Bab 2 - ★

36 3 0
                                    

Pagi Isnin, sudah dua hari selepas hari sambutan hari guru. Sudah dua hari juga kejadian Imran mengambil gambar bersama Hajar tidak diingat lagi oleh Hajar. Seolah tidak pernah terjadi kejadian tersebut dalam hidup Hajar. Tak tahulah macam mana Hajar boleh lupakan 'tragedi' dia tu. Sama ada Hajar seorang yang pelupa atau oblivious.

Pelajar asrama baru balik ke asrama selepas meluangkan masa bersama keluarga tercinta di rumah. Balik wajib bermalam, itu term yang dipanggil oleh pelajar asrama. Maka, kembalinya ke sekolah, para pelajar perlu memberi tumpuan kepada ilmu yang akan dipelajari.

Hari masih pagi. Baru pukul 7.10 pagi tapi sekolah kluster kecemerlangan itu sedikit lengang kerana murid perlu berkumpul di dewan sekolah untuk perhimpunan rasmi sekolah.

Hajar dalam perjalanan untuk pergi ke dewan, dia memilih jalan untuk melintasi bilik UPSM. Hajar MC sambutan hari guru berjalan dengan senyuman yang indah. Mulutnya menyanyi-nyanyi kecil lagu korea BTS yang diminatinya. Entah apa entah nama tajuk lagu tu.

"Hajar," Hajar berhenti betul-betul di hadapan pintu bilik UPSM. Dia memandang empunya yang memanggilnya. Siapakah gerangan yang memanggil namanya pada pagi Isnin yang nyaman ini?

"Ya Ustazah Sheika?" Kepala ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat. Baguskan Hajar ni. Ustazah Sheika yang disebut oleh Hajar itu tersenyum memandang Hajar. Ustazah Sheika rupanya.

"Hajar, sihat?" casual je ustazah ni cakap sambil bersandar pada frame pintu. Hajar senyum.

"Saya sihat je, ustazah. Ustazah?" Hajar membalas balik. Orang berbudi, kita berbahasa. Kena mengena jap.

"Ustazah siiiiiiihhhaaatttt," panjang sihat ustazah tu. Kemain. Hajar gelak. Ustazah dalam mood baik hari ni, kata Hajar dalam hati.

"Hajar, nanti jumpa saya waktu rehat ya," kata ustazah dengan lemah lembutnya. Manis sahaja senyuman yang menghiasi wajahnya. Kalau senyuman ustazah tu makanan, semut dan angkatan tenteranya dah lama kerumun bibir ustazah tu.

Ustazah Sheika ni seorang yang sangat jelita. Wajahnya ayu dan kulitnya putih melepak. Andai kata ustazah ni masih seorang pelajar dan seumur dengan Hajar, ustazah mesti dah ramai peminat keliling pinggangnya yang ramping.

Tapi itulah, ustazah ni dah kahwin. Plus, ustazah Sheika ni garang. Sangat garang. Lelaki sekarang mana nak perempuan cantik tapi garang. Jual mahal katanya. Eleh, macam lah perempuan nak lelaki yang over picky.

" Ah okay, ustazah," balas Hajar. Dia tak ada rasa curiga ke cuak ke apa. Hajar memang selalu pergi bilik UPSM sebab tugasnya atau hanya sekadar nak borak-borak dengan cikgu-cikgu UPSM.

Guru-guru UPSM memang terkenal dengan sikap garang dan tegas mereka tapi mereka ni sebenarnya peramah dan kelakar. Ada seorang guru UPSM selalu menghiburkan murid dalam kelasnya dengan sarcasm nya. Dah lah cakap sambil buat muka selamba.

Ustazah Sheika mengangguk kepala sabagai tanda memberi izin untuk Hajar pergi. Hajar menundukkan kepala sekali lagi lalu pergi ke arah dewan sekolah. Perhimpunan rasmi sekolah akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Ustazah Sheika memerhatikan Hajar sehingga kelibatnya hilang dari pandangan sambil menyilangkan tangannya di dada. Badannya masih bersandar di pintu. Matanya yang redup tertutup sebentar. Apabila matanya dibuka kembali, senyumannya menjadi pudar. Satu keluhan dilepaskan dari mulut mungilnya.

Haih.

*********

Semua orang memandangnya. Ada yang memandang dengan muka curious, muka menyampah, muka puzzled dan berbagai lagi riaksi muka. Hajar berjalan dengan biasa. Tiada riaksi diberikan ke atas pandangan-pandangan itu. Okay, mungkin Hajar ni memang oblivious.

Bukan seperti ituWhere stories live. Discover now