Setelah beberapa minit, Lily dan Katty dikenakan hukuman. Mereka berdua pergi dengan marah. Cik Julie hanya menggeleng memerhati gelagat dua gadis pembuli itu.
Malam itu di Vregsella Magical Castle....
Keempat empat gadis itu bercadang mahu tidur di istana. Ketika mereka dalam perjalanan menuju ke bilik tidur kembar Alexandra, tiba tiba satu kuasa magis gelap menidurkan semua orang di istana kecuali Tiffany.
"Apahal ni? Ni kan kuasa magis hitam? Kenapa aku tak kena?" Di kala Tiffany dilanda kebuntuan, tiba tiba kedengaran suara seorang wanita meminta pertolongan.
"Tolong, sesiapa.... Tolonglah....." Tiffany pantas mencari punca suara itu. Ianya dari dewan istana! Apabila dia tiba di situ, kelihatan Permaisuri Cecelia sudah mahu lenyap. Tiffany hairan dan takut.
Dia takut kehilangan ibunya. Dan juga, hanya orang yang dipengaruhi kuasa magis gelap sahaja boleh lenyap sebegitu.
Permaisuri Cecelia ternampak Tiffany yang terkaku di pintu dewan besar itu. Tangannya menggapai gapai memanggil Tiffany dengan lemah. Tiffany pantas mendapatkan ibunya dan cuba melepaskan ibunya dari kuasa gelap.
"Tiffany.... Pegang tangan ibu nak...." Air mata Tiffany mula mengalir. Tangan ibunya dicapai dan sebaik sahaja dia menyentuh tangan ibunya, Permaisuri Cecelia terus lenyap.
Tiffany terduduk. Gadis itu menangis semahu mahunya. Mukanya ditundukkan. Air matanya bagai tidak mahu berhenti. Dia teresak esak sendiri. Tiba tiba kedengaran satu suara memanggil namanya.
"Tiffany Olivia Alexandra...." Tiffany mengangkat mukanya. "Si... Siapa tu???!" Tiba tiba muncul seorang lelaki berjubah hitam.
"Kau anak Erika kan?" Lelaki itu mempunyai suara yang sama seperti suara yang memanggil namanya tadi. "Tak, mak aku Cecelia. Siapa kau?" Tiffany mula berjaga jaga. Manalah tau lelaki tu nak serang ke.
"Jangan bimbang, aku takkan apa apakan kau. Takkan aku nak apa apakan pewaris takhta kerajaan yang aku duduk sendiri kan?" Kata kata lelaki itu menimbulkan tanda tanya kepada Tiffany. "Dan, tidak. Nama mak kau bukan Cecelia. Nama betul dia adalah Erika. Ratu Erika. Dia adalah ratu Dark Ocean. Sebuah kerajaan gelap."
Tiffany hairan. "Kau tipukan? Keturunan Dark Ocean mana boleh kahwin dengan Vregsella Ocean. Kuasa gelap mana boleh bergabung dengan kuasa magis. Macam aku tak tau." Tiffany menggeleng kepalanya.
Tiba tiba lelaki itu tersenyum sinis. "Kau sentuh tangan dia tadikan? Hmph. Itu maknanya dia serahkan Dark Ocean pada kau. Dan kau,akan ditabal menjadi Ratu 10 tahun lagi. Sama ada kau suka atau tidak. Ia tetap akan terjadi."
Habis sahaja lelaki itu berkata kata, kolar leher kegemaran Tiffany bertukar dari putih menjadi hitam. "Hei, kenapa ni?! Kenapa kolar aku bertukar????!!" Lelaki itu ketawa sinis.
"Itu menandakan yang kau adalah pewaris kami. Selamat tinggal, The Chosen." Lelaki itu hilang sebaik sahaja menghabiskan kata katanya.
"Tunggu...!" Pandangan Tiffany mulai gelap dan dia pengsan di dalam dewan itu.
5 tahun kemudian...
Di dalam kelas 2 Tulip, Tiffany sedang sibuk mencari bahan untuk folio sejarahnya. Bukan dia sahaja, Taffy, Irny dan Rin juga sedang sibuk mencari bahan. Satu kelas juga sebegitu.Kelas 2 Tulip dalam keadaan yang senyap. Hanya kedengaran ketukan pada papan kekunci laptop mereka sahaja kedengaran. Hampir 1 jam dalam keadaan sebegitu, loceng berbunyi menandakan sudah waktu rehat.
Keempat empat gadis itu berjalan menuju ke Kafe Vregs.
Kringggg!!!!
Loceng berbunyi menandakan rehat selama 30 minit sudah pun tamat. Mereka pulang ke kelas untuk mata pelajaran seterusnya.Tiffany, Taffy, Irny dan Rin membawa cawan air masing masing. Tiffany membawa Cadbury Chocolate Drink. Taffy membawa Nestum. Irny membawa Cotton Candy Frappucino manakala Rin membawa Oreo O Frappucino.
Apabila sampai di kelas, mereka terus melabuhkan punggung masing masing diatas kerusi. Ekor pula tersadai di bawah kerusi.
5 minit selepas semua murid masuk, Puan Teressa masuk. Beliau merupakan guru Sains. Dia terus memulakan pelajaran.
KRINGGGG!!!!!
Loceng berbunyi menandakan berakhirnya waktu sekolah. Dua pasang kembar yang sememangnya kemana mana bersama itu keluar sambil bermain telefon.Seorang pemandu lelaki diarahkan untuk mengambil mereka disekolah. Sebaik sahaja mereka keluar, mereka masuk kedalam kereta kuda laut yang mewah.
Di Vregsella Magical Castle...
4 ekor duyung sedang bersantai sambil tonton TV di dalam bilik Tiffany dan Taffy. Mereka makan snek ringan seperti Mr. Potato, Twisties, Pocky dan lain lain.Mereka sebenarnya bosan. Tak taulah nak buat apa. Jadi, mereka ambil keputusan untuk bermalas malasan. Ianya hujung minggu lagipun. Irny dan Rin sememangnya tinggal di kawasan istana.
Ibu bapa mereka ialah menteri besar. Tapi, kebiasaannya mereka tidur di bilik kembar Alexandra sahaja kerana ibu bapa mereka sibuk memanjang. Tapi masih ada banyak masa yang diluangkan oleh ibu bapa mereka pada kembar Rebbeca itu.
Hampir 2 jam dalam keadaan macam gitu, Tiffany mulai bosan. Dia melihat yang lain sedang enjoy. Jadi, dia pun sambung bermalas malasan.
Malam itu...
"Cepat! Siap cepat!" Tiffany menjerit menyuruh 3 orang gadis lain yang kelam kabut bersiap. Mereka ada makan malam bersama golongan bangsawan, kerabat diraja dan kerajaan berdekatan. Itu yang kelam kabut semacam tu.Setengah jam kemudian...
Kesemua gadis itu siap mengenakan pakaian masing masing. Pakaian puteri duyung agak berbeza dari puteri biasa.Ekor Tiffany disaluti serbuk kilau yang sememangnya ada sejak dulu lagi. Bajunya mempunyai skirt labuh berkilauan. Mahkota emas kebanggaan Vregsella Ocean terletak elok di atas kepala Puteri Mahkota itu.
Taffy, si adik. Ekornya berkilauan juga. Dress seperti kakaknya cuma skirtnya pendek. Cucuk sanggul kebanggaan Vregsella Ocean tersemat di sanggul puteri itu.
Irny, anak perempuan Menteri besar Vregsella Ocean. Ekornya sedikit berbeza. Ekornya tidak ada kilauan tapi ada warna warni. Pelangi muncul sepanjang jalan ketika dia berenang.
Akhir sekali, Rin. Lebih kurang seperti kakaknya tetapi ada sedikit perbezaan. Jika kakaknya tidak ada apa apa dikepala, dia mengenakan cekak emas.
Mereka menjadi tumpuan apabila tiba di dewan utama. Dengan kecantikan tiada tandingan, kulit yang mulus, rambut hitam keperangan, leher jinjang dan kulit putih teramat, Tiffany menjadi tumpuan utama.
Kebetulan, Lily dan Katty juga hadir ke makan malam itu. Mereka antara golongan bangsawan. Lily mengetap bibirnya melihat Tiffany menjadi tumpuan.
Dia sebenarnya cemburu melihat Tiffany. Pangkat ada, kulit putih mulus, leher jinjang, langsing. Dan bermacam macam lagi kelebihan yang Tiffany ada.
Dia cuma kaya dan cantik sahaja. Cantik pun biasa je. Tu pasal yang dia dengki gila dengan Tiffany.
YOU ARE READING
Vregsella Ocean's Princess Secret
FantasiJauh di dasar laut, ada sebuah kerajaan duyung yang diberi nama Vregsella Ocean. Ini kisah tentang puteri mahkota Vregsella Ocean. Dia terperangkap di dalam jerat ibunya sendiri yang memaksanya menipu adik kembarnya sendiri. Mampukah puteri duyung...