Bab 4 - ★

41 3 0
                                    

Sesiapa yang tak kenal Suraya, orang tu tak akan tahu yang Suraya ni selalu buat tak serupa bikin. Selepas saja dia cakap dia ada sesuatu nak bagitahu Hajar, Fadhiah menarik tangannya untuk meneruskan langkah. Yang lain mengikut Fadhiah dan Suraya untuk berjalan ke arah asrama mereka.

"Kita dah lah tak makan lagi, solat lagi. Nanti kita lambat pergi kelas permata. Nak cerita, cerita kemudian," kata Fadhiah dengan kuat supaya kesemuanya mendengar kata-katanya.

Semua orang baru teringat bahawa hari ni bukan hari Khamis atau Jumaat iaitu dua hari yang tiada kelas permata. Mereka terus mempercepatkan langkah untuk makan di dewan makan, menunaikan solat di mussola dan bergegas ke kelas permata di sekolah.

Semua berjalan dengan lancar tapi hati Hajar tak keruan untuk mengetahui perkara yang ingin disampaikan oleh Suraya.

Kembali kepada yang atas sekali, Sarah memang selalunya buat tak serupa bikin. Kenapa? Selepas sahaja habis kelas permata, Suraya laju sahaja balik ke asrama kerana dia ada janji dengan salah seorang juniornya dia dorm. Bila terjumpa di musolla untuk solat asar, Suraya memberi alasan yang mangatakan dia mahu pergi ke tandas.

Di masjid, Suraya sibuk melayan mentee dia yang sedang dalam masalah. Hajar menahan sabarnya. Tak apa, waktu prep nanti aku serang kau, Aya. Itu kata Hajar pada diri sendiri.

Malangnya pada waktu prep, baru dia sedar dia ada banyak kerja sekolah yang dia sendiri tangguhkan. Kebetulan semua kerja sekolah itu dia kena hantar esok. Terpaksa lah Hajar membatalkan niatnya untuk menyerang Suraya.

Hajar menenangkan hati. Suraya akan bagitahu dia, dia yakin. Sekarang ni, dia kena siapkan semua kerja sekolah dia. Hard work, Hajar.

**********

*Bam*

"Bila kau nak cerita kat aku hah, Aya?" tanya Hajar selepas menepuk meja Suraya. Waktu prep malam dah habis, Hajar sekarang berada di kelas prep Suraya. Kelas prep Suraya berbeza dengan mereka yang lain sebab Suraya yang pindah untuk mencari ketenangan? Entahlah. Lagipun, kawan-kawan Suraya dalam kelas prepnya macam tak nak lepaskan Suraya untuk pindah balik ke kelas prep asal.

Di sini Hajar berdiri di hadapan meja Suraya. Enam orang lagi berada di luar kelas. Memang menjadi rutin, Suraya selalu menjadi orang paling last dan mereka akan menjemputnya untuk pulang ke asrama bersama-sama.

"Cerita?" tanya Suraya kembali kepada Hajar sambil mengemas barangnya. Nampaknya Suraya lupa nak bagitahu sesuatu kepada Hajar.

"Aya.....," Hajar dah mula merengek. Dia dah lah penat nak menunggu masa Suraya nak cerita kepadanya tapi malangnya Suraya sendiri lupa.

"Oh, cerita. Aku cerita kat DM lah. Jom," kata Suraya dengan selamba. Dia membawa begnya sambil menarik Hajar keluar dari kelas prepnya itu. Dia melambai tangan kepada kawan-kawannya yang masih berada dalam kelas.

"Bye Aya! Love you!" jerit salah seorang kawan Suraya. Hajar mencebik. Suraya ni memang seorang yang disayangi ramai cuma dia sahaja yang tak perasan.

"Love you all too!" Jerit Suraya kembali. Mereka berlapan berjalan ke asrama mereka bersama-sama. Macam-maca topik perbualan diutarakan. Sampai ke pintu pagar asrama, mereka masih rancak berbual.

"Aya makan supper ke?" tanya Amira kepada Suraya. Memang selalunya Suraya suka makan supper di dewan makan. Suraya hanya mengangguk kepala.

"Aku pun makan supper hari ni," Hajar memberitahu mereka semua. Pelik. Hajar dah jarang makan supper sebab katanya nak kurangkan berat badan.

"Aik?" Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Fadhiah sambil memandang Hajar di belakangnya.

"Suraya ni ada hutang yang perlu dibayar," kata hajar bersahaja. Menu supper malam ni tak ada lah sedap mana. Tapi alang-alang nanti Suraya bercerita, dia nak lah mengunyah sesuatu.

Bukan seperti ituWhere stories live. Discover now