a

394 29 2
                                    

❀—

   chapter 6 (✧) cemburukah jungwoo?

Jungwoo menghirup latte panas nya yang masih panas itu perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. "Mana pula dia ni?" Jungwoo mengerutkan dahinya, geram dengan lelaki yang tidak tepati masa.

Telefon berjenama iPhone 7 nya dikeluarkan dari poket jaket denimnya. Aplikasi chat dibuka.

jungwoowoo
awak kat mana ni? saya dah sampai.

lucaswong99 is typing...

lucaswong99
omo jinjja!? saya ingatkan awak seen mesej saya, awak taknak datang. omo omo i'm sorry sweetie! i'll be right there, just give me a few minutes!

Jungwoo mendengus kasar lalu mematikan telefonnya. Dahinya dikerutkan, bahunya disilang ke dada. Tak guna punya lelaki. Tetapi mungkin salahnya juga sebab tak bagitau Lucas yang dia setuju untuk berjumpa dengannya.

Tiba-tiba, kerusi di depannya ditarik menarik perhatiannya. Dia memandang ke arah wajah gerangan tersebut. Dahinya yang berkerut tadi tidak lagi dikerutkan.

Lelaki tersebut kelihatan cemas. Sebaik sahaja lelaki tersebut duduk, lelaki tersebut memandang ke arahnya dan menghadiahkannya sebaris senyuman lebar. Lelaki tersebut membetulkan rambutnya yang agak kusut lalu membetulkan bajunya.

"Mianhae, I'm late." lelaki tersebut tersengih. Jungwoo mengetap bibirnya lalu mengalihkan pandangan. "Emm.."

"Awak marah ke?" soal lelaki tersebut lalu memandang ke arah Jungwoo. Jungwoo mengeluh kasar lalu kembali memandang ke arah wajah bersih dan kacak lelaki itu.

"Encik Lucas, ada nampak saya happy sekarang?" lelaki yang bernama Lucas itu mencebik lalu menggeleng. "Awak nampak marah."

"Habis? Kenapa tanya lagi?" Jungwoo mendecit kasar. Latte nya dihirup sedikit demi sedikit sehingga habis. Hatinya terasa panas pula dengan lelaki yang bersikap seperti Lucas ini.

"Awak jangan lah minum latte yang panas tu cepat sangat, nanti lidah awak terbakar, nak saya sejukkan guna lidah saya?" Jungwoo menolehkan kepalanya untuk memandang Lucas. Kulit wajahnya merona merah. "A-awak...!"

Lucas tersengih. "Waiter!" panggil Lucas dan seorang wanita dalam lingkungan 20-an mendekati meja mereka. Wanita itu tersenyum ke arah Lucas. "Encik nak order apa?"

"Saya nak order dua banana smoothie and satu potong kek cheese blueberry, please." kata Lucas dengan nada yang ramah lalu tersenyum ke arah waiter tersebut.

Jungwoo yang dari tadi memerhati Lucas dan waiter tersebut mencebik. Entah kenapa, sebuah perasaan yang agak mencurigakan muncul di dalam dirinya.

'Tak, kenapa aku kena rasa cemburu? Like, I'm not even his boy(/girl)friend.' Jungwoo mengetap bibirnya. Mulutnya terbuka sedikit dan mengeluarkan suara keluhan yang halus.

"Hey, Jungwoo... You okay?" Jungwoo mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Lucas yang sedang memandangnya dengan pandangan risau.

Jungwoo perlahan-lahan mengangguk sambil tersenyum tawar. "I... am okay."


—❀

to be continued *.:。✿*゚

Ⓒ banana smoothie ↬ luwoo nct (boyxboy)Where stories live. Discover now