Tiffany terjaga dari tidurnya yang lena. Dia mendapati dirinya di sebuah taman bunga di dasar laut. Tiffany memetik sekuntum bunga ros. Dia menciumnya dan mendapati tangannya berdarah!
Anehnya dia tidak berasa sakit atau apa apa. Dia melihat sahaja darah mengalir dan jatuh ke bunga ros. Kemudian dia ternampak seorang wanita. Dia adalah Permaisuri Cecelia!
"Bonda... Kenapa bonda tinggalkan kakak? Kenapa bonda buat macam ni pada kakak??" Tiffany bertanya kepada bondanya.
"Sayang, bonda terpaksa.... Bonda terpaksa sayang. Bonda tak mati. Bonda hidup lagi. Cuma tidak ada di hadapan mata kakak je." Permaisuri Cecelia berkata lembut.
"Macam mana ni bonda? Kakak tak nak jadi Ratu Dark Ocean. Kakak tak nak... Macam mana ni bonda... Tolong kakak...." Tiffany memeluk bondanya sambil menangis.
Permaisuri Cecelia mengusap lembut rambut puterinya. "Sayang, bonda tak sanggup sebenarnya nak buat macam ni. Tapi kalau bonda tak buat, Vregsella Ocean dalam bahaya."
Tiffany mendongak melihat wajah Permaisuri Cecelia yang tersenyum manis. "Jadi, macam mana ni?" Tiffany bertanya soalan sama kepada bondanya.
"Kakak kena lawan kuasa gelap tu sendiri. Bonda tau. Kakak mesti boleh. Jangan putus asa... Bonda sentiasa support kakak..." Permaisuri Cecelia memujuk puterinya.
"Baik bonda. Tiffany pergi dulu." Tiffany melepaskan rangkulannya pada Permaisuri Cecelia dan berlalu pergi...
YOU ARE READING
Vregsella Ocean's Princess Secret
FantasyJauh di dasar laut, ada sebuah kerajaan duyung yang diberi nama Vregsella Ocean. Ini kisah tentang puteri mahkota Vregsella Ocean. Dia terperangkap di dalam jerat ibunya sendiri yang memaksanya menipu adik kembarnya sendiri. Mampukah puteri duyung...