Perlawanan

237 10 0
                                    

Mereka tiba di tempat penyembunyian seluruh Vregsella Ocean. Tiffany menutup pandangan pihak lawan yang sedang sibuk menghancurkan bandar. Mereka tidak boleh nampak tempat persembunyian seluruh Vregsella Ocean.

Kerajaan Vivian Ocean juga berada disitu. Lucas, Leo, Raja Robin dan Ratu Lucy sedang berbincang. Mereka ternampak Tiffany. "Tiffany! Apa strategi kita? Apa kau nak buat..." Lucas memandang Tiffany dari atas kebawah.

"Pahal?" Tiffany bertanya soalan bodoh. Dah sah sahlah sebab rambut dah lain. Apalah. "Kenapa dengan rambut kau?" Lucas bertanya. "Nantilah! Apa plan korang? Aku ikut je." Tiffany mengalih topik.

"Okey first...." Mereka berbincang sesama sendiri.
Beberapa jam kemudian...
"Okey! Mari kita mulakan plan. Lawan habis-habisan! Jangan cepat putus asa!" Tiffany menjeritkan kata kata semangat. "Jom!"

Mereka keluar secara senyap senyap. Pihak musuh tidak mnyedari apa apa. Tiffany tahu di mana ketua mereka, siapa dan namanya. Nama ketua mereka adalah Fiona Ammor. Yup. Dia perempuan.

Suasana senyap sunyi. Tiba tiba, Tiffany sudah berada di belakang Fiona dan pedang berlian pinknya berada pada leher Fiona. Kesemua askar Dark Ocean terkejut. Fiona berasa susah untuk bernafas.

"Tiffany... Ratu kami..." Fiona tersenyum sinis. "Tak!! Aku bukan ratu korang!!! Bukan!!!" Tiffany menjerit. Fiona mahu gelak tetapi tidak boleh kerana pedang Tiffany masih dilehernya.

"Ratu? Apa dia maksudkan, Tiffany?" Irny yang sedang menahan seorang askar Dark Ocean bertanya. "Nantilah!" Tiffany membalas sebelum Fiona tergelak-gelak. Tiffany mengetatkan kawalannya. Fiona memberhentikan gelaknya.

"Buat pengetahuan korang, Tiffany akan jadi ratu kitorang lusa. Permaisuri Erika atau yang korang kenali sebagai, Cecelia dah serahkan kerajaan Dark Ocean pada dia!" Fiona memberitahu mereka semua.

"Betul apa dia cakap, kakak?" Mata Taffy sudah berkaca. Tiffany berasa berat hati sebelum mengangguk. "Kenapa kau tak bagitau kitorang???!!!" Lucas mengamuk.

"Aku... Aku..." Apabila menyedari Tiffany sudah lemah, Fiona menyiku perutnya dan melepaskan diri. Tiffany terbongkok seketika sebelum menghunuskan pedangnya ke arah Fiona.

Fiona laju mengeluarkan pedangnya pula. Pedang mereka berlaga. Ini menandakan perang sudah bermula! Irny dan yang lain berlawan dengan konco konco Fiona manakala Tiffany berlawan dengan Fiona.

Di sudut lain...
Taffy sedang sibuk menghunuskan pedangnya pada raksasa raksasa laut. Kadangkala dia menggunakan kuasanya apabila terlalu ramai. Air matanya sudah melimpah tanpa henti.

Irny sedang sibuk mengejar raksasa raksasa yang cuba melarikan diri. Rin sibuk menggunakan tongkat saktinya. Lucas, Leo, Ryan dan Raykal juga sibuk berlawan.

Tiffany dan Fiona masih berlawan pedang. Bunyi hunusan pedang dan bunyi pedang berlaga memenuhi tempat mereka bertarung. Mereka bertarung sebegitu sehinggalah pedang Fiona tercampak jauh.

Tiffany menghapuskan pedang itu dan menyimpan pedangnya. "Jom, lawan kuasa." Tiffany mengajak Fiona berlawan kuasa. Fiona kelihatan akan menggunakan Ocean Beast miliknya.

Oh, lupa nak bagitau. Semua yang terpilih memiliki Ocean Beast. Semua yang terpilih boleh memiliki sebanyak mungkin Ocean Beast. Tiffany punya yang paling kuat iaitu, Killer Blood Whale.

Tiffany juga mengeluarkan Ocean Beastnya. "As a user of Ocean Beast, I call you, Rorize, the God of Dragon!" Keluar seekor naga air hitam yang besar dari tapak tangan Tiffany.

"As a user of Ocean Beast, I call you, Xifo, the Leader Of Snake!" Fiona mengeluarkan Ocean Beastnya. Xifo keluar dari cincin hitam di jari manis Fiona.

Vregsella Ocean's Princess SecretWhere stories live. Discover now