Pencarian Bahan

245 9 0
                                    

Esoknya, mereka bertiga keluar mencari bahan bahan. Mengikut Flip, Bunga Red Horika ada pada sebuah pokok di hujung Yoota Forest.

Di hujung Yoota Forest, dikatakan ada seorang duyung sihir yang menjaga pokok itu. Namanya Triny. Triny seorang duyung sihir yang cantik. Dia juga baik hati. Cuma dia akan jaga dan serahkan Bunga Red Horika kepada orang yang dia mahu saja.

30 minit kemudian...
Mereka tiba di hujung Yoota Forest. Di situ, kelihatan Pokok Horika. Pokok yang ada Bunga Red Horika. Kelihatan sebuah rumah terbina di sebelah Pokok Horika itu.

Mereka pergi kerumah itu. 'Tok tok tok!' Tiffany mengetuk pintu. Pintu dibuka dan kelihatan seorang duyung muda. Mungkin 2-3 tahun lagi tua dari Ilya?

"Awak Tiffany Olivia Alexandra kan?" Duyung itu bertanya. "Ye, sayalah tu" duyung itu tunduk hormat. "Awak Triny kan?" Tiffany pula bertanya.

"Ye! Sayalah tu! Erm... Apa hajat tuan puteri datang ke sini?" Triny bertanya dengan takut takut. Mungkin hormat kepada Tiffany sebagai Puteri Mahkota?

"Boleh kami ambil 5 kuntum Bunga Red Horika?" Tiffany meminta kebenaran. "Boleh! Saya ambilkan!" Triny segera keluar dari rumahnya dan pergi ke Pokok Horika.

Mulut Triny terkumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian pokok itu bergoyang, menjatuhkan 5 kuntum Bunga Red Horika. Dia mengucapkan terima kasih kepada pokok itu.

"Nah, ambillah!" Triny menghulurkan 5 kuntum Bunga Red Horika. "Terima kasih, Triny!" Serentak mereka bertiga mengucapkan terima kasih.

Mereka meneruskan perjalanan ke Lembah Yawagisha. Di situ, ada pokok Oyuta, pokok seribu tahun. Rantingnya agak sukar untuk mengambilnya.

Mereka tiba di tepi Lembah Yawagisha. Pokok itu ada di tepi itu. Tiffany berenang dengan perlahan kerana rantingnya sangat sedikit. Dia perlu cari dengan berhati hati.

Beberapa minit kemudian...
"Hah! Ada 4 batang! Bagus!" Tiffany mencabut ranting ranting yang dijumpai. Dia memasukkan ke dalam karung.

Seterusnya, Cawan Seribu Guna. Ianya ada di kedai di pintu masuk Yoota Forest. Kedai itu dijaga oleh kembar seiras. Nama mereka adalah Lina dan Luna. Dua ekor duyung yang cantik molek.

Mereka tiba di Bazar Yanawisha. Kedai itu di hujung bazar itu. Mereka pergi dan tiba giliran Ilya pula untuk bercakap. "Hai! Saya mencari Cawan Seribu Guna. Ada tak kat sini?" Ilya menyapa mesra.

Malangnya, Lina dan Luna hanya menunjukkan dengan kepala mereka sahaja. Muka juga masam saja. Ilya mengambil Cawan Seribu Guna.

"Harga dia berapa ye?" Ilya bertanya dengan lembut. "Tak nampak ke? Buta? Kan kat situ dah tulis 20 Vregs?" Lina, si berambut afro menjawab kasar.

Ilya sedikit terguris. Dia mahu membuka mulut. Tetapi dihalang oleh Tiffany. "Ehem! Dia tanya elok elok kan?" Tiffany ke kehadapan, sebentar tadi, Lina dan Luna tidak nampak Tiffany ada di belakang Ilya.

"Eh! Ye... Ye.. Memang dia tanya elok elok.... Tapi dia takkan tak nampak kat situ dah tulis 20 Vregs, Tuan puteri?" Luna dan Lina segera bangun dan berdiri tegak.

"Tulisan cakar ayam, tak jelas dan sukar dibaca. Padanlah takde pelanggan." Flip pula membebel. Lina dan Luna tertunduk malu.

"Nah, 20 Vregs kan?" Flip menghulurkan duit. Lina mengambil dengan ucapan terima kasih.

Yang terakhir, Selendang Puteri Berendam. Tiffany tahu selendang itu dijual di sebelah gerai Lina dan Luna. Kali ini, triplets atau kembar tiga. Lyiah, Lysa dan Lyana.

Berbeza dengan Luna dan Lina, mereka amat ramah. Kedatangan Tiffany juga disambut mesra. Tiffany tersenyum manis.

30 minit kemudian...
Mereka tiba di istana Ilya. Upacara menguatkan kuasa Tiffany harus bermula sekarang juga!

Vregsella Ocean's Princess SecretWhere stories live. Discover now