lama betul mereka berdua tidak berjumpa bersama sama. Jika dahulu mereka berdua ibarat merpati dua sejoli ada bersama walau di mana mana. Semenjak dirinya terbungkam sambil di rumah duduk seorang diri. Tiadalah lagi kedengaran kecoh mesra antara mereka berdua sehingga kini. Bertahun juga Ahmad Zamhuri dia duduk menyepi sambil bersendirian mencari punca ikhtiar untuk membaikpulihkan Bengkel Motornya itu sebelum ini. Sambil melayan kepala sambil dia duduk di luar. Dia mengelamun seketika sambil mengingatkan kembali kenangan sewaktu mereka bersama sama dahulu. Dalam dia sedang ralit itu tiba tiba datang Ahmad Zahayan sambil menegurnya dengan berkata.
"Hei! Bro! Apasal ni?"
"Takkan...sorang sorang aje?"Tegur kawannya itu. Zam ranjat dia seketika. Lalu dia pun berkata.
"Dengan engkau...dah kira berdua apa?"
"Engkau dah nak pulang ke?"Jawabnya sambil bertanya kembali dengan sedikit berseloroh pula.
"His! Engkau! Malam masih muda...apa?"
"Aku berseronok pun belum habis lagi!"
"Engkau plak...apasal! Dah macam mati bini aje gaya engkau ni?"Tanya Ahmad sedikit mengusik bunyi gayanya pula. Zam dia tidak sekali kali pernah mengambil hati bila bergurau dengan kawan kawan. Namun pada malam ini dia menjadi agak sensitif pula entah kenapa. Jarang sekali dia begini ketika sebelum ini. Mungkin masalah desakan nalurinya itu di ketika ini membuatkan dia ingin sekali ketemu dengan gadis pujaan hatinya itu barangkali. Zam bila dia tersedar cepat cepat dia bersuara dengan bertanya kembali kepada Ahmad Zahayan sambil bertanya.
"Habis! Engkau! Dah kenyang dah?"
"Bawaklah...makanan untuk Aku sikit! Aku pun...nak merasalah jugak!"
"Apalah...punya majlis?"Ahmad Zahayan dia terbeliak biji matanya mendengar kata kata Zam itu. Lalu dia pun terus berbunyi.
"Laah! Apa pulak Aku?"
"Engkaulah sepatutnya! Apa Aku plak?"
"Dia punya majlis...Kita pulak yang salah! Apa penya tuan punya majlis! Macam ni pun...ada jugak ka?"Balas Ahmad kembali bila dia tersedar. Zam pun lalu berbunyi dengan berkata kepada kawannya itu.
"Alah! Engkau tolong Akulah kiranya! Takkanlah...itu pun susah?"
Katanya lagi sambil menduga pula gayanya. Ahmad pun lalu dia berkata.
"Engkau tunggu haa! Aku pergi dapatkan!"
Tidak lama sebentar datang Ahmad bersama dua bekas makanan sambil ditatang ada di kedua belah tangannya. Satu untuknya dan satu lagi untuk Tauke Motor yang baru saja keboh dari demam inflasi tidak lama baru baru ini.
"Satu untuk Aku! Dan...Satu untuk engkau!"
"Amacam?"
"Boleh jalan...sekarang?"Belang menyuap makanan seketika Zam dia menjeling kepada Ahmad yang memang seorang kaki menyangkat kawan kawan. Zam hampir hendak tergelak dia bila melihat Ahmad Zahayan sudah pun sepi dengan sepinggan Mee Hoon Ayam Goreng Tomato ada dipegang sambil di tangannya. Melihatkan minuman terlupa pula dibawa bersama. Sebentar lalu dia pun berbunyi.
"Engkau...minuman pun tak dibawa bersama! Aku...dah nak tercekik sekarang!"
Rungut Zam sambil penuh rumbu makanan di dalam mulutnya. Ahmad dia pun lalu cepat cepat berbunyi.
"Oh! Biar...Aku tolong ambilkan! Terlupalah pulaknya tadi!"
Balas Ahmad pula seraya berlari masuk ke dalam. Sebentar Ahmad datang kembali bersama dua gelas minuman sambil dibawa di kedua belah tangannya.
"Nah! Ha! Aku sebutir...Engkau sebutir!"
Kata Ahmad sambil mengunjukkan segelas Air Bandung Biji Selasih kepada kawannya itu.
"Oo...Thank you!"
"Aku sutir dan engkau sutir! Cantik! Cantik!"Bunyi Zam pula sambil turut berjenaka sama. Ahmad dia sudah tidak khabar ingat apa apa lagi di Waktu ini dan terus menyuap Mee ke dalam mulut tanpa berbunyi sepatah haram pun lagi. Selesai saja masing masing pun lalu bersandar kekenyangan sambil sambil duduk berehat di situ. Sebentar datang Fadzli memberitahu acara sudah mahu bermula. Mereka semua terus bergegas masuk ke dalam sambil berkumpul di dalam premis itu. Ahmad Zahayan seketika mencuit lengan baju Zamhuri ada sambil sedang berdiri di sebelahnya. Zam terperanjat dia seketika kelihatannya. Ahmad Zahayan lalu dia mengajukan telunjuknya ke arah Gadis berbaju Biru Laut dan berseluar Jeans Gelap ada berdiri berdekatan di situ. Zam dia tiba tiba saja berubah air muka sambil memandang. Lidahnya kelu tidak terkata bila memandang Gadis itu. Dia pun bersuara sambil bertanya kepada Ahmad dengan berkata.
"Apa...Kau tau ceritanya?"
"Aku...Dah lama tak jumpa dia! Hari ni Aku baru dapat lihatnya semula...kau tau?"Ujar Zamanhuri sambil mengeluh saja bunyi gayanya. Ahmad tersenyum dia memandang temannya itu. Lalu Ahmad pun berkata.
"Aku jadi engkau...Aku tegur aje! Bukan luak apa apa pun!"
"Mana tau...Durian nak runtuh tak pernah bagi Salam pun!"Usul Ahmad kepada temannya.
"Ha! Ye laa! Kalau tak...Habis hensem Aku kang?"
"Mana Aku nak taruk muka Aku nanti?"Balasnya sambil sedikit mencari jalan selamat pula. Ahmad tergelak seketika dia mendengarnya. Habis satu premis berpaling memandangnya. Zam menggelabah juga dia jadinya. Sementara Ahmad Zahayan pula dengan selamba saja berkata.
"Sorry my friends...Tersasul sebentar tadi!"
"Go a head...pleased!"Zam menggaru kepala dia memandang kepada Ahmad Zahayan. Di dalam hati mahu saja dia cabut lari dari situ. Gadis itu memandang seketika kepadanya sambil tersenyum. Zam dia mula merasa panik bila terpandang Gadis itu. Mahu mendekati terasa segan. Tak nak kang rugi pulak. Dalam ralik dia berhitung kira sendirian tiba tiba.
"Awak rupanya!"
"Mana awak pergi haa?"Seseorang tiba tiba datang menegurnya. Zam lekas lekas terjaga daripada lamunan feelingnya yang entah ke mana sebentar tadi. Dia dengan muka selambanya itu lalu terus berkata.
"Ish! Ada heh! Apa plak ke mana mana plak! Saya ada dekat sini aje! Awak tu!"
"Habis! Awak?"
YOU ARE READING
TERSENDIRI
Espiritual@Qalby.com @HasanatulQalby.com @prevent.com @prevention2008.com mokhtarabdullah@69gmail.com @idsideal.com @same2U.com SAME2U.COM # Lewat hari hari mendatang bakal Ku lalui tanpa kau di sisi. "Mengapa mesti ada orang lain!" "Aku harap jangan ada dust...